BREAKING NEWS

Friday, 17 November 2017

Polis rampas dadah bernilai RM2.06 juta cuba diseludup ke Indonesia

ULAU PINANG 16 Nov. - Polis berjaya merampas dadah syabu seberat 24.7 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM2.06 juta yang cuba diseludup ke Indonesia.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik berkata, dalam serbuan yang dijalankan di Bayan Baru dan Air Itam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman pada Isnin lepas, pihaknya turut menahan dua lelaki Indonesia dan seorang rakyat tempatan berusia dalam lingkungan umur 35 hingga 45 tahun yang disyaki sebagai dalang utama.

Ujarnya, polis turut menyita empat buah kereta termasuk Toyota Harrier, Lexus, Mercedes Benz dan Perodua Myvi dengan nilai keseluruhan RM765 000 selain wang tunai berjumlah RM19,000.

“ Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bekerjasama dengan Polis Indonesia percaya dadah ini akan di seludup ke negara jiran melalui jalan laut dan kumpulan ini telah menjalankan kegiatan mereka selama dua bulan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
 
Copyright © 2014 PenangKini.