BREAKING NEWS

Tuesday, 28 November 2017

MBPP Perlu Jelaskan 'Kerajaan Malaysia' Pada Borang Saman



Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) didesak menjelaskan penggunaan perkataan Kerajaan Malaysia dalam borang saman kaedah 5 pihak berkuasa tempatan (PBT) itu kerana bidang kuasa tersebut sepatutnya terletak di bawah kerajaan negeri.

Ketua Pemuda UMNO Negeri, Rafizal Abdul Rahim berkata, tindakan tersebut menyebabkan 1,6 Juta rakyat di negeri ini keliru sekali gus boleh memberi perspektif negatif kepada kerajaan Persekutuan.

"MBPP perlu jelaskan sejak bila kaedah itu digunakan untuk memungut saman kerana pekara ini dilihat janggal dengan sikap mereka yang sering menunding jari kepada kerajaan Persekutuan  kononya membebankan rakyat," Katanya kepad utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Hafizi Hariss mempersoalkan perkataan kerajaan Malaysia di atas borang saman yang dikeluarkan MBPP kepadanya di Jalan Macalister di sini 20 November lalu.



Menurut lelaki berkenaan, borang yang tidak mempunyai logo MBPP iti disifatkan sebagai kerajaan negeri memberikan ruang kepada rakyat membenci Kerajaan Persekutuan selain menunjukkan penipuan yang berlaku kepada pengguna Jalan raya.

Dalam pada itu, Rafizal turut menyelar MBPP kerana terus mengeluarkan saman kepada orang ramai meskipun keadaan trafik semakin sesak dan sistem letak kereta di negeri ini belum berjaya ditambah baik selepas banyak peruntukan disalurkan untuk tujuan berkenaan.

"Kita percaya saman yang dikeluarkan PBT di negeri ini membebankan rakyat dan cubaan kerajaan DAP Pulau Pinang ingin menambah pendapatan tahunan supaya terus dilihat sebagai kerajaan bijak menguruskan  kewangan." Sudah dua penggal DAP memerintah dan banyak peruntukan untuk projek naik taaf jalan raya serta kesesakan lalu lintas,tetapi kita pelik kenapa masalah berkenaan tidak selesai hingga ke hari ini," katanya.UTUSAN


 
Copyright © 2014 PenangKini.