BREAKING NEWS

Wednesday, 1 November 2017

Biro Tatanegara (BTN) Pulau Pinang Meneruskan Agenda Memupuk Patriotisme


PULAU PINANG – BTN Pulau Pinang terus bergiat dalam melaksanakan agenda memupuk patriotisme dikalangan masyarakat.

Pelbagai usaha dijalankan bagi memastikan ia relevan dan mampu membawa satu wadah baru dalam menangani cabaran terhadap kedaulatan dan keselamatan negara.

Menurut Pengarah BiroTatanegara Pulau Pinang, Mohdnor Mohdnorsuhaili bin Hj. Jamali, pelbagai program dirangka berkesinambungan dari program yang telah dijalankan bagi memastikan usaha ini berterusan dan membawa satu impak positif dalam memastikan semangat patriotik terhadap negara terus dapat disuburkan dikalangan warganya.

Selain dari menyalurkan ilmu kenegaraan, program Idealisme Bernegara diharapkan dapat meluaskan horizontal pemikiran masyarakat terhadap fungsi utama BTN sebagai agen pemupuk semangat patriotisme dinegara ini. Medium yang digunakan sebelum ini, seperti Program Latihan Transformasi Negara (PLTN) serta Seminar Cinta Negara (SCN) adalah wadah yang akan terus diperkasakan dalam menyemai semangat cinta negara dari segi input dan mekanisma perlaksanaannya.

Program berkonsepkan Idealisme Bernegara telah dan Alan dilaksanakan secara usaha sama dengan agensi dengan menggunakan Kedah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) agar dapat sampai terus ke lantai masyarakat konvensional.

Program“Kafe Transformasi” bersama Jabatan Penyiaran pulau Pinang akan dilaksanakan Bermuda Disember dengan harapan pendengar dapat memahami erti patriotisme dan memupuk semangat cinta negara yang sedia ada.

Bicara Anak Muda Cinta Negara juga merupakan satu inisiatif yang diambil oleh BTN Pulau Pinang dalam usaha menerapkan semangat kekitaan dikalangan masyarakat tanpa mengira perbezaan ideologi politik.

Majlis Amal Islami Cinta Negara (MAI Cinta Negara) pula merupakan program yang dirangka sebagai satu platform untuk terus memangkin semangat patriotisme dikalangan masyarakat.
Usaha BTN pulau Pinang terus ke arah mewujudkan kumpulan masyarakat yang dapat menerima perbezaan dan mencari persamaan agar budaya toleransi dapat di serap dalam sanubari warganegara.
Proses memupuk semangat patriotisme terus diperkasakan agar kepekaan rakyat terhadap semangat cinta negara ini sentiasa subur dan mekar didalam jiwa mereka.

 Perlakuan, pertuturan serta jati diri sebagai sorang rakyat Malaysia yang patriotik terus kukuh didalam jiwa mereka. BiroTatanegara Pulau Pinang sebagai sebuah agensi yang bertunjangkan semangat patriotik akan terus mara dalam memastikan penerapan patriotisma ini tetap utuh dan sentiasa relevan dengan situasi masyarakat.

Justeri itu, langkah yang diambil adalah merupakan langkah yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk penjenamaan semula BTN agar selari dengan misi Transformasi 2050 (TN50) untuk mengukuhkan jiwa patriotik rakyat demi masa depan negara yang gemilang, dinamis dan mempunyai jatidiri yang dipasak kukuh tanpa dapat diganggu gugat.

Bagi menjayakan mesej pemupukan nilai patriotik di peringkat kanak-kanak dan remaja, BTN pulau Pinang akan melaksanakan Program Tunas Patriotik di beberapa buah sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan India dan Sekolah Menengah.BTN akan meneruskan kelangsungan nilai integrasi kaum sebagai salah satu usaha kerajaan sejak dahulu lagi.
 
Copyright © 2014 PenangKini.