BREAKING NEWS

Thursday, 30 November 2017

GST Kekal 6 Peratus Selepas PRU14 - Timb Menteri

KUALA LUMPUR - Kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan kekal 6% selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), ujar Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz.

Menurut beliau, kadar GST yang dilaksanakan sejak 1 April 2014 itu tidak akan dinaikkan, walaupun terdapat cadangan sedemikian.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi kerajaan tidak bercadang menaikkan lagi kadar GST daripada 6%, walaupun selepas PRU.

“Mungkin sesetengah pihak yang mencadangkan (kenaikan itu) atas sebab tertentu. Tetapi buat masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji mahupun menaikkannya di masa depan,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) sama ada Bank Dunia mencadangkan Malaysia menaikkan kadar GST kepada 7%.

“Saya sendiri pun tidak baca dan saya tak pasti (cadangan Bank Dunia).

“Mungkin ada cadangan, tetapi kita kekal dengan 6%,” ujar Othman.
 
Copyright © 2014 PenangKini.