BREAKING NEWS

Wednesday, 29 November 2017

Desas-desus 3 ADUN PKR Tinggalkan DAP Pulau Pinang


Pertelingkahan antara DAP dan PKR Penang tidak boleh disembunyikan lagi. DAP dan PKR Penang banyak menyimpan dendam sesama mereka. Pertelingkahan sengit DAP vs PKR yang disembunyikan dari pengetahuan umum sudah tidak dapat dibendung lagi. Ia bagaikan Gunung Merapi Agung yang mungkin meletus bila-bila masa saja.
Tindakan mengenepikan ADUN PKR-Kebun Bunga Cheah Kah Peng dari menguruskan program agihan bantuan atau pampasan banjir kepada penduduk DUN Kebun Bunga yang diwakilinya adalah satu penghinaan kepada PKR Pulau Pinang.
Dendam Lim Guan Eng terhadap Cheah Kah Peng sangat jelas. Sebelum ini Cheah Kah Peng pernah dikeluarkan dari Perbadanan Bukit Bendera dan digantikan dengan Anthony Loke MP DAP-Seremban yang dibawa dari DAP Negeri Sembilan.
Tindakan itu dibuat kerana Cheah Kah Peng mempertikai projek-projek tambakan laut yang dilakukan oleh kerajaan Lim Guan Eng.
Seorang lagi ADUN PKR digugurkan dari Lembaga Pengarah Penang Golf Club (dulu Bukit Jambul Golf Club) dan digantikan dengan Tony Pua, MP DAP-Petaling Jaya Utara.
PKR Penang tidak mampu berbuat apa-apa apabila tindakan itu diambil ke atas dua ADUN PKR walaupun Anwar Ibrahim Ketua UMUM Pakatan Harapan dan Wan Azizah adalah Presidennya.
PKR diwakili oleh 3 orang ADUN dalam MMK Negeri Pulau Pinang; di mana seorang daripadanya adalah TKM1. Tapi jadi TKM1 pun macam tunggul kayu buruk saja.
Aku selalu sebut kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang dan ternyata ia adalah tepat dan benar. Yang ada di Penang bukan kerajaan Pakatan Harapan; yang ada cuma Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang sahaja.
PAS bukan lagi sekutu dalam pakatan pembangkang itu manakala PAN tiada wakil dalam DUN dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Manakala PKR sudah jadi melukut di tepi gantang DAP saja.Kupang tembaga tak laku.
Desas-desus 3 ADUN PKR di atas akan tinggalkan DAP di Pulau-Pinang gara-gara Lim Guan Eng Kuku Besi, tetapi di negeri lain masih kekal seperti biasa.
Sumber: FB Azizi Safar
 
Copyright © 2014 PenangKini.