BREAKING NEWS

Wednesday, 1 November 2017

5 rumah terbakar di Jalan Madrasah,Jelutong



Kebakaran beberapa buah rumah kampung di Jalan Madrasah, Jelutong. Dipercayai berpunca daripada litar pintas. Api marak dengan pantas sehingga menyukarkan pihak Bomba untuk memadamkan kebakaran.

dilaporakan lima sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus dalam kejadian kebakaran di Jalan Madrasah, Jelutong di sini, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, berkata seramai 22 pegawai dan anggota bomba dari Jalan Perak, Lebuh Pantai, dan Paya Terubong bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.06 petang.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua penghuni berjaya menyelamatkan diri.

"Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan lanjut," katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, kedudukan rumah yang rapat serta angin kuat menjadi punca api marak dengan cepat sehingga semua rumah diperbuat daripada kayu itu musnah dalam sekelip mata















 
Copyright © 2014 PenangKini.