BREAKING NEWS

Tuesday, 31 January 2017

Nasi kandar Pelita nafi restoran tak halal


Drama Wayang Dap… Tangan Depan Bunga, Tangan Belakang Pisau

PRU14: BN Kedah Tekad Rampas Lima Kerusi Parlimen


ALOR SETAR – Kemenangan Barisan Nasional (BN) Kedah pada PRU-14 terutama di lima kerusi Parlimen yang dikuasai pembangkang penting untuk merancakkan lagi pembangunanan negeri Kedah.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, ia juga bagi memudahkan penyelarasan peruntukan dari kerajaan pusat kepada kerajaan negeri
seterusnya melancarkan projek-projek pembangunan di kawasan yang dimenangi.
Beliau berkata, menjadi suatu kerugian bagi rakyat Kedah apabila kerusi Parlimen dikuasai parti lain kerana proses penyaluran peruntukan daripada kerajaan pusat sukar dilakukan.
Katanya, sebanyak RM30 juta diperuntukkan kerajaan pusat untuk setiap kawasan parlimen, jika lima kerusi parlimen tewas ini bermakna sebanyak RM150 juta peruntukan sukar disalurkan untuk membangunkan sebarang projek di kawasan terbabit.
“Justeru, penggundi di parlimen yang kalah akan rugi sebab mereka tidak dapat kelebihan peruntukan itu disebabkan mengundi pembangkang pada pilihan raya umum yang lalu,” katanya selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2017 anjuran MCA Kedah, di sini, hari ini.
Ahmad Bashah yang juga Pengerusi BN Kedah meminta rakyat Kedah membuat pilihan yang bijak dengan tidak melakukan kesilapan mengundi pembangkang pada PRU-14 akan datang.
Dalam pada itu, Ahmad Bashah menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan sama ada akan berlaku perubahan kerusi antara parti-parti komponen BN di Kedah.
Pada PRU-13, BN Kedah kehilangan lima kerusi termasuk dua milik MCA iaitu Alor Setar dan Padang Serai, selain Sungai Petani, Pokok Sena dan Kuala Kedah. – Bernama

Harga Minyak Naik Februari 2017


Hujung bulan hari yang ditunggu-tunggu banyak rakyat Malaysia sebab harga petrol dan diesel disemak setiap hujung bulan.

Bulan ini (Januari) harga MOPS95 secara purata lebih tinggi berbanding MOPS95 pada bulan Disember iaitu US$69.489/tong bagi Januari 2017 berbanding US$66.553 bagi Disember 2016 iaitu kenaikan sebanyak 4%.



Purata kadar tukaran US Dollar - Ringgit Malaysia bagi Januari 2017 adalah 4.4603 berbanding 4.4590 bagi Disember 2016 bermakna Ringgit susut sedikit iaitu 0.02% secara purata pada bulan Januari 2017 berbanding Disember 2016.

Selepas dikira mengikut formula Automatic Pricing Mechanism seperti saya pernah tulis beberapa bulan yang lepas: http://syahir521.blogspot.my/2016/11/cara-pengiraan-harga-petrol.html harga purata RON95 pada bulan Januari 2017 adalah RM2.27/liter iaitu 17 sen lebih tinggi berbanding harga runcit RM2.10/liter yang ditetapkan pada awal bulan Januari.

Oleh yang demikian saya menjangkakan kenaikan harga runcit RON95 bagi bulan Januari sejumlah 10 sen hingga 15 sen bermula malam ini.

Seperti bulan-bulan yang lepas, saya pasti ada yang tidak maklum bahawa sejak Disember 2014 lagi kerajaan telah melaksanakan sistem apungan terkawal dalam menetapkan harga petrol dan diesel di mana semakan akan dilakukan setiap bulan mengikut purata harga MOPS95 dan kadar tukaran US Dollar - Ringgit dicampur dengan kos-kos tetap seperti kos operasi margin syarikat minyak, pengusaha stesen minyak.

Pasti ada juga suara-suara yang mahu subsidi petrol dan diesel dikembalikan kerana harga minyak global sudah mula meningkat sejak kebelakangan ini. Sila baca saya tulis bulan lepas kenapa subsidi pukal menyeluruh adalah sesuatu yang tidak bagus untuk negara dan untuk golongan berpendapatan rendah: https://www.facebook.com/mohdsyahir21/posts/10211203371578121?match=c3lhaGlyLHJvbjk1

Dalam masa yang sama pasti ada yang akan menyebarkan grafik janji Najib Razak tidak akan menaikkan harga petrol yang dibuat pada tahun 2012 iaitu cubaan memutarbelitkan kenyataan PM dengan mengambil sebahagian kenyataan beliau, dan meninggalkan sebahagian yang lain: https://www.facebook.com/mohdsyahir21/posts/10211221861360354?match=c3lhaGlyLHJvbjk1

Baca bagaimana harga RON95 disemak dan ditentukan setiap bulan di atas, baca kenapa subsidi pukal seperti subsidi petrol dan diesel itu bersifat regresif di atas dan baca juga "janji" Najib Razak untuk tidak menaikkan harga RON95 pada tahun 2012.

Semoga lebih ramai rakyat Malaysia menjadi lebih rasional, berfikir dan matang.

