BREAKING NEWS

Tuesday, 7 November 2017

Usul wang ihsan RM2,000 kepada mangsa banjir


GEORGETOWN - Barisan pembangkang mengemukakan usul tergempar berhubung bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir seluruh Pulau Pinang bagi meringankan beban mereka.

Usul tersebut dibentangkan Datuk Dr Muhamad Farid Saad (BN- Pulau Betong) yang hanya mahu dibentangkan usul tersebut tanpa dibahaskan.


Muhamad Farid berkata, usul tanpa pemberitahuan itu dibuat selepas menyedari bahawa kejadian ribut dan banjir yang melanda negeri ini pada Sabtu dan Ahad lalu merupakan bencana paling buruk dalam sejarah Pulau Pinang.

"Bahawa Dun yang bersidang pada hari ini serta merta meluluskan Pembayaran Ihan Khas berjumlah RM2,000 kepada setiap isi rumah yang menjadi mangsa banjir. Selain itu, satu jumlah yang difikirkan wajar kepada sekolah-sekolah, masjid, surau, rumah ibadat bukan Islam dan seumpamanya.

"Pembayaran pampasan khas ini akan mengguna pakai wang dari Tabung Hasil Disatukan Kerajaan Pulau Pinang," katanya dalam sidang Dun, hari ini.
Usul itu diterima Speaker Dun, Datuk Law Choo Kiang tanpa dibahaskan yang mana ia hanya didengari dalam Dun berikutan perkara tersebut perlu mendapat kelulusan dari kerajaan negeri.

Muhamad Farid yang ditemui di luar Dewan berkata, setelah berbincang, Speaker mengakui bahawa Dewan sukar membuat keputusan namun usul itu akan dibawa ke peringkat kerajaan negeri untuk difikirkan.

Menurutnya, usul dibuat di bawah Fasal 34 Usul-usul Tanpa Pemberitahu itu kerana mengambil serius tentang pemberian bantuan kewangan kerana ramai mangsa yang sengsara akibat bencana banjir.- SH
 
Copyright © 2014 PenangKini.