BREAKING NEWS

Wednesday, 22 November 2017

Hasil Jual Tanah, Kutip Derma… Mana Hilangnya Wang Dap? Datuk Huan Cheng Guan



PULAU PINANG, 21 Nov – Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Mejar Huan Cheng Guan membidas sikap kerajaan Pulau Pinang pimpinan Dap yang masih terus bersikap angkuh dan gagal bersikap telus dalam menangani pelbagai masalah yang membabitkan negeri tersebut.

Jelas beliau, kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini sering bersikap angkuh kononnya negeri mereka mempunyai wang yang banyak namun ketika musibah melanda mengapa mereka merayu seakan tidak mempunyai wang langsung.

“Bagi saya Dap ini hanya pandai kutip derma… saya ingat lagi beberapa bulan lalu ketika ada satu isu dengan kerajaan persekutuan mereka dengan angkuhnya bercakap boleh meminjamkan duit sekiranya kerajaan persekutuan tidak ada duit.

“Tapi sekarang apa jadi… menangis… merayu minta tolong. Kalau betul kaya mana semua duit? Di mana semua wang hasil penjualan tanah dan bagaimana wang hasil derma banjir diagihkan. Cukup ke cuma RM700 mahu diberikan kepada mangsa banjir.

“Mangsa banjir hilang segala harta benda… kos yang terpaksa ditanggung terlalu tinggi. Kalau kerajaan negeri boleh bayar berjuta untuk kos kaji selidik terowong dasar laut mengapa mereka tidak boleh bagi amaun yang lebih besar kepada mangsa banjir,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Huan, kerajaan negeri Pulau Pinang sebenarnya adalah sebuah negeri yang gagal dan kejadian banjir telah membuktikan betapa sikap lagak Dap akhirnya memakan diri.

“Kita dapat lihat bagaimana Dap gagal menangani masalah banjir dengan baik. Dulu asyik berbangga mengatakan mereka jauh lebih baik daripada Barisan Nasioal (BN) tetapi lihat sahajalah, isu banjir pun mereka tidak ada pelan untuk mengatasinya.

“Kawasan yang selama ini tidak pernah banjir pun kini akan banjir maka tidak hairanlah Pulau Pinang dikenali sebagai negeri ‘Darul Banjir’.

“Maka kesimpulan yang boleh dikatakan adalah selain daripada gagal, Pulau Pinang juga adalah sebuah negeri yang kelam-kabut, cakap tidak serupa bikin. Kali ini mereka telah ‘dihentam’ teruk dengan Tuhan tapi saya percaya, Dap tidak akan pernah mahu belajar dari kesilapan dan kerana itulah sehingga kini kerajaan negeri tidak mengeluarkan arahan agar semua pemaju menghentikan projek di lereng-lereng bukit,” bidasnya lagi. – MediaUMNO
 
Copyright © 2014 PenangKini.