BREAKING NEWS

Monday, 18 December 2017

DAP Memilih Pemimpin Melayu Untuk Melenyapkan Ketamadunan Kuasa Melayu

Image result for DAP dan pemimpin Melayu Pakatan
Ungkapan bahawa “sejarah ditulis oleh mereka yang menang” seolah-olah sedang direkayasakan oleh parti yang memerintah Pulau Pinang adalah benar belaka dan malah ianya sedang diciptakan satu bentuk sejarah politik baharu.
Apakah Melayu masih tidak membuka mata lagi tatkala  musuh musuh politik dan bangsa menyelinap masuk kedalam minda  orang Melayu serta menjanjikan bulan dan bintang dan akhirnya hanya lubang liang lahat bangsa Melayu disediakan.
Apakah Melayu masih lagi belum mengenal “Iqra” yang mana menyarankan kepada kita agar tersu membaca segalanya  dalam usaha untuk mencari kebenaran kejadian. Apakah juga orang Melayu yang sentiasa asyik berpolitik tanpa sedar sedang diperbodohkan oleh DAP.
Ternyata begitu lemahnya  bangsa melayu yang kini berada dalam gengaman DAP untuk merealisasikan agenda kesamarataan yang diperjuangkan  sepanjang 52 tahun politik chauvanis DAP yang amat kuta dasar perkaumannya.
Jika Melayu itu sedar dan terus mengamalkan “Iqra” sudah pasti akan menyelinap masuk kedalam agenda yang diikrarkan dalam “Deklarasi Setapak”- Ikrar yang bakal mengubah segalanya yang berteraskan Melayu Islam dalam Negara ini.
Diulangkan semula bahawa sejak ikrar Deklarasi Setapak yang inti utamanya adalah untuk menghapuskan hak keistimewaan Bumiputera, Kit Siang tidak pernah jemu-jemu menyertaiPilihan Raya Umum (PRU) untuk menjadi Ahli Parlimen dari tahun 1969 hingga sekarang.
Apabila Deklarasi Setapak diumumkan, di situ seharusnya orang Melayu  sudah nampak perancangan DAP selama ini adalah untuk menolak Bumiputera selain merancang mahu menjadikan pemimpin bukan Bumiputera sebagai Perdana Menteri sekiranya berjaya mentadbir negara.
Tetapi amat malang sekali apabila Melayu Islam yang sanggup bersekongkol dengan DAP hanya untuk pangkat dan harta  yang dikejar  sehingga sanggup menjual bangsa sendiri. DAP dalam sikap perkaumananya terus juga membela bangsa dan warisan  turun temurun yang diwarisi.
Dalam pada masa yang sama DAP terus menolak apa juga bentuk tamadun yang menjadi sejarah  Melayu dalam Negara ini dan penafian ini dilakukan adalah untuk melenyapkan sejarah bangsa  dan warisan yang mengambarkan bahawa Melayu itu pribumi di Malaysia.
Mereka sengaja melupakan sejarah mengenai perjuangan orang Melayu di bumi Malaysia ini dan kenapa orang Melayu diberikan hak-hak keistimewaan tertentu tetapi dalam masa yang sama tidak meminggirkan kepentingan kaum lain.
Puak inilah juga memutar-belitkan fakta sewenang-wenangnya termasuklah mewujudkan tafsiran baru mengenai ketuanan Melayu. Walaupun sudah berkali-kali diperjelaskan mengenai apa maksud ketuanan Melayu tetapi kelompok ini sanggup menderhaka kepada bangsa sendiri.
Mereka tidak mahu mendengar hujah dan fakta pihak lain, sebaliknya menganggap tafsiran mereka sahaja yang betul.
Oleh itu, kepada kelompok Melayu ini yang man sanggup sekarang mengakui bahawa Athies itu adalah satu agama dan fahaman yang mereka perjuangkan , mahu tidak mahu, mereka harus mengakui bahawa tindakan mereka sebenarnya meletakkan orang Melayu dalam bahaya.
Kalaulah isu keistimewaan atau ketuanan Melayu , agama Islam serta kecenderiangan untuk murtad  itu ditimbulkan oleh pihak lain tidak apa, tetapi ini dalam kalangan orang Melayu sendiri. Melayu yang bergaya hidupnya dalam politik pembangkang.
Tujuan mereka, kononnya ingin menunjukkan keterbukaan dan merekalah pejuang kepada semua kaum.Tetapi pada masa yang sama mereka sendiri bersama sama puak yang memusuhi Islam berjuang diatas landasan yang menghancurkan bangsa sendiri, Islam dan mungkin akan mengadaikan Negara ini.
Mereka sengaja melupakan bagaimana tindakan tersebut jika tidak dibendung boleh menyebabkan satu masa nanti orang Melayu sudah tidak ada apa-apa lagi di bumi sendiri. Sesuatu kehilangan yang tiada galang gantinya lagi.
