BREAKING NEWS

Friday, 1 December 2017

Sedekah Yang Paling Besar Pahalanya


Mana yang lebih perlu diutamakan dalam hal memberi bantuan (bersedekah), antara kawan-kawan atau kaum keluarga sendiri? Selama ini, kawan-kawanlah yang banyakmembantu daripada kaum keluarga sendiri.

Sebagai seorang suami, hendaklah dia lebih mengutamakan kaum keluarganya sendiri dari kawan-kawannya. Suami tidak boleh mengutamakan kawan-kawan daripada isteri dan anak-anaknya. Bantuan (sedekah) yang suami berikan kepada kaum keluarganya dianggap sebagai nafkah lebih besar ganjarannya daripada suamibersedekah untuk fakir miskin di kalangan orang luar bukan ahli keluarganya.

Daripada Jabir bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud : "Apabila seseorang daripada kamu berkeadaan miskin (dan dia hendak bersedekah), maka hendaklah dia lebih dulu mengutamakan keperluan dirinya sendiri. Kalau ada yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada anak isteri dan orang yang ditanggung nafkahnya. Kalau ada juga yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada kerabatnya (atau kepada orang yang ada pertalian kerabat dengannya). Kalau ada juga yang berlebih, maka hendaklah disedekahkan kepada orang lain yang memerlukanbantuan, yang ada di sana sini." (Hadis sahih riwayat Imam Ahmad)

Dalam hal yang sama, daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah SAW bersabda : "Bersedekahlah kamu!" Seorang lelaki (yang hadir) berkata : "Saya ada satudinar." Baginda menjawab : "Sedekahkanlah wang itu kepada dirimu sendiri." Orang itu berkata : "Saya ada satu dinar lagi." Baginda menjawab : "Sedekahkanlah wang itu kepada isteri mu." Orang itu berkata : "Saya ada satu dinar lagi." Baginda menjawab :"Sedekahkanlah wang itu kepada anakmu." Orang itu berkata : "Saya ada satu dinarlagi." Baginda menjawab : "Sedekahkanlah wang itu kepada orang gajimu." Orang itu berkata : "Saya ada satu dinar lagi." Baginda menjawab : "Engkau lebih mengetahui (akan orang yang patut engkau berikan)." (Hadis sahih riwayat Imam Ahmad)

Dalam hadis di atas, jelaslah keutamaan kepada siapa sedekah itu perlu diberikan. Nabi Muhammad SAW ketika ditanya mengenai bersedekah kepada kaum kerabat menerangkan : "Orang (yang bersedekah kepada kerabatnya) itu mendapat duapahala : pahala hubungan silaturahim dengan kerabatnya dan pahala sedekah itu sendiri." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim serta al-Nasa'i dan at-Tirmizi)

Dalam hadis yang lain daripada Abu Mas'ud al-Ansari, Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya : "Sesungguhnya orang Islam itu apabila dia memberi nafkahdengan sesuatu kepada keluarganya, sedangkan dia memberikannya dengan tujuan mematuhi perintah Allah dan mengharapkan pahalanya nescaya pemberiannya itu menjadi sedekah (yang berpahala) baginya." (HR Bukhari dan Muslim)

Perkara itu diterangkan lebih lanjut dalam hadis daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah SAW bersabda : "Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar lagi yang engkau belanjakan pada memerdekakan seorang hamba abdi, satu dinar lagi yang engkau sedekahkan kepada seorang miskin dan satu dinar lagi engkau belanjakan kepada keluargamu, (maka) yang lebih besar pahalanya adalah yang engkau belanjakan kepada keluargamu." (HR Muslim).

Wallahu a'lam
 
Copyright © 2014 PenangKini.