BREAKING NEWS

Wednesday, 15 November 2017

Jakim: Larangan bertudung bertentangan Perlembagaan

KUALA LUMPUR: Sebarang dasar larangan pemakaian tudung seperti yang dilapor dibangkitkan Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) adalah bertentangan dengan Perlembagaan negara, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau menyifatkan dasar larangan bertudung bagi wanita Islam yang bekerja di barisan depan sektor perhotelan di sesetengah rangkaian hotel di negara ini sebagai perkara tidak berasas.

Menurutnya, pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah jelas berdasarkan status Islam di negara ini dan prinsip kebebasan dalam beragama.
“Dalam soal ini, perlu difahami secara jelas pemakaian tudung dalam Islam adalah kewajipan dan isu ini bersifat menyeluruh yang menjadi sebahagian daripada tuntutan agama,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat jawatan kuasa di Dewan Rakyat semalam.
Asyraf Wajdi menjawab soalan Datuk Dr Khairudin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) berkenaan pendirian Jakim tentang isu pemakaian tudung.
 
Copyright © 2014 PenangKini.