BREAKING NEWS

Sunday, 17 December 2017

Rumah Mampu Milik Di Pulau Pinang: JKP Rangka Pelbagai Inisiatif

Isu rumah mampu milik masih lagi menjadi agenda utama di Pulau Pinang oleh kerajaan persekutuan. Ia berikutan perkara itu tidak diberi perhatian serius oleh kerajaan DAP. 

Menyedari kekangan dan peratusan pemilikan rumah yang rendah dalam kalangan bumiputera, Jawatankuasa Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, JKP Sdn Bhd, syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan, merangka pelbagai inisiatif bagi tujuan itu. 

Ia bagi memastikan orang Melayu dan bumiputera meningkatkan pemilikan rumah dan hartanah di negeri tersebut. 

Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata JKP menyasarkan sejumlah 9 ribu 212 unit rumah kos rendah dan rumah mampu milik dapat disediakan dalam tempoh lima tahun akan datang. 

Setakat ini sebanyak SERIBU 535 unit yang merangkumi pelbagai jenis rumah di kawasan pulau dan Seberang Perai sedang dalam pembinaan. 

 
Copyright © 2014 PenangKini.