Kredit : FB Syahir

Inilah Barisan Anime Yang Menjadi Duta Olimpik 2020 Di Tokyo

inilah-barisan-anime-yang-menjadi-duta-olimpik-2020-di-tokyo

Nampaknya Jepun telah memulakan promosi untuk temasya Sukan Olimpik yang akan dilangsungkan pada tahun 2020 dengan memperkenalkan barisan duta-duta Olimpik Tokyo 2020.

Satu kelainan yang diketengah adalah memperkenalkan watak-watak anime sebagai duta iaitu Son Goku daripada anime Dragonball Z, Nаrutо, Luffy Onе Piece, Shіn Chаn, Prеttу Curе, Sailor Mооn, dan Astroboy.

inilah-barisan-anime-yang-menjadi-duta-olimpik-2020-di-tokyo-2

Buаt masa ini оffісіаl mеrсhаndіѕеѕ untuk duta-duta Olіmріk telah dіkеluаrkаn dаn раѕtі іа menjadi buruan раrа pengumpul dan peminat аnіmе-аnіmе іnі.

inilah-barisan-anime-yang-menjadi-duta-olimpik-2020-di-tokyo-3

Mеnurut реngаnjur tujuan mereka memilih watak аnіmе рорulаr іnі sebagai dutа Olimpik Tоkуо 2020 adalah untuk mеnаrіk реrhаtіаn generasi mudа tеrhаdар ѕukаn dan jugа mеnjаdі satu perancangan ѕtrаtеgіk untuk mеmрrоmоѕі budауа Jерun yang kауа dengan budауа mоdеn.

inilah-barisan-anime-yang-menjadi-duta-olimpik-2020-di-tokyo-4

Sеbеlum іnі, perdana mеntеrі Jерun, Shіnzо Abе tеlаh mengatakan tentang kереntіngаn budaya Jерun untuk Olimpik Tokyo kеtіkа mаjlіѕ реnutuр Olimpik Rіо yang berlangsung pada 2016.

Sukаn Olimpik Tоkуо dіjаngkаkаn аkаn berlangsung pada 24 Julai 2020 sehingga 9 Ogos 2020.

Read more: http://www.kamithemedia.info/2017/01/inilah-barisan-anime-yang-menjadi-duta-olimpik-2020-di-tokyo.html#ixzz4XJlujQg8

Campur tangan DAP dalam isu fatwa bukti Islam, Melayu tidak terbela


KIT SIANG "BACUL" KALAU TAK SAMAN HADI AWANG!!!

Penasihat DAP Lim Kit Siang perlu membuktikan bahawa beliau bukan seorang ahli politik yang bacul untuk meneruskan saman terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menuduhnya sebagai anti-Islam.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali, parti sedia berdepan dengan saman itu dan yang menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sikap sebenar Ahli Parlimen Gelang Patah berkenaan.

“PAS alu-alukan Kit Siang untuk saman, dia bacul kalau tidak saman. Kemukakan saman kepada PAS sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Rakyat akan menilai sikap sebenar Kit Siang yang memang anti kepada Islam. PAS tidak takut untuk berdepan dengan Kit Siang di mahkamah,” katanya dipetik sebuah akhbar.

Sebelum ini, Penasihat DAP itu menghulurkan salam perdamaian kepada Abdul Hadi atas alasan untuk menyelamatkan Malaysia.

Walau bagaimanapun, salam perdamaian itu ditolak oleh Abdul Hadi kerana menurutnya, DAP tidak menyokong usaha PAS yang mahu mengukuhkan bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui pembentangan rang undang-undang berkaitan di Parlimen.

Menurut Mohd. Khairuddin, Kit Siang perlu membuktikan bahawa beliau tidak anti-Islam dengan menyokong usaha PAS mengukuhkan syariat Islam melalui soko­ngan kepada Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin dalam satu kenyataan menegaskan, syarat utama sebuah kerajaan Islam ialah perdana menteri, ketua menteri atau menteri besar mesti beragama Islam.

Mohd. Khairuddin memberitahu, ini kerana pelaksanaan Islam di sebuah negara atau negeri tidak boleh bersifat tempelan.

Tambahan pula jelasnya, kekuasaan Islam tidak akan tertegak menerusi seorang ketua menteri bukan Islam kerana ketiadaan akidah Islam tidak akan menjamin pelaksanaan syariat Islam.

“Tidak boleh ketua negara, perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri seorang bukan Islam. Itu syarat utama sebuah kerajaan Islam.

“Jangan terpedaya dengan momokan untuk berlaku adil seperti Khalifah Umar Abdul Aziz jika akidahnya tidak seperti Umar Abdul Aziz sementelah pula akhlaknya kerana keadilan itu tidak akan berlaku dan terlaksana tanpa akidah dan akhlak Islam,” katanya.

ANNUAR MUSA DIGANTUNG TUGAS PENGERUSI MARA SERTA-MERTA


Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini memutuskan menggantung tugas Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi berkuat kuasa serta merta.
Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat tergempar di ibu pejabat MARA, di sini yang dipengerusikan Datuk Dr Yusof Yacob dan Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin.
Jawatan beliau sebagai Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) juga digantung berkuat kuasa tarikh sama.
Semua tugas Annuar di agensi berkenaan akan dipangku oleh Dr Yusof.
Dr Yusof berkata, Annuar sudah dimaklumkan mengenai penggantungan tugasnya dan beliau akur dengan keputusan itu.

