BREAKING NEWS

Wednesday, 13 December 2017

Kit Siang Seorang Pembohong Tegar - Fuad Zarkashi

MARAH sungguh Lim Kit Siang kerana komen balas saya terhadap beliau. Ia berpunca kenyataan Datuk Seri Najib di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 bahawa Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Maka isu gaji saya dimainkan. Kononnya gaji saya lebih mahal daripada gaji Menteri. Jelas Kit Siang tidak buat ‘homework’. Maka ‘tagline’ beliau PRU ke 14 adalah peperangan antara yang benar dan palsu memang palsu.

Membandingkan gaji “lump sum” saya dengan gaji pokok Menteri sudah tentu tidak tepat. Jawatan saya adalah Contract for service. Tidak ada KWSP, tidak ada elaun perumahan, elaun keraian, elaun pembantu rumah dan lain lain. Gaji pokok Menteri termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang jika dicampur dengan kesemua elaun elaun tersebut akan menjadikan jumlah gaji mereka empat kali ganda daripada gaji ‘lump sum’ saya.

Hipokrit dan palsunya Lim Kit Siang ialah apabila pemilihan CEC DAP sebelum ini tidak diiktiraf oleh ROS. DAP diarah buat pemilihan semula. Mereka akur. Itu bermakna mereka mengakui selama ini DAP memalsukan pemilihan parti yang rupanya demokrasi palsu.

Justeru peperangan antara yang benar dan palsu menurut Lim Kit Siang adalah memalsukan kebenaran kerana DAP hanya boleh hidup atas keupayaan supaya rakyat percaya yang palsu itu adalah benar.

Ditulis oleh,

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO
 
Copyright © 2014 PenangKini.