BREAKING NEWS

Wednesday, 1 November 2017

9 undang-undang aneh di korea utara yang tak ramai orang tahu

undang-undang aneh di korea utara
9 undang-undang aneh di korea utara yang tak ramai orang tahu | Negara korea Utara sememangnya terkenal dengan senjata nuklear dan pemimpinnya yang dikatakan terlalu tegas. Negara ini juga mengamalkan peraturan yang sangat berlainan dengan negara-negara lain. Kerajaan Korea Utara sangat nasionalis dan mempunyai undang-undang yang sangat luar biasa! Contohnya, rakyat mereka tidak boleh mendengar muzik luar atau membuat panggilan ke luar negara dan jika tertangkap, mereka boleh dikenakan hukuman mati! Selain itu, terdapat banyak lagi undang-undang pelik di negara korea utara yang ramai daripada kita mungkin tidak tahu mengenainya.

9 undang-undang aneh di korea utara yang tak ramai orang tahu.

1) Mesti menghormati pemimpin.

Rakyat korea utara perlu memuja pemimpin mereka. Ini termasuklah menghormati ahli keluarga pemimpin, kerajaan & ahli politik. Dan jika ada yang tertangkap tidak menghormati mereka yang disebutkan, rakyat boleh dikenakan hukuman yang sangat berat!

2) Kebenaran memandu.

Hanya pegawai kerajaan lelaki sahaja yang dibenarkan untuk memandu. Dan atas alasan ini, dianggarkan hanya satu daripada 100 orang yang mempunyai kereta. Jadi dapat tak anda bayangkan bagaimana keadaan jalan raya di negara korea utara ini?

Dan wanita juga dilarang untuk memandu walaupun mereka bekerja sebagai pegawai trafik!

3) Tertidur ketika mesyuarat.

Tertidur ketika mesyuarat dan ditambah lagi ketika ketua sedang bercakap boleh menjadi isu yang sangat besar! Menteri pertahanan korea utara telah dijatuhkan hukuman bunuh hanya kerana tertidur.

4) Panggilan antarabangsa.

Seperti yang kami sebutkan di awal tadi, Panggilan antarabangsa adalah sesuatu yang sangat dilarang di negara ini. Ianya di anggap sebagai jenayah dan boleh dikenakan hukuman mati.

5) Pakaian.

Pakaian juga menjadi isu di negara korea utara. Contoh jeans. Ianya dianggap sebagai simbol kapitalisme dan atas alasan itu, rakyat tidak dibenarkan sama sekali untuk memakainya.

6) Percutian.

Korea utara melarang rakyat mereka melancong ke luar negara melainkan dengan kebenaran kerajaan. Tanpa kebenaran, rakyat mereka juga tidak dibenarkan untuk melancong atau percutian pendek walau ke korea utara selatan!

7) Kawalan pelancong yang sangat ketat!

Mana-mana pelancong yang datang ke negara ini akan dikawal ketat oleh pengawal. Dan dikatakan juga, pelancong perlu mengikut semua arahan pengawal tanpa ada bantahan.

8) Potongan rambut

Samada korang perasan atau tidak, Potongan rambut hampir kebanyakkan rakyat korea adalah sama? Ini bukanlah kerana mereka meminati gaya rambut tersebut, tetapi adalah kerana pemimpin mereka telah memperkenalkan senarai potongan rambut yang dibenarkan di negara tersebut.

9) Nama yang sama dengan nama pemimpin.

Di antara perkara menarik di negara korea utara ini adalah  nama. Rakyat tidak dibenarkan menggunakan nama yang sama dengan nama pemimpin. Dan jika ada yang sama, mereka di minta untuk menukarkan kepada nama yang lain.
 
Copyright © 2014 PenangKini.