BREAKING NEWS

Friday, 1 December 2017

Pulau Pinang jana hasil negeri melalui penjualan tanah




GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang didapati menjana hasil negeri yang tinggi adalah dari penjualan tanah miliknya kepada pihak swasta untuk membiayai perbelanjaan mengurus yang meningkat 500 peratus sejak 2008.

Perkara itu disahkan menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2016 ke atas Penyata Kewangan Kerajaan Pulau Pinang yang dikeluarkan baru-baru ini.
Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, dalam tempoh lima tahun (2012 hingga 2016), hasil yang diperoleh dari premium tanah (pemberian hak milik dan pemberian milik bayaran khas) adalah RM1.55 bilion.
Tambahnya, cukai tanah dan premium tukar syarat tanah pula menyumbang sebanyak RM 768.46 juta.

"Untuk 2016 sahaja, hasil yang diperoleh dari perkara-perkara berkaitan tanah adalah RM491.87 juta. Sementara itu, bagi tahun 2015, hasil diperolehi berjumlah RM 518.51 juta, tahun 2014 (RM 464.83 juta), 2013 RM 463.27 juta dan 2012 sebanyak RM 382.56 juta.

Perkara itu disahkan menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2016 ke atas Penyata Kewangan Kerajaan Pulau Pinang yang dikeluarkan baru-baru ini.
Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, dalam tempoh lima tahun (2012 hingga 2016), hasil yang diperoleh dari premium tanah (pemberian hak milik dan pemberian milik bayaran khas) adalah RM1.55 bilion.
Tambahnya, cukai tanah dan premium tukar syarat tanah pula menyumbang sebanyak RM 768.46 juta.

"Dengan itu, jumlah hasil dari perkara-perkara yang berkaitan dengan tanah negeri untuk lima tahun (2012 hingga 2016) telah menyumbang sebanyak RM2.32 bilion kepada hasil negeri Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi tadi.

Zainal Abidin berkata, dengan pengesahan itu, pihaknya yakin hasil dari penjualan tanah negeri memberi pulangan yang lebih besar dari jumlah yang dikeluarkan Laporan Ketua Audit Negara 2016 tersebut.

"Ini kerana, Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Pakatan Harapan menawarkan skim bayaran ansuran kepada pembeli tanah seperti tanah di Bayan Mutiara. Tanah itu dijual pada 2011 dengan harga RM1.1bilion yang mana, tempoh pembayaran diberikan kepada pembeli adalah 60 bulan (lima tahun).

"Apa yang agak menghairankan, Ketua Menteri, Lim Guan Eng masih menafikan kebenaran ini sedangkan beberapa kali telah disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2016. Pengesahan itu juga membuktikan bahawa pendedahan perkara ini (mengenai aktiviti jual tanah oleh kerajaan negeri) yang dibuat BN dan Umno adalah benar dan tepat," katanya.



Sinar Harian
 
Copyright © 2014 PenangKini.