BREAKING NEWS

Sunday, 5 November 2017

#BanjirPulauPinang Malaysia Agency Relief (MRA) Gerakan Sukarelawan

Malaysia Agency Relief (MRA) memulakan gerakan sukarelawan untuk bersama-sama membantu dengan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk meringankan beban penduduk yang terkesan akibat bencana di Pulau Pinang.

Presidennya, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, pihaknya telah menggerakkan cawangan di Kedah dan Pulau Pinang untuk sama-sama membantu secara koordinasi dengan agensi-agensi kerajaan tempatan bagi meringankan bebanan.

“MRA melahirkan rasa amat simpati dan prihatin terhadap penduduk Pulau Pinang dan Kedah yang terlibat dengan bencana banjir besar sejak awal pagi tadi yang menyebabkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan infrastruktur awam akibat fenomena hujan lebat yang tidak diduga,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, sukarelawan dari negeri lain juga diminta bersiap sedia untuk turun ke lapangan jika keadaan memerlukan.

“Buat masa ini bantuan awal yang telah dihulurkan dalam bentuk kit-kit kebersihan, pek minuman, makanan asas dan sokongan logistik kenderaan empat pacuan. - UTUSAN ONLINE




 
Copyright © 2014 PenangKini.