BREAKING NEWS

Friday, 8 December 2017

Dakwaan Ku Li UMNO tiada demokrasi dibidas


KUALA LUMPUR – Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman membidas Tengku Razaleigh Hamzah yang mempersoalkan kelulusan usul tidak mempertandingkan jawatan tertinggi parti.
Menurut Zainal, kelulusan usul tersebut berdasarkan amalan demokrasi dalam UMNO yang akan meluluskan sesuatu usul melalui perbahasan bukannya melalui mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi.
“Itu memang demokrasi cara kita (UMNO). Perwakilan semua yang buat ketetapan dalam perbahasan bukan diputuskan oleh Majlis Tertinggi. Ia diputuskan oleh 2,700 perwakilan.
“Itulah demokrasi yang ditentukan oleh 2,700 perwakilan dan tiada siapa pun yang bangkang. Kita rasa pemimpin kita  berhemah tinggi kerana apabila perkara ini dibangkitkan kepada Presiden dan Timbalan Presdien UMNO, mereka tak mahu masuk campur. Mereka serahkan kepada perwakilan.”
Sementara itu, Zainal Abidin yang mewakili UMNO Pulau Pinang sendiri menyambut baik kelulusan usul tersebut yang disifatkan sebagai suatu ketetapan yang matang selain memberikan kesan positif terhadap parti.
Terdahulu, Tengku Razaleigh mempersoalkan tahap demokrasi parti itu yang meluluskan usul supaya jawatan tertinggi tidak dipertandingkan pada pemilihan yang akan datang.-MalaysiaGazette


 
Copyright © 2014 PenangKini.