BREAKING NEWS

Monday, 25 December 2017

Pindah milik tanah Felda: Tiada unsur rasuah, hanya kelemahan tadbir urus - SPRM

Pindah milik tanah Felda: Tiada unsur rasuah, hanya kelemahan tadbir urus - SPRM

Pindah milik tanah Felda: Tiada unsur rasuah, hanya kelemahan tadbir urus - SPRM
AZAM berkata, perkara itu lebih menjurus kepada kelemahan tadbir urus dan tertakluk di bawah siasatan polis. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam kes pindah milik tanah FELDA di Jalan Semarak, di sini bernilai RM270 juta.

Sebaliknya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, perkara itu lebih menjurus kepada kelemahan tadbir urus dan tertakluk di bawah siasatan polis.
Menurutnya, pihaknya telah meneliti dokumen dan maklumat tersebut selepas menerima laporan kira-kira empat bulan lalu.

"Tiada unsur rasuah dan salah guna kuasa tetapi lebih kepada kelemahan tadbir urus. SPRM juga dimaklumkan bahawa kes ini telah dilaporkan kepada pihak polis. Biar polis jalankan siasatan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini pada Khamis.

Bagaimanapun, tambah Azam pihaknya terbuka sekiranya siasatan polis mendapati wujud elemen jenayah rasuah dan salah guna kuasa berhubung kes tersebut.
 
Copyright © 2014 PenangKini.