50 Parti Bakal Tanding Pada PRU14, Bukti Malaysia Negara Demokrasi




Tahukah anda, pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini, kira-kira 50 parti bakal bertanding? Mungkin ada yang tidak menyedari mengenainya kerana selama ini hanya Barisan Nasional (BN) dan parti gabungan pakatan pembangkang sahaja yang banyak diperkatakan di media massa dan media sosial.

Tetapi itulah hakikatnya, 50 parti yang akan bertanding dan jumlah yang besar itu membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi, di mana parti-parti bebas untuk mengemukakan calon dan mengambil bahagian dalam PRU.

Selain BN dengan UMNO dan 13 parti komponennya, antara parti lain adalah DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Warisan Sabah, Parti Makkal Sakti, Parti Ikatan Malaysia, Parti Maju Sabah, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Pekerja Sarawak (SWP) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Itu antara parti-parti yang dapat disenaraikan dan jika dilihat kepada jumlah yang banyak ini, ia menolak andaian yang dibuat oleh pembangkang bahawa proses pilihan raya di Malaysia tidak telus dan tidak demokrasi.

Selepas baca artikel ini, pihak pembangkang tidak perlu lagi buat demonstrasi jalanan seperti Bersih untuk tuntut pilihan raya bebas dan adil.

Selama ini, tidak ramai yang menyedari akan kehadiran parti-parti berkenaan kerana ia jarang diketengahkan berbanding BN dan pakatan pembangkang yang kerap diperkatakan.

Namun menyedihkan apabila pembangkang sengaja melaungkan proses pilihan raya di Malaysia sebagai tidak demokrasi hanya apabila mereka kalah di kerusi yang mereka tandingi sahaja. Jika mereka menang, mereka hanya menutup mulut.

Bukan itu sahaja, mereka ini yang sering melaungkan tiada demokrasi di Malaysia sebenarnya sengaja menjadikannya sebagai helah politik. Jika betul Malaysia tidak demokrasi, bagaimana mungkin pembangkang mampu mentadbir Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Masih ingatkan anda bagaimana Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail sengaja mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar Ibrahim untuk bertanding di situ?

Walaupun mendapat bantahan ramai namun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap mengadakan pilihan raya kecil di Permatang Pauh. Bukankah itu tandanya proses demokrasi subur di Malaysia, hanya pembangkang yang cuba mengaburinya.

Disebabkan kononnya pilihan raya di negara ini tidak telus, maka Bersih telah ditubuhkan dengan memperjuangkan agenda kononnya bagi memperbaiki sistem pilihan raya di Malaysia.

Tetapi akhirnya apa yang berlaku kepada Bersih? Ia telah dikuasai oleh pembangkang dan menjadi pentas untuk menentang kerajaan dengan mengadakan perhimpunan haram di jalanan.

Malahan Bersih sendiri telah telah melanggar prinsip demokrasi apabila apabila mereka menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan pada himpunan haram Bersih 4 dan 5 yang diadakan sebelum ini.

Mereka menuntut Perdana Menteri melepaskan jawatan meskipun siasatan telah dijalankan dan beliau didapati tidak bersalah oleh pihak berkuasa yang sah yang berkaitan. Ia jelas menunjukkan kononnya Bersih tidak berat sebelah dan tidak terlibat dalam politik, adalah pembohongan semata-mata.

Apa yang penting, janganlah kita terpengaruh dengan dakyah palsu yang cuba dimainkan oleh pembangkang mengenai proses demokrasi di Malaysia ini. Ia hanya helah politik mereka semata-mata.

Dengan 50 parti politik yang ada, jumlah ini adalah antara yang tertinggi bagi mana mana negara demokrasi di dunia. Tiada siapa dihalang untuk jadi wakil rakyat di Malaysia. Cukup syarat, maka bertandinglah secara demokrasi. Cuma berpolitiklah semasa waktunya, jangan semua benda hendak dipolitikkan.

Tulisan :
Beruang Biru
BB255, Selasa
31 Januari 2017

Peserta MotoDay 2017 Bukan Penyokong Parti Bunga



Bertempat di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 28 Januari 2017 lalu, berlangsungnya sebuah acara yang menghimpunkan para peminat motorsikal di utara tanah air dalam satu acara seharian.

Beribu pemilik dan peminat motor jenis Kawasaki, Honda, Yamaha, Modenas, Vespa dan berbagai lagi telah berkumpul seawal jam 8.00 pagi sehingga acara habis kira-kira 10 jam selepas itu.

Malangnya, acara yang dianjurkan oleh sekumpulan peminat motor dengan harapan untuk menyatukan silaturrahim antara sesama mereka, sedikit tercalar dengan kehadiran Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Difahamkan, ada di antara penganjur yang secara tiba-tiba membawa Mukhriz untuk hadir ke acara tersebut. Sedangkan, para peminat motor yang memeriahkan acara berkenaan sejak dari pagi hari tiada niat untuk berpolitik, sebaliknya hanya sebagai mengisi masa lapang dan meraikan hobi mereka bersama rakan-rakan lain.

Tidak mustahil dalam ramai-ramai mereka itu, masih ada yang menganggap bahawa Mukhriz masih lagi Menteri Besar Kedah dan ahli Umno kerana rata-rata daripada mereka tidak gemar berpolitik, apatah lagi bukannya menjadi ahli kepada PPBM.

Tindakan sesetengah penyokong PPBM begitu bangga dengan kehadiran ramai peserta di MotoDay 2017 itu dan dikaitkan pula sebagai sokongan keatas Mukhriz merupakan sesuatu yang amat memalukan.

