BREAKING NEWS

Wednesday, 8 November 2017

#BanjirPulauPinang Fenomena Fujiwara punca banjir

Fenomena Fujiwara dikenal pasti sebagai punca hujan lebat berterusan hingga mengakibatkan banjir di Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Pakar Oseanografi Universiti Malaya, Professor Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, fenomena itu diburukkan lagi dengan pertembungan dua taufan iaitu taufan Damrey yang melanda Vietnam dan taufan lebih kecil di Teluk Siam.


Menurutnya, taufan Damrey kini telah lemah namun taufan kecil di Teluk Siam masih berada di Pulau Pinang pada kelajuan hampir 54 kilometer pada Selasa.

"Taufan yang kecil ini menghasilkan angin kencang di Pulau Pinang pada Sabtu. Dalam laman web cuaca dunia seperti nullschool.com, taufan kecil ini sudah beralih ke Teluk Siam semula selepas merentasi Pulau Pinang tetapi masih kuat," katanya yang dipetik laporan Astro Awani.

                       
Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir. -Foto Bernama
Katanya, di Sarawak pula, sebuah satu ekor taufan kecil dapat dilihat yang akan membawa hujan lebat di negeri itu.

Setakat jam 7 malam tadi, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua pusat pemindahan di Pulau Pinang berkurang kepada 4,729 orang berbanding 7,294 orang tengah hari tadi berikutan air  semakin surut.

Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata daripada jumlah, sebanyak 3,789 orang daripada 980 keluarga ditempatkan di 36 pusat pemindahan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) manakala 1,930 orang daripada 465 keluarga di daerah Seberang Perai Tengah.

Menurutnya, pusat pemindahan  di daerah Seberang Perai Selatan, Barat Daya dan Timur Laut telah ditutup selepas semua mangsa pulang ke rumah masing-masing.

Jurucakap itu berkata  hanya jalan di SPU iaitu Lahar Yooi-Padang Menora masih ditutup kepada lalu lintas.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan  ditenggelami air di antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa.

 
Copyright © 2014 PenangKini.