BREAKING NEWS

Monday, 20 November 2017

Lebih ramai pegawai perubatan di Klinik 1Malaysia


KUALA LUMPUR 20 Nov. - Lebih ramai pegawai perubatan dan anggota kumpulan sokongan akan ditempatkan di Klinik 1Malaysia secara berperingkat di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, kementerian telah menempatkan beberapa pegawai perubatan termasuk Penolong Pegawai Farmasi secara tetap di 102 Klinik 1Malaysia sehingga 30 September lalu.

“Kementerian sentiasa berusaha menambah baik perkhidmatan di Klinik 1Malaysia kerana penerimaan yang sangat baik dalam kalangan masyarakat.

“Pada 2015, sebanyak 6,092,332 pesakit telah mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia dan jumlah itu meningkat kepada 6,472,001 pesakit pada tahun lalu,” 

katanya ketika menjawab soalan Wong Ling Biu (DAP-Sarikei) yang ingin mengetahui mengapa masih banyak Klinik 1Malaysia tidak mempunyai doktor semasa sesi soal jawab dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menambah, sehingga Ogos lalu pula, sebanyak 4,445,828 pesakit telah mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia. - UTUSAN ONLINE
 
Copyright © 2014 PenangKini.