Ramai "mat mat moto" yang marah dalam Facebook dan Twitter bila mereka dikaitkan sekali menyokong parti bunga. "Kami mat moto, kami bukan mat parti bunga" luah seorang mat moto dalam Facebooknya.

Ini bukan kali pertama Mukhriz bertindak 'hijack' acara orang lain agar pasukan medianya berperanan memainkan persepsi bahawa Mukhriz disukai ramai anak muda.

Apapun, kita harus sedar bahawa kehadiran peserta pada MotoDay 2017 itu bukanlah ahli PPBM, malah ada dikalangan mereka yang masih belum cukup umur untuk mengundi dalam pilihan raya.

Mereka hadir hanya sebagai hobi, namun tidak disedari secara tiba-tiba majlis mereka telah di 'hijack' oleh orang politik pembangkang. Inilah politik "desperate" geng geng parti bunga.

Kalaulah seramai itu yang sokong parti bunga, sudah tentu penuh Stadium Melawati baru baru ini dengan geng mat motor. Sudah sudahlah menipu "mat moto". Mukhriz kena mohon maaf balik pada semua "mat moto" itu.

Tulisan:
Beruang Biru
BB254, Selasa
31 Januari 2017

Kerugian FOREX, Wang Rugi Atau Dicuri?




Pelbagai andaian boleh dibuat terhadap kerugian besar yang dialami Bank Negara Malaysia pada tahun 1993 dalam manipulasi mata wang. 

Kehilangan secara misteri USD$10 billion( RM44 billion nilai sekarang) pada 1993 itu telah dianggap sebagai kehilangan terbesar dalam mana mana bank di dunia pada waktu itu. 

"Al fatihah kepada Tan Sri Jaffar Hussein, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia yang letak jawatan pada hari April Fool 1994 kerana hendak tutup salah orang lain. Sikit jumlah orang macam ini" berikut adalah catatan twitter
Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 30 Januari 2017.

Amat mengejutkan sama sekali, jika benar apa yang disebut oleh menantu bekas Gabenor Bank Negara itu. Apakah berani Mahathir membidas atau mengambil tindakan saman atas dakwaan di Twitter itu? 

Maknanya ada sesuatu yang misteri telah disembunyikan.  Kekal misteri apakah ianya satu kerugian atau satu kecurian? Perkara itu tidak pernah disiasat pun oleh mana mana badan bebas seperti PAC, atau mana mana suruhanjaya bebas.

1MDB yang berhutang (bukan mencuri duit atau rugi) diserang dan ditohmah oleh Mahathir dan ANC  (Kelab Anti Najib) nya.

Pada isu 1MDB pelbagai andaian dibuat sebelum dan selepas diperiksa oleh PAC.
Selepas disiasat , ia tetap dilemparkan pelbagai permainan persepsi oleh pihak pembangkang dan kuncu kuncu Tun Mahathir.

Ini kerana mereka tiada lain peluru untuk menyerang Dato Seri Najib , maka seharusnya mereka bergayut bermati matian dengan isu hayat mereka iaitu 1MDB.

Malangnya mereka gagal kemukakan sebarang bukti selain menambahkan lagi soalan untuk menghidupkan isu 1MDB.

Sedang rakyat mahukan bukti, mereka hidangkan juga soalan, harus difahami , soalan bukannya bukti.

Pada skandal terbesar kewangan negara dalam sejarah iaitu Skandal Forex, wang yang didakwa rugi telah diberi dengan pelbagai jumlah yang berbeza. Ada empat angka yang berlainan.

Boleh dikatakan semua jumlah itu betul belaka atau juga semua jumlah itu bohong belaka, kerana jumlah yang diberi tidak ada “verificatiion” dari mana mana pihak berautoriti.

Seorang penulis terkenal iaitu Raja Petra Kamaruddin telah pun menyatakan jumlah kerugian sebenar tidak diketahui. Raja Petra dakwa ia terjadi sebab adanya "unsur unsur mencuri" di dalamnya.

Dalam erti kata lain walaupun rugi, jumlah kerugian termasuk jumlah yang berkemungkinan telah dicuri tetap ada 

Maka , jika kehilangan besar Skandal Forex dilabelkan di atas nama “kerugian” maka dari gerak sarafnya tidak akan terlihat seolah olah ada unsur jenayah. 

Maka dalam jumlah kerugian sebenarnya ada jumlah yang dicuri dan dibawa lari ke luar negara. Siapa yang curi? Bagaimana wang sebanyak itu iaitu USD$10 billion boleh dibawa lari? 

Apabila melihat tokoh tokoh di belakangnya seperti Mahathir dan Daim, maka semuanya “impossible” selagi tidak dibuka siasatan yang rasmi secara menyeluruh.

Kertas siasatan 1MDB yang telah oleh PAC dan Peguam Negara. Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali nyatakan "tinggi dokumen siasatan 1MDB yang saya perlu teliti adalah setinggi saya dan saya jumpa lebih 100 orang saksi".

Dalam Skandal Forex dan BMF apakah ada penyiasatan yang terperinci begitu? 

Maka itu sebabnya dianjurkan kes skandal kewangan terbesar ini di siasat oleh pihak ketiga seperti mana Dato Seri Najib dan 1MDB diserahkan kepada pihak ketiga yang didalamnya ada pihak lawan seperti Tony Pua, Tan Seng Giaw dan beberapa orang lagi ahli parlimen pembangkang.