Jika dibiarkan bangsa (Melayu) akan menghadapi kesesalan di kemudian hari kerana ketika itu kaum Melayu telah dipinggir di bumi sendiri dan Islam dilihat sebagai satu pegangan serpihan. Namun percayalah, puak-puak yang rakus mencari kuasa politik ini tidak akan mempedulikan itu semua.
Atas sebab itulah golongan ini perlu ditentang habis-habisan kerana mereka tidak layak berada di bumi Malaysia ini.
Ia kerana perjuangan seumpama itu bukan sahaja akan merugikan orang Melayu, malahan akan turut mengancam kestabilan kaum lain.
Oleh itu, kepada puak tersebut, janganlah terlalu ghairah melihat segala-galanya dari sudut politik, jika tidak mahu dianggap sebagai penderhaka dan pengkhianat kepada bangsa sendiri. Jadikanlah ingatan sebelum ia terlambat.
Jelas dan tepat sekali , jika kita lihat secara mendalam perkara ini  bahawa bangsa Melayu Islam dalam Negara ini . semakin diasak dan semakin kuat rasa keterancaman sesuatu bangsa itu akan semakin kuat dan memuncaklah semangat nasionalismenya .
Bagi pejuang  yang melihat betapa pentingnya  melindungi bangsa Melayu, Islam dan Negara ini semakin membuak-buak rasa kebimbangan sesuatu bangsa itu terhadap ancaman bangsa lain, semakin akan bergeloralah semangat nasionalisme bangsa tersebut dan sebaliknya jika semakin lenyap rasa kebimbangan terhadap ancaman bangsa lain ke atas bangsa.
Umat Melayu harus mengerti bahawa jaminan hal-hal, keistimewaan bangsanya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan terhasil daripada kekentalan semangat nasionalisme Melayunya yang terbukti kalis hentaman dan tahan diuji.
Angkara perbedaan tajam ideologi politik tersebut, apa yang berlaku ialah tenaga-tenaga politik Melayu dibazirkan untuk memfitnah, mencaci, mengutuk dan mengherdik sesama sendiri. Tidakkah pemimpin Melayu menyedari bahawa bangsanya sedang berada dalam keadaan keterancaman yang bukan kepalang dahsyatnya?
Berpolitik biar kena pada cara dan tempatnya bukan hanya kerana  kepentingan malah pemimpin Melayu mesti meyedarkan bahawa kepentingan melindungi bangsa dan agama itu adalah salah satu perjuangan yang menerlukan jati diri yang tulen lahir dari jiwa nurani Melayu.
Harus juga diingatkan bahawa, Sengketa sesama Melayu tentunya merugikan bangsanya itu sendiri dan dikhuatiri akibat sengketa tersebut, ”bumi Malaysia ini kelak akan menjadi milik mutlak bangsa asing”. Sekiranya ini berlaku, spesies Melayu akan pupus dan lenyap di tanah tumpah darahnya sendiri.
Pemimpin Melayu yang ada sekarang dikalangan pembangkang hanyalah  orang yang jahil dan buta sejarah dan tiada rasa kesetiakawanan sahaja yang akan mempertikaikan hak-hak keistimewaan orang Melayu tersebut.
Ketika dan saat ini mereka , pemimpin Melayu pembangkang sedang memagar  sebangsa mereka  yang berlainan ideology dengan  melakukan desakan fahaman politik agar segala yang terlarang didalam adat bangsa Melayu  dan Islam agar dirobohkan supaya agenda asing dalam menular didalam akar umbi diri Melayu.
Persepsi yang sama terhadap kegemilangan bangsa Melayu masa silam, kesediaan menghadapi cabaran semasa dan kebersamaan persepsi misi umat Melayu masa silan dan ke hadapan telah cuba dipadamkan dari sejarah perjuangan serta kewujudan dalam pembinaan Negara bangsa  dalam Negara ini.
Satu persatu cuba dilenyapkan, Siapakah yang cuba melenyaokan bersama agenda barat, Mereka ini adalah kerpimpinan pembangkang melayu yang amat gah bersama chauvanis yang menjanjikan bulan dan bintang sebagai hadiah kejayaannya nanti. Apakah mungkin?
Persoalannya, apakah sebabnya umat Melayu bukan sahaja tidak berusaha bersungguh-sungguh memugar semangat nasionalisme bangsanya sendiri?, bahkan masih terus tidak bersatu memastikan kekentalan bangsanya. SUMBER
 
Copyright © 2014 PenangKini.