BREAKING NEWS

Wednesday, 1 November 2017

Gejala sosial: TPM garis 4 langkah ke depan

PUTRAJAYA 1 Nov. - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggariskan empat langkah ke depan dalam usaha menangani gejala sosial di negara ini termasuk penubuhan Institut Penyelidikan Sosio-Ekonomi (SERI) dan menaik taraf Institut Kajian Etnik (Kita) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, selain itu, pendidikan agama kepada anak-anak perlu dipertingkatkan, institusi keluarga dan masyarakat perlu dipermantap serta nilai-nilai murni dalam masyarakat perlu sentiasa diterapkan.

“Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak akan mempengerusikan Jawatankuasa Kabinet bagi menangani jenayah siber,” katanya ketika berucap menyempurnakan Town Hall Majlis Sosial ‘Menangani Kebejatan Sosial - Cegah Sebelum Parah’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
 
Copyright © 2014 PenangKini.