Cuba tanya sekali lagi berapa kerugian Bank Negara? Tentu anda akan dapat jawapan berbeza dari orang berbeza.

Apa kata Datuk Abdul Murad Khalid berkenaan jumlah kerugian itu?

Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Murad Khalid tampil mendedahkan bank pusat Malaysia pada 1991 sehingga 1993 terlibat dalam perdagangan spekulasi mata wang antarabangsa yang berisiko tinggi sehingga menyebabkan kerugian lebih USD$10 bilion (RM44 bilion).

Kemudian lihatlah berapa pula jumlah yang dikatakan telah lesap oleh Gabenor Bank Negara sendiri iaitu Datuk Jaafar Hussien dalam pengakuannya  “Saya Silap” pada kerugian RM5.7 billion.

Benarkah angka itu dari mulut Gabenor sendiri atau diarah untuk bercakap angka itu? 

Kenyataan Arwah Datuk Jaafar Hussien ini kemudian diberi penjelasan oleh Datuk Nur Jazlan sebagai menantunya bahawa Arwah dipaksa untuk mengaku bagi jumlah itu. Kemudian  meletak jawatan untuk menutup kesilapan orang lain, maknanya di “kambing hitam” kan.

Maka jika dua pihak berautoriti dari bank pusat yang sama telah memberi jumlah yang berbeza, maka haruskah kita mahu mempercayai pihak yang menjadi dalangnya seperti Mahathir dan Daim?

Pada tulisan Raja Petra Kamaruddin yang terbaru di mana Tun Mahathir tidak pernah mahu saman. Raja Petra berkata bahawa berkemungkinan dalam jumlah kerugian itu ada jumlah yang ditumpang curi.

Berkemungkinan wang dicuri sambil diakui kerugian.

Kerugian dalam dagangan tidak terlihat sebagai jenayah dan hanya boleh di lihat sebagai cuai dan “incompetent” sahaja.

Maka itu sebabnya jumlah kerugian yang disebut berbeza beza.

Sesiapa pun boleh menuduh bermacam macam dan andaikan pelbagai bagai kerana ia tidak disiasat secara total oleh pihak ketiga.

Mahathir dan Daim tidak perlu takut kerana mereka suci dan baik, tambah lagi mereka tidak pernah mencuri wang negara, maka tentu mereka tidak keberatan untuk fail kerugian wang negara dibuka semula.

Pembangkang juga akan setuju jika fail dibuka semula, ini kerana ketua mereka Lim Kit Siang telah menulis dua buku berkenaan kerugian besar ini.

Jika Kit Siang enggan setuju, maka tindakan saman atau tuduhan menipu terhadap dua buah buku tulisannya   berkenaan Skandal Forex boleh dilaksanakan.

Benar kata Datuk Murad, saksi , kerani dan mereka yang terbabit ada yang sudah mati jika hidup pun sudah uzur.

Fail mungkin sudah dimakan anai anai , tetapi kebenaran mutlak mesti di “establish” kerana ia wang dari keringat rakyat yang di kutip dari sistem cukai SST. 

Apa sebenarnya yang terjadi pada wang RM44 billion itu? Dicuri atau rugi? 

Tulisan : 
Beruang Biru
BB253, Selasa
31 Januari 2017

RESTORAN NASI KANDAR PELITA BERSTATUS HALAL DAN MILIK BUMIPUTERA. HENTIKAN SEBAR FITNAH



Izinkan admin mendedahkan fakta sebenar berhubung fitnah disebarkan di laman sosial mengenai Restoran Nasi Kandar Pelita.

Datuk Ustaz Shamsuri memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Pelita Samudra Pertama (M) Sdn. Bhd. Tugasan rutin beliau, penceramah agama bebas dan amat dikenali oleh jemaah masjid di sekitar Pulau Pinang.

Pemilik utama ialah Dato Uswath dan abangnya, Datuk Sihabutheen berketurunan India Muslim sejak lahir lagi.

Soalan Admin : Dato Uswath, beberapa cerita negatif disebarkan di facebook , blog dan whatsapp. Satu daripada cerita itu mendakwa kononnya Restoran Nasi Kandar Pelita dimiliki oleh orang India dan salurkan kepada kuil. Boleh jelaskan mengenai hal ini?"
"Saham Pelita Samudra Pertama dipegang oleh TUJUH individu dengan tugasan tersendiri. Lima daripada tujuh rakan kongsi syarikat, beragama Islam manakala 2 lagi bukan Islam, termasuk Datuk Ramesh," terangnya.

Dalam laporan bergambar akhbar The Star yang diviralkan melalui whatsapp sejak semalam, dipaparkan nama dan gambar Datuk Ramesh bersama Presiden MIC, Datuk G. Palanivel. Gambar terbabit direkodkan sewaktu upacara pecah tanah pembinaan dewan serba guna bernilai RM4 juta berlangsung berhampiran Kuil Karumariamman di Seberang Jaya.
Admin berpeluang menemu bual Datuk Ramesh sewaktu kunjungan ke pejabat Pelita Samudra Pertama di Taman Chai Leng, Prai.

"Dalam gambar disiarkan oleh akhbar itu (The Star), saya berdiri posisi tiga dari kiri, di kanan Datuk Palanivel," ujar Datuk Ramesh. "Jadi ini gambar siapa? Nama Datuk tercatat di situ?," soal saya.
Sambil memaparkan kepada anak jati Pulau Pinang itu salinan gambar keratan akhbar hitam putih di atas.

