BREAKING NEWS

Wednesday, 1 November 2017

Pembangkang harus akui pembangunan P.Pinang, Selangor hasil inisiatif BN

1 NOV: Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Husni Hanadzlah berterima kasih kepada rakyat Malaysia selain daripada kerajaan, sektor swasta serta semua pihak kerana baginya hasil daripada cantuman semua ini Malaysia berjaya mencapai kejayaan besar.
Ini kerana jelasnya yang juga Bekas Menteri Kewangan Kedua, membezakan Malaysia dengan negara lain adalah Malaysia mempunyai Pelan Transformasi Ekonomi 2009 mensasarkan kepada 11 bidang hingga berjaya menembusi pasaran dunia.
“Inilah yang sebenarnya membezakan Malaysia dengan negara-negara lain sehingga lebih 20 negara menjemput unit yang menyediakan Pelan Tranformasi Ekonomi ini ke negara dengan bayaran untuk mereka pelajari mcm mana kita melaksanakannya.
“Dan ini jugalah yang membezakan di antara Barisan Nasional dan parti yang tidak bersama dengan Barisan Nasional saya tak sebut parti pembangkang kerana ‘let it be matured’ semua kita adalah ahli parlimen, semua kita mahu membangunkan negara. Saya tidak mahu kata ini Barisan Nasional dan ini pembangkang ‘no’.
“Disini saya lihat perbincangan berbeza lebih kepada emosional. Itu sebab saya kata bila kerajaan BN perkenal Pelan Transformasi Ekonomi, harapan saya parti yang tidak menyokong BN mereka juga akan perkenalkan pelan yang lebih kurang sama malah lebih baik dari BN supaya kita dapat membezakan siapa punya lebih baik,” katanya ketika membahaskan Bajet 2018 di Parlimen, Rabu.
Jelas Husni pembangkang harus mengakui pembangunan yang memberangsangkan di Pulau Pinang dan Selangor adalah kesan daripada pembangunan positif yang berlaku di Malaysia yang dibawa kepimpinan BN meskipun kerajaan Persekutuan berdepan cabaran ekonomi dunia yang amat mencabar ketika itu.
“Saya menjadi Menteri Kewangan dari 2009 hingga 2016 saya tak nak cakap besar kerana saya ingin menyatakan Bajet 2018 adalah yang terbaik yang diperkenalkan di negara ini. Pasal apa begitu saya cakap kita berhadapan dengan gelombang ekonomi yang persaingan begitu tinggi kita berjaya menghasilkan bajet yang begitu holistik,” katanya lagi.
Tambah beliau lagi masalah kenaikan harga bukanlah dipengaruhi oleh Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebaliknya jelas Husni telah membuat kajian bersama-sama dengan Bank Negara pada 2009 didapati tujuh tahun sebelum itu kenaikan harga barang cukup tinggi manakala kenaikan gaji kita cukup rendah.
“Jadi dengan bajet ini hasrat untuk naikkan gaji apa yang telah kita buat beberapa tahun lalu gaji kita dulu 33% daripada GDP tapi kita telah tingkatkan kepada 35% hasrat kita untuk tingkatkan kepada 42% supaya sama dengan negara-negara maju.
“Saya percaya bajet kita hari ini dan seterusnya mampu dicapai dalam tempoh lima hingga 10 tahun gaji kita akan lebih tinggi kenaikan harga bukan jadi masalah besar kepada rakyat kita nanti.
“Jadi Datuk Yang Dipertua yang penting sekarang ini adalah bajet ini mesti dapat sokongan semua pihak, kita tak mahu lagi dah main emosi, tak mau cucuk-cucuk. Let us not diffrentiate ourself, let us be the government, let us parti yang tidak sokong kerajaan work together towards achieving that because apabila kita capai itu our purpose as politician seluruh capai kejayaan di mana sahaj kita berada,” katanya lagi.


 
Copyright © 2014 PenangKini.