BREAKING NEWS

Tuesday, 28 November 2017

Peruntukan bantuan mangsa banjir tidak wajar dijadikan "senjata" DAP melawan musuh politik - Datuk Huan Cheng Guan


1. Baru - baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengeluarkan satu kenyataan dimana beliau akan menyekat peruntukan bantuan mangsa banjir kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga daripada PKR, Cheah Kah Peng. Alasan yang diberikan adalah atas sebab "prosedur dalaman". 



2. Pertama sekali, tindakan Lim Guan Eng ini merupakan satu tindakan yang langsung tidak bertanggungjawab. Tidak pernah lagi dalam sejarah kerjasama politik diantara parti - parti, sebuah parti komponen dihina sebegitu rupa oleh rakan Pakatan mereka sendiri. DAP dengan jelas langsung tidak menghormati PKR di Pulau Pinang.

3. Kedua, keputusan dan tindakan menyekat peruntukan bantuan mangsa banjir kepada ADUN PKR ini berani diambil oleh Lim Guan Eng adalah kerana beliau tahu bahawa PKR merupakan sebuah parti yang mempunyai pemimpi yang lemah. Kelemahan PKR ini akan membuatkan mereka tidak mungkin "melawan" atau "menentang" apa - apa keputusan yang dibuat oleh DAP. Secara teori nya, PKR merupakan satu parti yang senang dibuli didalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Ini pun tidak lagi termasuk apa yang di lakukan terhadap YB Norlela. 

4. Ketiga, keputusan Lim Guan Eng ini secara tidak langsung telah menjadikan rakyat kawasan DUN Kebun Bunga sebagai mangsa permainan politik beliau dalam menentang Adun PKR.  Dengan tiba - tiba peruntukan banjir yang sepatutnya mereka terima disekat oleh kerajaan negeri dari diberikan oleh wakil rakyat mereka sendiri. Apa salah rakyat Kebun Bunga sehingga mereka diperlakukan sebegini rupa?

5. Akhir sekali, saya berpendapat bahawa pemimpin PKR diperingkat Nasional akan menerima sahaja keputusan yang dibuat oleh Lim Guan Eng tanpa mengambil apa - apa langkah untuk menjaga maruah Adun mereka. Mereka (PKR) akan membiarkan Adun mereka dihina dan dimalukan oleh Lim Guan Eng dengan harapan insiden yang memalukan ini akan dilupakan oleh rakyat menjelang PRU yang akan datang. 

Namun malangnya, akibat kerakusan Lim Guan Eng dan DAP bermain politik, akhirnya pengundi DUN Kebun Bunga yang kerugian. 

Terima Kasih

*Datuk Huan Cheng Guan*
*Timbalan Presiden*
*Parti Cinta Malaysia*
 
Copyright © 2014 PenangKini.