BREAKING NEWS

Tuesday, 7 November 2017

PM Najib Razak tinjau keadaan banjir di Pulau Pinang


BUKIT MERTAJAM 7 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini kira-kira pukul 10.40 pagi tadi bagi meninjau situasi banjir besar  yang melanda negeri ini.

Beliau tiba di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah di sini dan diberi   taklimat berkaitan situasi terbabit oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus.


Najib turut diberi taklimat mengenai punca kejadian serta langkah-langkah jangka pendek bagi mengatasi masalah itu daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran negeri Ir. Sabri Abdul Mulok.

Perdana Menteri seterusnya bergerak ke Kampung Tanjung Putus untuk meninjau keadaan mangsa yang terjejas di kawasan tersebut.



Beliau kemudiannya akan meninjau penempatan mangsa banjir di Masjid Nyiur Sebatang dekat Tasek Gelugor dan beramah mesra bersama 242 mangsa di situ. - UTUSAN ONLINE









 
Copyright © 2014 PenangKini.