BREAKING NEWS

Sunday, 3 December 2017

Restoran Pelita hulur sumbangan

Lagi gambar di page kami di SINI
RANGKAIAN restoran Nasi Kandar Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd (Pelita) memperuntukkan RM75,000 untuk bantuan persekolahan kepada 500 murid.
Pengarahnya, Datuk Sihabutheen Kirudu Mohamed berkata, program itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya yang membabitkan penerima daripada pra sekolah hingga sekolah rendah sekitar Seberang Jaya, Bukit Mertajam dan Nibong Tebal.
Beliau berkata, setiap seorang menerima sumbangan beg, alat tulis dan sepasang kasut yang jumlah keseluruhannya bernilai RM150.
"Biasanya, kita memberi sumbangan Aidilfitri setiap tahun, namun kali ini, kami menganjurkan bantuan persekolahan buat kali pertama.
"Untuk tahun hadapan, kita merancang melakukan program khatan bersama dengan bantuan persekolahan ini, sekali gus meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan," katanya selepas menyampaikan sumbangan berkenaan dalam Bantuan Persekolahan dan Majlis Kesyukuran di pekarangan Masjid Jamek Seberang Jaya, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Pelita, Datuk Shamsuri Ahmad.
Sihabutheen berkata, program yang bermula seawal 8.30 pagi itu turut dimeriahkan dengan majlis jamuan tengah hari untuk 2,500 orang membabitkan peruntukkan sebanyak RM20,000.
"Pihak kami sebelum ini juga menyalurkan sumbangan dana kepada Masjid Al Mukarramah Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur berjumlah RM50,000.
"Malah, 40,000 bungkus makanan juga diagihkan kepada mangsa banjir yang terkesan awal November lalu di sekitar Seberang Perai dan Georgetown," katanya. --SumbeR
 
Copyright © 2014 PenangKini.