BREAKING NEWS

Friday, 15 December 2017

Kes Fitnah: Rahman Dahlan Lantik Peguam Saman Rafizi Ramli

Dalam satu kenyataan media di Putrajaya pada Khamis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengesahkan sudah melantik peguam untuk meneliti tindakan sesuai bagi bawa Ahli Parlimen Pandan itu ke muka pengadilan.

“Berdasarkan tuduhan dilemparkan, peguam Datuk M Reza Hassan dari Messrs Raja Riza & Associate dilantik untuk kaji tindakan undang-undang terhadap Rafizi untuk menamatkan fitnah berterusannya,” kata Abdul Rahman.

Tegas beliau, tuduhan terbaharu itu adalah pembohongan secara terang-terangan yang jelas tidak menguntungkan kedudukannya sebagai anggota parlimen sekali memalukan imej pembangkang khasnya Pakatan Harapan.

Sebelum itu, Rafizi dilaporkan menerusi media sosial menuduh ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat penganjur Ekspo Negaraku di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur kononnya ialah abang kepada Abdul Rahman sendiri.

Namun kenyataan fitnah Rafizi tersebut segera dinafikan Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Pandan itu kemudian terpaksa meminta maaf kepada CEO PICO Integrated Exhibits Sdn. Bhd. iaitu Noor Raslan Md. Dahlan.

Pada masa sama, Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata beliau kecewa dengan tuduhan Rafizi bahawa ada pegawai Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang membocorkan maklumat tidak betul berkenaan isu itu.

Rafizi yang menyedari pembohongannya itu terbongkar turut memadam video pendedahan eksklusif tersebut tetapi usaha terdesak beliau menjadi bahan jenaka tular ramai netizen tempatan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
 
Copyright © 2014 PenangKini.