BREAKING NEWS

Friday, 24 November 2017

DAP hipokrit tolak Bajet 2018 tapi mahu BN bantu P.Pinang


23 NOV: Pemimpin DAP Pulau Pinang berhenti menjadi Ahli Politik yang hipokrit serta tidak bertanggungjawab.
Ini kerana menurut Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan mereka dilihat sengaja bersikap tidak profesional cuba menggagalkan Bajet 2018 yang telah dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedangkan bila berlaku bencana semua peruntukan minta daripada kerajaan persekutuan.
“Jangan cenderung sangat untuk gagalkan Bajet tapi bila banjir dan bencana berlaku, semua permintaan ditujui kepada Kementerian dan Kerajaan Persekutuan.
“Cubaan tidak bertanggungjawab Ahli Parlimen DAP menunjukkan mereka sebagai pemimpin yang hipokrit, malas serta tidak bertanggungjawab.
“Dalam masa mereka menolak bajet 2018 yang dibentangkan oleh kerajaan, mereka juga mahukan kerajaan BN Persekutuan turun ke Pulau Pinang memberi bantuan kepada rakyat di Pulau Pinang yang ditimpa musibah. Mana pergi tanggungjawab kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap rakyat di negeri ini?,” soalnya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut Cheng Guan ia sangat berbeza dengan pemimpin Barisan Nasional yang dilihat lebih jujur dan telus membantu rakyat yang ditimpa musibah meskipun ia di negeri yang ditadbir pembangkang.
“Secara peribadi, saya melihat Datuk Seri Shabery Cheek merupakan seorang pemimpin Barisan Nasional yang berjiwa besar. Beliau sanggup turun melawat negeri pembangkang serta memberikan sumbangan yang banyak tanpa mengira fahaman politik. Bukan itu sahaja, beliau juga mahu semua mangsa diberi bantuan yang sewajarnya.
“Ini sangat berbeza dengan sikap bodoh sombong serta tidak bertanggungjawab pemimpin pembangkang terutamanya pemimpin DAP Pulau Pinang. Ini dapat dilihat apabila Ahli Parlimen DAP dengan sedaya upaya cuba untuk mengagalkan kelulusan Bajet 2018 yang telah dibuat dengan penuh teliti oleh kerajaan,” katanya lagi.
Pagi tadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Shabery Cheek dan pemimpin- pemimpin Barisan Nasional telah turun menyerahkan bantuan ehsan kepada nelayan dan penternak ikan yang terjejas akibat musibah ribut dua minggu lepas di Pulau Aman, Pulau Pinang.
Antara bantuan yang diberikan adalah bantuan wang ehsan sebanyak RM500,000 serta lain- lain jenis bantuan yang dirasakan dapat meringankan beban nelayan dan penternak ikan yang telah menerima musibah.
“Malah, YB Menteri turut meminta agensi seperti Tekun dan Agro Bank untuk turut membantu nelayan dan penternak ikan ini sebaik mungkin memandangkan mereka berada di dalam kesusahan.

“Rakyat sudah tahu penipuan DAP Pulau Pinang dan sudah pasti mereka tidak mahu ditipu lagi,” ujarnya.


 
Copyright © 2014 PenangKini.