BREAKING NEWS

Tuesday, 28 November 2017

Borang JPN palsu cubaan pancing undi yang melucukan



PETALING JAYA: Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Sabah (BNBBC) Datuk Seri Abdul Rahim Ismail hari ini membidas dalang borang kad pengenalan palsu dan menuduh mereka cuba memancing undi menuju pilihan raya umum ke-14.
Menyifatkan borang itu cubaan memburukkan imej BN dan kerajaan, Rahim menggesa orang ramai tidak termakan penipuan itu.

“Ini jelas cubaan pihak tertentu, kamu tahu siapa mereka, untuk perdaya orang kononnya BN menggunakan taktik seperti itu untuk menang pilihan raya akan datang,” katanya dalam kenyataan.
Adun Pantai Manis itu meminta rakyat supaya membuka mata dan sedar siapa “pesalah sebenar” yang menggunakan “taktik kotor dan memomok-momokkan, agama dan serangan peribadi” untuk menjadikan BN tidak stabil.

“Ada pihak di luar sana mengitar semula lagu lama, menuduh BN menipu dalam politik kita.

“Rakyat harus sedar pihak yang sama bukan orang baik. Terhendap-hendap, penuh muslihat dan merancang cara baru untuk memperdaya rakyat membenci BN.”

Isu itu muncul semalam apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan pihaknya ada mengeluarkan borang di mana pemohon mesti berikrar akan mengundi BN.
Borang itu kononnya mensyaratkan pemohon berjanji akan mengundi BN atau kad pengenalan mereka boleh dibatalkan jika gagal berbuat demikian.

Rahim berkata borang palsu itu dibuat tergesa-gesa dan banyak kesalahan.
“Mereka lupa memasukkan butiran penting seperti kaum, agama dan maklumat ibu bapa.
“Borang it juga ada kesalahan ejaan. Agak melucukan,” katanya.


 
Copyright © 2014 PenangKini.