BREAKING NEWS

Monday, 25 December 2017

AGENDA SULIT DAP

*AGENDA SULIT DAP*
_oleh Dr RG_

*PENDEDAHAN Mohamad Razali, bekas Pengarah Strategik Hal-Ehwal Orang Melayu-Islam DAP sebagaimana yang disiarkan oleh AIDCNews suatu ketika dahulu hendaklah diberikan perhatian serius oleh pihak Kementerian Dalam Negeri, apatah lagi rakyat keseluruhannya.*

Namun rakyat tidak langsung melihat apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan terhadap agenda sulit DAP yang menggunakan dana daripada tajaan Zionis Yahudi untuk menguasai Malaysia dan seterusnya menjadikan negara ini negara Kristian.

Pendedahan dan pengakuan Mohamad Razali sepanjang kira-kira 30 muka surat itu yang dirakamkan daripada ucapannya di Putrajaya pastinya amat berbahaya dalam konteks cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Melayu-Islam di Malaysia, apatah lagi survival politik Melayu-pribumi.

Kredibiliti pengakuan Mohamad Razali amat signifikan kerana beliau juga adalah bekas Setiausaha Politik Lim Guan Eng. Sebagaimana katanya “Banyaklah jawatan-jawatan penting yang saya pegang semasa saya berada dalam pentadbiran DAP ataupun pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.”

Perkara yang paling signifikan untuk diberikan perhatian oleh pihak kerajaan, khususnya dalam soal keselamatan negara ialah risiko geopolitik serta penyuntikan elemen subversif Israel-Zionis yang menyusup masuk melalui DAP.

Seperti yang didedahkan M Razali, “Kami dilatih oleh pakar-pakar daripada luar negara. Saya dilatih hampir tiga tahun oleh pihak Israel. Tiga tahun saya berada di bawah naungan pihak Israel. Latihan yang saya terima semuanya berbezalah daripada US, UK, Australia, Jerman, Kanada, Belgium.”

M Razali juga menegaskan bahawa, “Saya cuma terima dua ideologi saja. Satu Malaysian Malaysia dan lagi satu fahaman Zionis. Lain..semua saya tolak. Saya tolak semua. Dua ini saja yang saya terima.”

[BACA SELANJUTNYA DI https://goo.gl/zWsUH8]
 
Copyright © 2014 PenangKini.