BREAKING NEWS

Thursday, 9 November 2017

Bukit Bendera Ditutup Sebulan

GEORGETOWN: Bukit Bendera ditutup sebulan kepada pengunjung bagi membolehkan kerja baik pulih landasan kereta api bukit dan pembersihan di kawasan runtuhan dilakukan.

Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera, Cheok Lay Leng, berkata sebanyak 48 lokasi didapati mengalami kerosakan susulan tanah runtuh dan pokok tumbang dalam kejadian ribu dan hujan lebat Ahad lalu.

"Kita memerlukan masa kira-kira empat minggu bagi mengesan tahap kerosakan termasuk memperbaiki landasan kereta api dan laluan darat yang terjejas teruk.

"Setakat ini, usaha membersihkan kawasan terbabit sedang dilakukan dan tempoh agak lama diperlukan kerana kawasan runtuhan di cerun menyukarkan kerja pembersihan," katanya ketika ditemui di Stesen Bukit Bendera, di sini, hari ini.

"Anggaran keseluruhan keluasan kawasan yang mengalami kerosakan masih belum dikenal pasti kerana sesetengah kawasan bukit yang mengalami runtuhan tanah terlalu sukar untuk dimasuki.
 
Copyright © 2014 PenangKini.