BREAKING NEWS

Thursday, 23 November 2017

Hampir RM3 Juta Disalurkan Bagi Sektor Perikanan Pulau Pinang Yang Terjejas Banjir





1.  Kementerian Pertanian & Inustri Asa Tani (MOA) akan menyalurkan peruntukan RM 2.93 Juta bagi sektor perikanan Pulau Pinang yang terjejas dengan banjir yang melanda baru-baru ini. daripada jumlah tersebut RM930 Ribu adalah untuk membantu lebih dari 280 orang nelayan & penternak ikan yang terkesan, Selain RM2 Juta lagi diperuntukan bagi membaik pulih infrastruktur perikanan yang rosak akibat banjir

2. Untuk Segmen penternakan ikan atau akuakultur, Laporan Jabatan Perikanan Malaysia DOF menunjukkan Kawasan yang terjejas adalah di daerah Seberang Perai dan Daerah Barat Daya/Timur Laut, melibatkan sejumlah 164 orang pengusaha, 4300 sangkar dan 407 kolam ternakan,

3.  DOF akan menyalurkan bantuan Touch Point berupa benih ikan, makanan ikan,peralatan, dan kerja-kerja pembaikan dengan kadar bantuan RM1,500-2,500 setiap orang. Bantuan yang dianggarkan  sejumlah RM500 Ribu ini akan disalurkan sejurus keadaan pulih dan mengikut taksiran teknikal dan kesesuaian ternakan

4. LKIM juga telah memperuntukkan sebanyak RM 80,000 bagi membaiki sangkar ternakan dan pondok ikan Persatuan Nelayan Kawasabn (PNK) Seberang Perai.

5. 199 orang nelayan Pulau Pinang terkesan dengan banjir dan air pasang besar ini melibatkan 5 jeti/pontoon. 30 buah rumah dan 99 bah sampan.

6. Kerosakan juga telah berlaku ke atas infrastruktur Kompleks Perikanan Teluk Bahang dan hotel Persatuan Nelayan Kawasan Seberang Perai.

7. Bantuan ihsan berjumlah RM50,000 secara tunai akan diberikan oleh LKIM kepada mangsa, mengikut kadar yang ditetapkan.

8. di bawah Skim bantuan skim bencana alam & kebajikan Nelayan, sebanyak RM 300,000 lagi turut diberikan kepada nelayan yang mengalamai kerosakan rumah,kerosakan sampan,dan peralatan menangkap ikan dengan had kadar bantuan sehingga RM1,000-15,000 untuk sampan dan peralatan .Bantuan untuk skim ini akan diberikan selepas taksiran kerosakan dibuat.

9. LKIM juga memperuntukan sebanyak RM 2 Juta untuk membaiki infrastruktur perikanan miliknya seperti Jeti/pontoon dan lain-lain komponen yang mengalami kerosakan akibat banjir.

10. Selain bantuan banjir, Datuk Seri Shabery Cheek juga turut menyampaikan elaun sara hidup nelyan (ESHN) kepada hampir 400 Orang Nelayan di kawasan tersebut.
 
Copyright © 2014 PenangKini.