BREAKING NEWS

Tuesday, 19 December 2017

Tular Ikan Tilapia Di Malaysia Tak Selamat Dimakan, Palsu!

Benarkah ikan tilapia di Malaysia tidak selamat di makan?

Itulah yang tular di media sosial pada masa ini apabila ada pihak yang mendakwa ikan itu tidak patut dimakan kerana menjadi penyebab kanser.

"Tiada juga laporan saintifik yang mengaitkan isu penggunaan makanan ikan yang dicampur hormon dan agen penggalak tumbesaran diamalkan dalam industri ternakan ikan di Malaysia," kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu juga menyebut kualiti ikan di peringkat ladang sudah dipantau bagi memastikan hasilan ikan bebas daripada kesan pencemaran dan selamat untuk dimakan.
 
Copyright © 2014 PenangKini.