"Di sebelah kiri, Datuk R.A Arunasalam manakala di kanan, Ahli Dewan Undangan Negeri, L. Krishnan, saya tidak ada dalam gambar itu. Saya dijemput oleh presiden Kuil Karumariamman dan hadir di lokasi pada tarikh lain di atas tiket individu, bukan mewakili Restoran Nasi Kandar Pelita," jelas beliau tenang.

Tiba-tiba terlintas soalan di fikiran saya, adakah tindakan bercanggah dalam Islam JIKA rakan kongsi perniagaan beragama Hindu atau lain menyumbang untuk tujuan keagamaan? Lalu pantas saya menghubungi penceramah agama terkemuka, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid melalui telefon bimbit.
"Ustaz, dari aspek hukum Syarak, adakah dibenarkan individu bukan Islam menjadi rakan kongsi peniaga Islam?," soal saya.

"Saya hendak menjelaskan dari sudut ilmiah. Katalah, orang Melayu, Cina dan India membuka perniagaan, mereka berkongsi. Di manakah kita hendak kata pendapatan mereka raih itu salah? Pertama, orang keliru akan berkata sebab dia berkongsi dengan peniaga Cina. Kalau orang Cina itu membuka kedai runcit, mereka meraih pendapatan halal. Apakah masalah dia? Kecuali apabila peniaga rakan kongsi bukan Islam itu contohnya, menjual babi, arak. Andai peniaga India pula berkongsi dengan peniaga Islam membuka kedai kain, samalah. Tiada masalah perkongsian di situ. Tidak ada masalah selagi hasil perniagaan diusahakan diagihkan secara adil," jawab graduan lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir itu.

"Bagaimanakah pula JIKA rakan kongsi niaga bukan Islam itu menyumbangkan wangnya untuk membiayai acara keagamaan dia?," satu lagi soalan saya ajukan.
"Itu tidak ada masalah, ikut suka hati dia. Kalau dia hendak menyumbang untuk tujuan pembinaan kuil sekalipun, itu hak peribadi dia, tindakan itu bukan mewakili syarikat dia menjadi rakan kongsi bersama peniaga beragama Islam," terang beliau secara teratur.

Berikut pula pendapat imam Masjid Seberang Jaya, Mohamad Ikramuddin Zaqwan Al-Haiz.
Ustaz lulusan Madrasah Miftahul Ulum, Taman Sri Petaling, Kuala Lumpur itu anak kelahiran Air Hitam, Kedah.

"Apakah pandangan ustaz mengenai penggunaan ayat Al-Quran digantung di dinding restoran ini?," soal saya kepada ayah 2 anak itu.
"Mula-mula kita tengok pada asas terlebih dahulu. Apabila asas itu bersih dan tiada keraguan halal atau haram (subhah) maka tiada masalah. Tambahan pula, rakan kongsi restoran ini, majoriti beragama Islam,".

Pelita Samudra Pertama (M) Sdn. Bhd, syarikat milik penuh bumiputera disahkan oleh Kementerian Kewangan.

"Kita harus membuat penyelidikan dan rujukan secara teliti sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung sesuatu isu. Khuatir, jika tidak benar, kenyataan kita keluarkan menjadi fitnah,"
"Kita ada 658 bahan masakan diluluskan oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)," celah Uswath sambil menunjukkan bungkusan kari halal.

"Nasi Kandar Pelita amat komited memantau dan melaksanakan 4 aspek utama, rasa makanan, kebersihan, servis dan status halal makanan. Kami memastikan rasa makanan sentiasa konsisten, kebersihan dijaga rapi, mutu layanan terhadap pelanggan sentiasa dipantau dan sumber makanan, cara simpanan serta kaedah penyediaan, halal. Semua cawangan Pelita telah mendapat sijil halal dikeluarkan oleh JAKIM pada Mei 2012," jelas Datuk Shamsuri.

Dua kali setahun syarikat konsultan, AnsarCom (M) Sdn. Bhd konsultan dilantik oleh Pelita Samudra Pertama melakukan pra-audit memastikan semua cawangan Restoran Pelita Nasi Kandar mengikut ketetapan JAKIM mengenai Pensijilan Halal.

"AnsarCom mula beroperasi sejak tahun 2004. Tugas kami memastikan semua syarat halal JAKIM dipatuhi oleh rangkaian restoran terbabit. Kami antaranya melakukan pemeriksaan status halal stok bahan masakan dan memeriksa kebersihan dapur restoran. Kami mendapati syarikat pengurusan Restoran Nasi Kandar Pelita amat komited mematuhi prosedur Pensijilan Halal JAKIM," ujar Pengarah Eksekutif AnsarCom, Ramlah Hamad.

Orang ramai juga dipersilakan untuk menghubungi JAKIM seandainya ingin membuat rujukan, 03-8886 4000.

