BREAKING NEWS

Thursday, 9 November 2017

Rayer Selar Penang Forum, Bencana Banjir bukan Berpunca dari Pembangunan


Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini petang tadi kecoh apabila R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima) mempertikaikan dialog terbuka anjuran Penang Forum pada 29 Oktober lalu yang disifatkan sebagai hanya untuk 'menghentam' Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Dalam masa sama, Rayer turut menyelar pemimpin pakatan harapan seperti Dr. Norlela Ariffin (PKR-Penanti), Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) dan Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk) kerana tidak membantu Yap Soo Huey (DAP-Pulau Tikus) mempertahankan kerajaan negeri ketika sesi soal jawab.
Rayer yang tidak hadir dalam dialog itu berkata, peserta perlu diberitahu bahawa punca banjir dan tanah runtuh bukan disebabkan pembangunan kerana banyak kawasan ditimpa bencana sama Sabtu lalu walaupun tidak dimajukan seperti di Bukit Bendera dan Jalan P. Ramlee.
Norlela bagaimanapun berkata, Soo Huey dipercayai tidak mendengar penjelasan awal panel yang menjelaskan punca banjir di Pulau Pinang yang menyebabkan beliau dimarahi peserta apabila memaklumkan punca bencana alam itu adalah hujan lebat.
Dalam masa sama, Kah Peng berkata, dalam program itu, banyak kajian diberikan oleh pakar dan kira-kira 85 peratus maklumat merupakan penjelasan kepada kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah alam sekitar namun ramai pemimpin DAP tidak menghadirinya.
Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid yang turut menghadiri program itu pula menyifatkan Kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai penakut dan hanya mahu menyekat suara rakyat apabila menimbulkan penganjuran program itu di DUN.
Sementara itu, Shariful Azhar Othman (BN-Bertam) meminta kerajaan negeri mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat fakta berunsur fitnah dalam dialog anjuran Penang Forum itu.

Sumber 




 
Copyright © 2014 PenangKini.