BREAKING NEWS

Thursday, 16 November 2017

Pemimpin Pemuda MCA hilang 4 ahli keluarga dalam kebakaran

GEORGE TOWN: Seorang pemimpin Pemuda MCA kehilangan 4 ahli keluarganya selepas rumah teresnya di Gat Lebuh Cecil dijilat api pagi semalam
Ibu bersama isteri dan 2 anak Ketua Pemuda MCA Bahagian Tanjung, Lim Swee Bok terkorban dalam kebakaran 6 pagi itu.
Lim-Swee-Bok5
Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng (baju belang) memeluk Lim Swee Bok.
Mangsa korban dikenal pasti sebagai Lau Sai Poh, 62; Chen Yen, 35; Yin Chun, 9; dan Jia Yiin, 8.
Bapa Swee Bok baru meninggal dunia minggu lepas.
Lim-Swee-Bok2
Gambar Lim Swee Bok bercuti bersama isteri, Chen Yen dan 2 anak mereka, Yin Chun dan Jia Yiin di Cameron Highlands kini tinggal kenangan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata, kebakaran itu berjaya dikawal dalam tempoh kira-kira 30 minit dan tidak merebak ke rumah bersebelahan.
Pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, 60% rumah itu musnah dan kebakaran berpunca dari tingkat bawah.
Lim-Swee-Bok1
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa korban dari lokasi kebakaran.
Jurucakap bomba berkata, 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak ditemui di tingkat bawah, sementara seorang lagi kanak-kanak ditemui di tingkat atas rumah teres itu.
Enam jentera bomba dan 20 anggota berjaya memadamkan api pada 7.10 pagi.
Seorang blogger bernama Lim Sian See berkata, Swee Bok tidak mementingkan diri dan turut serta dalam misi bantuan banjir 2 minggu lepas.
Lim-Swee-Bok3
Walaupun kematian bapa minggu lalu, Lim Swee Bok (tengah) masih tampil membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.
Katanya, Swee Bok yang merupakan pekerja kilang sedang bekerja syif tengah malam ketika kebakaran berlaku.
“Selepas pengebumian bapanya, beliau masih membantu misi kemanusiaan dan mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir.
“Beliau ialah wira biasa yang berdepan tragedi dan cabaran besar yang mengubah hidupnya,” tulisnya dalam Facebooknya.
 
Copyright © 2014 PenangKini.