BREAKING NEWS

Sunday, 5 November 2017

#BanjirPulauPinang 104 pesakit, 4 bayi dipindahkan di Hospital Pulau Pinang



PULAU PINANG 5 Nov. - Seramai 104 pesakit dan empat bayi dipindahkan ke wad-wad  lebih selamat selepas Hospital Pulau Pinang (HPP) turut dilanda banjir sejak awal pagi tadi.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. M. Sukumar berkata, arahan pengungsian pesakit dilaksanakan sekitar pukul 2.30 pagi sehingga 5.30 pagi tadi membabitkan empat wad pesakit dan wad Rawatan Rapi Neonatal.

Bagaimanapun, menurut beliau, tiada kejadian tidak diingini berlaku dan semua pesakit mendapat rawatan yang sewajarnya.

Malah, ujarnya, perkhidmatan rawat pesakit luar dan pesakit dalam termasuk perkhidmatan ambulans juga masih diteruskan seperti biasa.

"Sehubungan itu, kita memohon orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak tepat berkaitan kejadian ini sehingga mencetuskan suasana panik kepada  waris pesakit," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE





 
Copyright © 2014 PenangKini.