Berikutan status makanan halal dan perkhidmatan tulus yang pelita tawarkan, perniagaan mereka terus mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat. Terima kasih. Cuma kekadang saya berasa amat hairan apabila segelintir mendakwa gambar upacara pecah tanah dewan serba guna berhampirn kuil September itu kononnya didakwa berkait dengan kegiatan mandram dilakukan di hadapan restoran. Walhal kedua premis berada di lokasi berbeza. Lagi satu, mustahil dan pelik sekiranya mandram dilakukan bersama Datuk Palanivel," ujar Datuk Ramesh sambil tersenyum.
Minggu lepas Pelita Nasi Kandar dapat pelbagai liputan media: 

☘Pelita Nasi Kandar dapat anugerah MBOR (Malaysia Book Of Record).
☘Pelita terima kunjungan Dr Soleh bin Taha as Syaibi (Pemegang amanah kunci ka'bah).
☘Pelita umum akan membuka cawangan di Mekah & Madinah.
☘Pelita umum pembukaan 2 cawangan baru berdekatan dgn Sunway Lagoon & Maju Junction.
So .. Ada pihak tak senang hati lalu dikitar semula isu lama yang sudah lama dijawab berkali-kali ni.
Allah maha berkuasa dan mengetahui. Lazimnya fitnah cuba disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab akhirnya didedahkan kepalsuannya.
Selamat menjamu selera tanpa was was di Restoran Nasi Kandar Pelita kepada semua rakan Page Penang Kini.

Info : 50 Fakta Tubuh Manusia yang Unik Dan Menarik


Otak Manusia

Tahukah anda, otak manusia adalah bahagian tubuh badan manusia paling rumit dan sebahagian besar masih belum di fahami. Namun, bahagian otaklah yang membuatkan bahagian tubuh lain bekerja dengan baik. Tubuh badan manusia masih boleh hidup tanpa otak tetapi tanpa otak, manusia tidak benar-benar hidup. Keunikan yang ada pada Otak:-

1. Otak tidak merasa sakit – Meskipun otak memproses signal rasa sakit, otak itu sendiri benar-benar tidak dapat merasakan rasa sakit.

2. Otak memerlukan oksigen dalam jumlah besar – Otak kita memerlukan 20% oksigen dan kalori yang diperlukan tubuh, walaupun otak hanya 2% dari keseluruhan berat tubuh.

3. 80% dari otak ialah air – Tidak secara relatifnya padat, 80% kandungan otak manusia adalah air dan penting untuk manusia benar-benar mempunya tahap hidrasi yang tinggi untuk menjaga peminkiran yang waras.

4. Otak aktif pada malam hari – Mungkin anda pikir bahwa otak anda lebih aktif di siang hari ketika bagian tubuh yang lain juga aktif. Akan tetapi faktanya bukan demikian. Otak kita lebih aktif ketika kita tidur.

5. Otak memakan daya sebesar 10 watt – Memang benar, kekuatan komputasi luar biasa yang dimiliki otak hanya perlu 10 watt untuk beroperasi.

6. Lebih tinggi IQ, lebih banyak mimpi – Semakin anda pintar, semakin banyak anda bermimpi. IQ tinggi juga dapat melawan penyakit mental. Beberapa orang juga yakin bahwa mereka lebih pintar dalam mimpi berbanding ketika mereka sadar.

7. Otak berubah bentuk ketika fasa permatangan manusia atau puberty phase – Masa remaja anda lebih dari sekadar perubahan bagaimana anda merasa; struktur otak berubah selama masa remaja, dan bahkan mempengaruhi perilaku impulsif dan berisiko.

8. Otak dapat menyimpan segalanya – Secara teknikal, otak memiliki kemampuan untuk menyimpan semua hal yang anda alami, lihat, baca atau dengar. Namun, masalahnya ialah mengingat kembali – apakah anda dapat mengakses informasi tersebut.

9. Informasi dalam otak bergerak dengan kecepatan berbeda – Sel-sel neuron dalam otak dibuat berbeda, dan informasi bergerak melaluinya dengan kecepatan berbeda. Inilah mengapa seringkali anda dapat mengingat suatu informasi sangat cepat, dan seringkali juga membutuhkan waktu lebih lama.


Panca Indera
Anda akan terperanjat jika pancaindera kita mempunye keunikan sebegini rupa:-
10. Aroma tubuh anda unik – Bau tubuh anda unik bagi diri anda kecuali anda memiliki saudara kembar. Sekalipun bayi dapat mengenali aroma tubuh ibunya.

11. Manusia menggunakan ekolokasi atau ‘human echolocation’ – Manusia dapat menggunakan gelombang untuk merasakan objek di sekitarnya dengan ekolokasi. Untuk mereka yang cacat penglihatan menggunakan kemampuan ekolokasi untuk meningkatkan effectiveness.

12. Adrenalin memberikan kekuatan super – Ya, dengan respon sesuai pada situasi tertentu, anda benar-benar dapat mengangkat sebuah kereta. Jika anda pernah melihat pertunjukkan Criss Angel, anda akan yakin yang anda juga boleh mengangkat sebuah kereta.

13. Wanita memiliki deria bau baik dari lelaki – Wanita lebih baik dalam hal mengidentifikasi bau daripada lelaki.

14. Hidung dapat mengingat 50.000 aroma – Adalah sesuatu yang mungkin bagi hidung untuk mengidentifikasi dan mengingat lebih dari 50.000 aroma.

15. Pendengaran anda menurun ketika kelebihan makan – Saat anda makan berlebihan, sebenarnya hal itu akan mengurangi kemampuan anda untuk mendengar. Jadi pertimbangkan cara makan yang sehat dan berhenti jika anda sudah kenyang.
16. Anda mengalami waktu dalam pikiran anda – Semuanya tentang persepsi anda untuk memikirkan waktu. Beberapa ahli berspekulasi bahwa stres dapat membuat anda mengalami keterlambatan waktu. Nampaknya manipulasi waktu bukan hanya untuk jagoan super saja.

