BREAKING NEWS

Friday, 15 December 2017

"Guan Eng, Berhentilah Seksa Masyarakat Cina P.Pinang... Mereka Sudah Cukup Merana"

Penduduk Pulau Pinang terutama masyarakat Cina sudah cukup merana dengan penyiksaan kerajaan DAP negeri teraju Ketua Menteri Lim Guan Eng yang tidak berhenti menghukum orang tidak berdosa.
Bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat berkata, setelah pelbagai musibah dan bencana berlaku di Pulau Pinang, kini DAP menghukum rakyat hanya kerana wakil rakyat kawasannya bersuara lantang membantah salah laku pentadbiran kerajaan negeri.
Beliau merujuk kepada keputusan kerajaan negeri melarang ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu mengagihkan bantuan bencana banjir yang dikutip DAP sebelum ini.
"Beliau (Yee Cheu) adalah ADUN yang dipilih oleh pengundi kawasannya selama dua penggal untuk membawa suara rakyat kepada perhatian kerajaan negeri. Adakah larangan agihan bantuan dikenakan kepada Yee Cheu adalah wajar?
"Teh Yee Cheu lebih mengetahui situasi banjir dan mangsa-mangsa dikawasannya berbanding Guan Eng. Kenapa tak serahkan dana bantuan mangsa banjir kepada beliau?" soal Tuan Tat ketika dihubungi Malaysian Digest.
Yee Cheu merupakan ADUN Pulau Pinang kedua yang dilarang kerajaan negeri untuk mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir kawasannya.
Sebelum ini, ADUN PKR dari Kebun Bungah juga menerima nasib sama.
Kedua-dua mereka terkenal dengan kelantangan mengkritik salah laku kerajaan DAP Pulau Pinang.
Kata Tuan Tat, beliau kecewa dengan parti DAP yang pernah disertainya bertindak kejam terhadap wakil rakyat partinya sendiri.
Beliau yang juga bekas bekas Pengerusi DAP Cawangan Taman Seri Sungai Pelek berkata, sepanjang bergelar pemerintah Pulau Pinang, DAP banyak menabur janji kepada rakyat namun amat jarang melunaskan janjinya.
"Contohnya isu rumah mampu milik. Mereka tidak boleh tunaikan Pelan Strategik lima tahunnya untuk membina rumah mampu milik kepada rakyat Pulau Pinang. Begitu juga insiden kilang haram di Kampung Sg Lembu, berapa ramai sudah merana menghidu gas beracun hasil operasi kilang berkenaan.
"Perkara sama dengan isu tanah runtuh (Tanjung Bungah) berpunca daripada pembangunan yang tidak diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar. Mengapa kerajaan negeri terus membuat pembangunan tersebut?
"Kini mereka enggan memberikan dana bantuan banjir kepada Teh Yee Cheu untuk diagihkan kepada mangsa. Adakah kerajaan negeri ini benar-benar ambil berat terhadap rakyat negeri mereka?" tegas beliau.
Tambahnya, rakyat Pulau Pinang terutama masyarakat Cina harus sedar akan diskriminasi kerjaan negeri terhadap golongan kurang bertuah ini
"Ramai rakyat terus menyokong kerajaan DAP kerana tidak didedahkan perkara sebegini. Ramai penduduk Pulau Pinang merana. Termasuk masyarakat Cina.
"Saya menyeru masyarakat Cina kelas bawahan dan kelas pertengahan untuk bangkit menentang pemerintahan sebegini. Kita semua tinggal didalam negara yang sama tetapi ada penduduk di sesetengah negeri ditindas pemerintah.
"Saya tidak boleh biarkan kerosakan sebegini berterusan," tegasnya lagi.
- mD
 
Copyright © 2014 PenangKini.