BREAKING NEWS

Monday, 25 December 2017

Cabar DS Najib batal tempahan pembelian Boeing

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1724600007558613&id=100000258912758

Cabar DS Najib batal tempahan pembelian Boeing.

Mengikut artikel FMT Pengarah Strategi Amanah, Dzulkefly Ahmad mencabar DS Najib membatalkan tempahan pembelian 25 pesawat Boeing 737-MAX 10, 8 Dreamliners 787 yang semuanya melebihi AS$10 bilion (RM41.9 bilion) sebagai permulaan tindakan menentang keputusan Donald Trump untuk memindahkan kedutaan AS ke Baitulmaqdis.

Bagi saya ianya hanya cabaran dangkal dari seorang pemimpin pembangkang. Dalam menghadapi situasi begini seorang pemimpin negara perlu bijak dan berhati-hati dalam mengambil sebarang keputusan terutama dalam mengimbangi prinsip atau pendirian tegas kerajaan dengan kepentingan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Dalam isu ini juga kita dapati Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan adalah pemimpin Islam paling menonjol dan lantang menentang keputusan Trump. Tapi tahukah anda bahawa pada September 2017, Turkish Airlines telah menempah 40 pesawat baru Boeing 787-9 Dreamliner bernilai AS$11 bilion. Persoalannya adakah Presiden Turki akan memaksa syarikat penerbangan Turki membatalkan tempahan tersebut sebagai tindakan terhadap Trump?

Tahukah anda bahawa pesawat Turki dan Israel saling mendarat dan berlepas antara Istanbul dan Tel Aviv? Anda boleh melihat aktiviti penerbangan pesawat antara Istanbul dan Tel Aviv di pautan di bawah ini http://www.turkishairlines.com/en-int/flights-tickets/tel-aviv

https://www.tripadvisor.com/Flights-g293974-o293984-Tel_Aviv_Yafo_to_Istanbul.html

Adakah Presiden Turki akan mengarahkan aktiviti penerbangan antara Istanbul dan Tel Aviv juga dihentikan?

Maka jelas cabaran pemimpin Amanah ini adalah cabaran dangkal dan tidak berasas sama sekali. Cabaran yang hanya mahu meraih populariti dan bertujuan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap DS Najib. Bagi saya bukan sahaja cabaran yang dangkal tapi bodoh.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/12/23/amanah-cabar-najib-batal-pembelian-pesawat-rm41-9-bilion-dengan-as/

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/12/23/amanah-cabar-najib-batal-pembelian-pesawat-rm41-9-bilion-dengan-as/

http://www.aerospace-technology.com/news/newsturkish-airlines-plans-to-buy-40-boeing-787-9-dreamliners-5933385

https://www.bloomberg.com/news/articles/2017-09-21/boeing-lands-11-billion-787-deal-from-resurgent-turkish-air
 
Copyright © 2014 PenangKini.