BREAKING NEWS

Wednesday, 1 November 2017

Pembangkang disindir segera ‘u-turn’ jika tak faham Bajet 2018

1 NOV: Biarpun baru sahaja 10 minit Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali memulakan perbahasan, beliau telah diasak dengan beberapa pemimpin pembangkang yang cuba untuk bangun mencelah.
Antaranya Ahli Parlimen DAP Seputeh Teressa Kok, Ahli Parlimen DAP Rasah, dan Ahli Parlimen DAP Kelana Jaya Wong Chen.
Perbahasan Noor Azmi itu dimulakan tentang pengisytiharan Bajet dengan memberi ganjaran kepada pesawah sebanyak RM200 selama tiga bulan berturut-turut dan ia menggembirakan penduduk Bagan Serai.
Katanya pendekatan Bajet itu adalah secara menyeluruh termasuk pembangkang dan semua pihak harus menghargainya.
“Kalau baru muqaddimah pun tak faham, baik pembangkang u-turn sahaja,” katanya ringkas.
Menyentuh penjelasan Wong Chen sebelum ini tentang ketirisan yang dapat dikurangkan, Noor Azmi berkata cara penjelasan tersebut sangat mengelirukan rakyat.
Bidasnya, penjimatan yang Wong Chen jelaskan itu akan menjejaskan perkhidmatan awam secara keseluruhannya termasuklah bagi Kementerian Kesihatan serta lahirnya guru yang tidak kondusif dan banyak lagi.
“Inilah ‘top leader of the world’, kalau ikut cara dia klinik 1Malaysia akan tutup, pakaian seragam polis tidak sesuai, kementerian akan dikecilkan, memang cerdik sekali,” sindir Noor Azmi.
Tambah beliau lagi, pembangkang sepatutnya belajar daripada Kak Wan yang daripada mempunyai modal RM500 sahaja dan kemudian boleh berjaya menjadi jutawan hasil bantuan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
“Mereka sepatutnya tanya dari Kak Wan yang betul, bukan Kak wan yang sana, boleh buat program ‘tanya Kak Wan macam mana nak kaya’, mereka kata bajet ni adalah gula-gula untuk rakyat, kalau banyak gula, gula ni tinggi, sebab itu pembangkang ni keliru, mengelirukan rakyat, mata rosak,” ujarnya lagi dengan penuh bersemangat.
 
Copyright © 2014 PenangKini.