BREAKING NEWS

Friday, 10 November 2017

TYT Dilapor Stabil

Kerajaan negeri memaklumkan keadaan kesihatan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas stabil dan masih menerima rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini sejak 20 Oktober lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus berkata, Abdul Rahman mengalami sakit perut dan berdasarkan pemeriksaan beliau perlu menjalani pembedahan usus.


Katanya, pembedahan itu berjaya dijalankan pada 22 Oktober lalu dan beliau dinasihatkan meneruskan rehabilitasi sebelum benar-benar pulih dan dibenarkan pulang.

“Abdul Rahman telah mula mobilasi di dalam wad dan HPP masih menempatkan beliau di unit rawatan rapi (ICU) bagi membolehkan pemantauan serta rawatan terbaik namun lawatan hanya untuk saudara terdekat, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan saya dari kerajaan negeri.

“Mohon semua rakyat dan seluruh warganegara mendoakan kesihatan beliau bagi terus menjalankan tugas rasminya,” katanya di Lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

 
Copyright © 2014 PenangKini.