BREAKING NEWS

Tuesday, 19 December 2017

Pemandu cedera parah bas kilang bertembung lori kargo



 BUTTERWORTH 19 Dis. – Seorang pemandu bas kilang cedera parah akibat tersepit selepas bas yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori kargo membawa muatan besi dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Perai, di sini awal pagi ini.

Menurut jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.15 pagi itu turut mencederakan 12 pekerja wanita yang menaiki bas kilang berkenaan.


Ujar beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu kira-kira pukul 6.26 pagi sebelum 11 anggota penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian.

“Operasi menyelamat berakhir kira-kira pukul 7 pagi ini dan pemandu yang tersepit dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut.

“Seramai tujuh pekerja kilang wanita turut dihantar ke HSJ kerana trauma akibat kemalangan itu manakala empat yang lain yang cedera ringan diberi rawatan di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE




 
Copyright © 2014 PenangKini.