BREAKING NEWS

Tuesday, 21 November 2017

Bantuan Banjir dipolitikkan Kerajaan DAP Pulau Pinang




Kerajaan Negeri Pulau Pinang beriya-iya menyatakan bahawa bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang tidak akan dipolitikan semasa Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

Tetapi pada sidang akhbar yang diadakan pada hari ini yang dihadiri oleh semua ADUN Pakatan Harapan dan Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri, ADUN-ADUN dari Barisan Nasional tidak dijemput bersama-sama sidang media tersebut.

Ketua Menteri mengumumkan bahawa permohonan untuk bantuan berjumlah RM700.00 kepada mangsa-magsa banjir boleh dibuat oleh mangsa yang terjejas menerusi dalam talian dan disokong/diperakukan hanya oleh ADUN-ADUN kawasan masing-masing dari Pakatan Harapan. Di kawasan Barisan Nasional permohonan akan diperakukan oleh Penyelaras-Penyelaras KADUN Pakatan Harapan sahaja.

Kerajaan Negeri / Ketua Menteri cakap tak serupa bikin dan dengan sendirinya telah menunjukkan bahawa bantuan untuk mangsa-mangsa banjir telah dipolitikkan oleh mereka sendiri.

Pada hakikatnya kawasan-kawasan ADUN Barisan Nasional terutama di Seberang Perai Utara dan Balik Pulau juga terjejas teruk akibat bencana banjir yang berlaku pada 4 & 5 November 2017 baru-baru ini. ADUN-ADUN Barisan Nasional telah turun padang untuk memantau dan membantu mangsa-mangsa banjir dan mempunyai maklumat penuh tentang mereka yang terjejas dan sepatutnya diberi kuasa juga untuk mengesahkan permohonan-permohonan yang telah dibuat. Pusat-pusat Khidmat ADUN Barisan Nasional juga bersedia memberi kerjasama untuk membantu mangsa-mangsa untuk membuat permohonan sekiranya diberi peluang untuk membantu (ADUN-ADUN Barisan Nasional tidak diberi kata laluan untuk memuat turun dari sistem www.penangbangkit.com)

Sikap dan pendirian ini amatlah dikesali dan menzahirkan dasar Kerajaan Pakatan Harapan menangguk di air keruh dan tidak mesra kepada rakyat MARHAIN!

 KENYATAAN MEDIA
YB DATO’ HJH JAHARA BINTI HAMID
KETUA PEMBANGKANG DUN PULAU PINANG
21 NOVEMBER 2017


 
Copyright © 2014 PenangKini.