BREAKING NEWS

Wednesday, 22 November 2017

Afif tak puas hati bantuan banjir ada gambar Najib


Exco Pulau Pinang merangkap Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin tidak puas hati dengan bantuan banjir ke negeri Pulau Mutiara itu yang ada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau cuba mempolitikkan perkara itu dan dalam usaha untuk memburuk-burukkan kerajaan. Wahal perkara itu bukan satu isu yang perlu diperbesar-besarkan. Itu hanya taktik murahan Afif.

Malah Afif yang juga merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya cuba mempertikaikan bantuan daripada kerajaan yang disumbangkan menerusi NGO seperti Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).

“Dari mana duit itu datang? Mereka bawa barang isi rumah seperti bantal dan tilam yang tertera gambar Perdana Menteri Najib Razak dalam kontena-kontena besar.

“Sumbangan seperti itu seharusnya diserahkan kepada Jabatan Kebajikan,” kata Afif.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Aduan Rakyat (PAR) Malaysia, Datuk A. Chandrakumanan menempelak Afif yang tidak puas hati bantuan banjir ada gambar Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Tun Razak dan sibuk mempersoalkan sumber dana bantuan diberikan oleh KP1M bagi membantu mangsa bencana alam di negeri itu.

“Dia sepatutnya menghargai kesungguhan yang diambil oleh badan bukan kerajaan itu yang tampil ikhlas menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir pada 8 November lalu.

“Nampaknya Afif lebih bimbang mengenai bagaimana dan kenapa bantal dan tilam mempunyai wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetapi tidak tahu berterima kasih mangsa negeri itu menerima bantuan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Chandrakumanan berkata, Afif sepatutnya mempersoalkan dan bertanya kepada DAP kemana hilangnya RM1 juta sedangkan hasil kutipan dana banjir yang dipungut ialah RM6.1 juta.

Tambahnya lagi, bantuan BN ketika Kelantan dilanda banjir terburuk adalah contoh terbaik BN sentiasa mendahulu rakyat bukannya mempolitikkan segala keadaan seperti Afif.

“Ini bermakna dia (Afif) resah melepaskan peluang untuk mencari sokongan politik dalam keadaan bencana dan dia seharusnya sedar bahawa niatnya tidak akan memanfaatkan sesiapa.

“Jika kamu menyoal bantuan NGO, kalau berani pergilah tanya kerajaan DAP negeri itu kenapa hanya RM5 juta diperuntukan untuk mangsa banjir sedangkan hasil kutipan dana bencana DAP yang dipungut ialah RM6.1 juta.

“Ini bermakna mana perginya wang RM1 juta lagi, minta DAP yang telus dan integriti jawab segera tanpa berselindung.

“”Saya juga ingin tanya bagaimana kerajaan DAP membelanjakan wang RM350 juta untuk kajian dan laporan terowong bawah laut Pulau Pinang tetapi mangsa banjir hanya menerima RM5 juta, sila jawab kalau kamu ini berani kerana benar,” tegasnya.

Sepatutnya Afif sebagai wakil rakyat di negeri itu harus bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang memberikan bantuan dan sumbangan, bukannya bertindak memburuk-burukkan pihak terbabit. –Utaranews
 
Copyright © 2014 PenangKini.