BREAKING NEWS

Sunday, 17 December 2017

Bila dekat PRU, Guan Eng terkena penyakit sindrom penafian


17 DIS: Lim Guan Eng seolah-olah dijangkiti sindrom penafian (denial syndrome) apabila menyangkal kononnya kerajaan Pulau Pinang pimpinannya itu tidak pernah gagal membela nasib kaum Melayu di negeri itu.
Perkara ini tidak menghairankan bagi Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid kerana kerajaan Pulau Mutiara diketuai DAP itu memang terkenal dengan sikap bermuka-muka apatah lagi dengan PRU ke-14 semakin menjelang.
“Rakyat negeri khususnya orang Melayu perlu tahu, Guan Eng dengan angkuh telah memberitahu sidang DUN bahawa agenda bumiputra tidak menjadi keutamaan kerajaan negeri. Saya masih ingat beliau berkata begitu ketika di awal DAP berkuasa di negeri ini.
“Tapi inilah gaya politik sebenar DAP. Orang Melayu negeri ini sudah tahu kulit dan isi DAP, mereka boleh bertukar wajah, seolah-olah  terkena penyakit sindrom penafian dengan lupa apa yang telah mereka nyatakan sebelum ini.
“Malah mereka seolah-olah suci seperti tidak pernah membuat dosa apabila menidakkan apa yang telah dilakukan oleh mereka dalam membela nasib orang Melayu di Pulau Pinang,” selar Jahara.
Beliau memberi reaksi demikian sebagai respon kenyataan Guan Eng yang menafikan bahawa kaum itu akan merempat di tanahair sendiri jika DAP dan bersama Pakatan Harapan menjadi pemerintah negara.
Pada 9 Disember, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa perhimpunan agung parti dilaporkan berkata orang Melayu akan kehilangan hak istimewa jika pembangkang memenangi PRU ke-14.
Kata ADUN Teluk Ayer Hitam itu, sejak pemerintahan negeri itu bertukar tangan, orang Melayu di Pulau Pinang terus dipinggirkan daripada arus pembangunan perdana.

Peniaga di Rumah Hijau Mak Mandin mengadakan bantahan kepada kerajaan negeri selepas gerai mereka dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan pada Mac lalu. (foto fail)
“Cuba beritahu saya, apa yang Guan Eng telah lakukan untuk membela nasib orang Melayu. Beri rumah mampu milik? Jauh sekali, mampu tengok bolehlah, berapa banyak telah kerajaan negeri ini buat rumah kos tinggi, kondomium tapi adakah orang Melayu boleh memilikinya?
“Apa bentuk pertolongan yang diberikan untuk peniaga Melayu?, kalau ada, sila kemukakan bukti , sebab kita banyak dengar bila orang Melayu buka gerai di tepi jalan akan diroboh atau dihambat pihak berkuasa tempatan,” katanya kepada BNBBC.my portal, Sabtu.
Tambahnya lagi, kejadian tanah runtuh dan banjir yang melanda Pulau Pinang bulan lalu seharusnya menjadi ikhtibar kepada rakyat negeri itu terutamanya orang Melayu mengenai sikap sebenar Lim Guan Eng dan DAP.
“Musibah yang melanda baru-baru ini telah membuka mata kita, sebelum ini mereka dengan angkuhnya mendakwa kononnya pembangunan di negeri itu tidak menjejaskan ekosistem alam, tapi apa yang terjadi? Akhirnya menangis minta tolong pada kerajaan persekutuan hulurkan bantuan.
“Adakah kita masih nak percayakan kepada Guan Eng dan DAP?,” kata Jahara.


 
Copyright © 2014 PenangKini.