BREAKING NEWS

Sunday, 5 November 2017

#BanjirPulauPinang Ahmad Razif lahirkan simpati


KUALA TERENGGANU 5 Nov. - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman merakamkan simpati kepada penduduk Pulau Pinang yang berdepan dengan kesulitan dalam banjir yang dianggap terburuk di negeri itu.

 Beliau meminta agar mereka bertenang dan bersabar menghadapi ujian bencana itu
ketika gerakan menyelamat dan membantu mangsa dilakukan tanpa mengira perbezaan kaum,  agama dan parti.

 "Biasanya pada masa sekarang, November banjir lebih awal melanda di negeri-negeri pantai timur tetapi ketentuan Tuhan mengatasi kebiasaan," katanya dalam satu kenyataan ringkas.

 Dalam keadaan sedemikian katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN)  sentiasa prihatian dengan membantu meringankan beban rakyat  di mana sahaja.-UTUSAN ONLINE



 
Copyright © 2014 PenangKini.