BREAKING NEWS

Tuesday, 5 December 2017

Projek & Jual Tanah : Kerajaan Pakatan Harapan Bohong Lagi

Kerajaan Pakatan Harapan sekali lagi cuba memutar belitkan isu dan mengelirukan rakyat. Tindakan mereka yang gagal menerangkan fakta yang sebenarnya adalah satu sikap yang amat memualkan dan perlu dikritik oleh rakyat.
1. Projek Tidak Siap
Kerajaan DAP melaporkan 2,761 projek telah berjaya disiapkan. Tetapi Audit Negara mendapati bilangan sebenar projek yang siap sepenuhnya dalam tahun 2016 adalah 2,737 projek. Apa jadi dengan 24 projek itu dan berapakah nilai projek tersebut?
2. Kerajaan DAP jual tanah & Developers Action Party
Lim Guan Eng menafikan Pulau Pinang bergantung kepada penjualan tanah untuk membiayai operasinya.
Padahal, Jabatan Audit Negara mendedahkan bahawa penyumbang utama hasil kerajaan negeri terdiri daripada hasil cukai yang berkaitan dengan tanah seperti Premium Tanah-Pemberian Milik Bayaran Khas, Cukai Tanah, Premium Tanah-Tukar Syarat dan Premium Tanah-Pemberian Hak Milik.
Malah, hasil cukai daripada 'Pelbagai Terimaan dari Lain Agensi Kerajaan' pada tahun 2016 juga berkaitan dengan tanah iaitu penjualan tanah di Daerah Seberang Perai Selatan bernilai RM187.59 juta.
3. Kerajaan DAP jual tanah lebih daripada kerajaan BN.
Guan Eng mendakwa (sekali lagi) kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang hanya menjual 106.1 ekar tanah sahaja sejak 2008 hingga sekarang dan memperolehi pulangan lebih besar untuk penjualan tanah-tanah berbanding dengan Kerajaan BN sebelum ini. Kononnya, sejak awal tahun 90-an hingga 2008, kerajaan negeri pimpinan BN telah menjual 3,661 ekar berjumlah RM1.0586 bilion, manakala kerajaan DAP negeri dari 2008 hanya menjual sejumlah 106 acres untuk RM1.1102 bilion.
Ada 2 perkara yang cuba diputar belitkan oleh kerajaan DAP.
a. Menjual tanah sedia ada untuk pembangunan TIDAK SAMA dengan memberi hak menebus guna laut. 
Perkara ini dinyatakan oleh Datuk Seri Zainal Abidin, Pengerusi UMNO Pulau Pinang. Beliau menjelaskan bahawa Lim Guan Eng terus menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan rakyat. Yang perlu kita tahu ialah kerajaan Negeri BN terdahulu hanya memberikan hak menebus guna laut bukannya harga tanah tersebut.
i Projek Tambakan Seri Tanjung Pinang (STP) di Tanjong Tokong
ii Jelutong Expressway kepada IJM
iii Pesisir Bagan Ajam kepada Kumpulan Rayston.
b. Projek tebus guna laut yang diluluskan oleh Kerajaan BN sebelum ini bukan memberi pulangan dalam bentuk tunai sahaja.
Projek tambakan laut Seri Tanjung Pinang (STP), Jelutong Expressway turut melibatkan pembinaan Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah dan Lebuhraya.
Penambakan laut di Bagan Ajam pula akan menyediakan tanah untuk projek pembesaran Northern Butterworth Container Terminal.
Malah jika rujuk kepada infografik di bawah, kerajaan DAP ternyata telah berbohong tentang keluasan tanah yang telah diluluskan oleh mereka:
4. Putar belit tentang harga tanah.
Sebagai contoh, pulangan kewangan kepada Kerajaan Negeri bagi projek tambakan STP di Tanjong Tokong bukan hanya RM1/kps sebagai bayaran untuk hak menebus guna laut. Jumlah RM 42.7 juta bukan harga tanah tersebut.
Sebenarnya, kerajaan negeri menerima tanah yang telah siap ditambak seluas 110 ekar hasil daripada perjanjian projek STP. Dan jika mahu tahu harga tanah tersebut, ianya bernilai lebih daripada RM6.3 ribu juta dan bukannya RM42.7 seperti yang didakwa oleh Guan Eng!
Malah, jika dianggarkan berlakunya peningkatan kadar 10% harga tanah di Gurney Drive maka 110 ekar tanah akan bernilai kira-kira RM19.77 bilion pada tahun 2025.
5. Kita lihat sekali lagi tanah-tanah yang telah dijual/diluluskan oleh kerajaan DAP negeri.
2013: 110 ekar tanah Gurney Drive kepada Konsortium Zenith BUCG bagi projek Terowong Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion
2013: 40 ekar tanah Batu Kawan dijual kepada PE Land, RM65.34 juta
2014: 245 ekar tanah Batu Kawan kepada Aspen Vision (49 peratus dimiliki Ivory Properties)
2014: 30 ekar tanah Batu Kawan kepada Paramount Group pada harga RM67 juta
2014: 470 ekar tanah Batu Kawan kepada Eco World, RM1.02 bilion. (Jualan dibatalkan tahun berikutnya apabila kawasan berkenaan tidak mencukupi bagi pembinaan sebuah padang golf.
2014: 49 peratus dari 198 ekar tanah di Batu Kawan dan 6.67 ekar di Bayan Lepas diberikan kepada Temasek Holdings milik kerajaan Singapura.
2015: 20 ekar tanah di Batu Kawan dijual RM30 juta kepada syarikat Singapura, Kumpulan Jabil.
2015: Empat ribu ekar tanah ditebusguna kepada Gamuda (60 peratus) dan rakan tempatan (40 peratus) bagi Permatang Damar Laut dianggarkan bernilai RM27 bilion. Kerajaan Pulau Pinang turut menyatakan akan meminjam berbilion ringgit dari bank bagi mencukupkan perbezaan bagi mencapai RM46 bilion.
2015: 6.6 ekar tanah kompleks Juru kepada syarikat Singapura, Centurion Group pada RM10.89 juta
2016: Penjualan pegangan 49 peratus saham dalam Tropical Island Resort Sdn Bhd (TIRSB) pada RM156 juta yang memiliki 80 ekar tanah di Pulau Jerejak.
2017: Penjualan 7.4 ekar tanah di Peel Avenue kepada Island Hospital pada harga RM156 juta. 
Kesimpulannya, PRU14 adalah masa yang terbaik untuk rakyat Pulau Pinang menjatuhkan kerajaan DAP sekarang ini. Manakala kerajaan baharu diminta membuat siasatan terhadap kesemua skandal di Pulau Pinang ini untuk menentukan wujudnya korupsi dan salah guna kuasa. Mereka yang didapati bersalah akan dihumban ke dalam penjara.

Sumber: KLIK SINI
 
Copyright © 2014 PenangKini.