Reproduksi

Sebagai suatu spesies cara kita menghasilkan keturunan memiliki beberapa keunikan. Berikut ada beberapa hal unik yang mungkin saja belum anda ketahui.

17. Gigi bertumbuh sebelum lahir – Meskipun memerlukan waktu beberapa bulan setelah lahir untuk melihatnya, gigi mulai tumbuh sekitar enam bulan sebelum kelahiran.

18. Bayi lebih kuat dari lembu – Tentu saja dalam skala perbandingan berat. Dalam hal ukuran, bayi lebih bertenaga dan kuat.

19. Bayi selalu memiliki mata biru ketika lahir – Melanin dan paparan terhadap sinar ultraviolet diperlukan untuk menampilkan warna asli mata bayi. Sebelum itu, semua bayi memiliki mata biru.

20. Wanita pada dasarnya biseksual – Ada penelitian seks yang mengindikasikan bahwa wanita bisa saja pada dasarnya biseksual, tak jadi soal bagaimana mereka mengklasifikasikan dirinya sendiri, sedangkan lelaki biasanya hanya normal atau homoseksual.

21. Sebagian besar lelaki mengalami ereksi ketika tertidur – Setiap satu hingga satu setengah jam, pria tertidur mengalami ereksi, meskipun mereka tidak sadar akan hal itu.

22. Seks bisa menjadi penghilang rasa sakit – Meskipun alasan sakit kepala sering menghindarkan diri dari seks, faktanya ialah bahwa hubungan seks dapat melegakan rasa sakit. Seks juga dapat membantu anda mengurangi stres.

23. Cokelat lebih baik dari seks – Dalam beberapa studi, wanita mengklaim bahwa mereka lebih memilih cokelat daripada seks. Tapi apakah itu benar-benar dapat menyebabkan orgasme? Mungkin tidak dengan sendirinya.

Fungsi Tubuh

Hal yang dilakukan tubuh seringkali aneh dan terkadang menjijikan. Berikut beberapa keunikan yang dilakukan tubuh.

24. Kotoran telinga perlu – Jika anda ingin telinga sehat, anda perlu kotoran telinga di dalamnya.

25. Kaki anda dapat menghasilkan setengah liter air peluh per hari – Ada 500 ribu kelenjar air peluh di kedua kaki anda (masing-masing 250 ribu), dan itu berarti banyak bau air peluh.

26. Sepanjang hidup anda, jumlah air liur yang anda hasilkan dapat mengisi dua kolam renang – Karena air liur merupakan bagian sangat penting dari pencernaan, sedikit menghairankan jika mulut anda banyak menghasilkannya.

27. Kandung air kencing yang penuh kira-kira seukuran dengan soft ball – Ketika kandungan air kencing anda penuh, terisi dengan cairan sebanyak 800cc, bagian tersebut cukup besar untuk bisa terlihat.

28. Anda mungkin buang angin 14 kali sehari – Rata-rata, anda akan mengeluarkan gas dalam perut beberapa kali sebagai bagian dari pencernaan.

29. Bersin dapat melebihi kecepatan 160 km/jam – Ketika anda akan bersin, tubuh memang mengeluarkannya dalam kecepatan tinggi, jadi anda seharusnya menghindari menekan bersin dan menyebabkan kerusakan pada tubuh.

30. Batuk mencapai kecepatan 96 km/jam – Batuk lebih kurang berbahaya, keluar dari tubuh dengan kecepatan 96 km/jam. Meskipun demikian jika kita membawa kenderaan di jalan dengan kecepatan tersebut, masih termasuk kecepatan tinggi.

Sistem Rangka dan Otot

Berikut ada beberapa keunikan rangka dan otot.

31. Tulang dapat hancur sendiri – Adalah sesuatu yang mungkin bagi tulang untuk hancur tanpa masukkan kalsium yang cukup.

32. Anda lebih tinggi di pagi hari – Sepanjang hari, tulang rawan di antara tulang anda tercompress, menjadikan anda sekitar 1 cm lebih pendek di malam hari.

33. Seperempat tulang anda berada di kaki – Ada masing-masing 26 tulang di kaki, hal itu berarti bahwa 52 tulang itu berada pada angka 25% dari keseluruhan tulang tubuh yang berjumlah 206.

34. Lebih banyak otot yang diperlukan untuk mengerut muka daripada tersenyum – Para ilmuwan belum sepakat tentang jumlah tepatnya, tapi lebih banyak otot yang diperlukan untuk mengerut muka daripada tersenyum.

35. Ketika melangkah, anda menggunakan 200 otot – Berjalan banyak menggunakan kekuatan otot, apalagi jika anda berjalan 10.000 langkah.

36. Lidah anda merupakan otot terkuat pada tubuh – Bila dibandingkan dengan ukurannya, lidah merupakan otot paling kuat. Tapi anda mungkin tidak dapat mengangkat beban menggunakan lidah.

37. Tulang boleh lebih kuat dari baja – Sekali lagi ini adalah perbandingan berat, kerana baja lebih padat dan memiliki daya rentang yang lebih tinggi.

Bagian Tubuh Yang Tidak Diperlukan

Kita memiliki bagian tubuh yang tidak berguna. Berikut beberapa bagian unik tubuh yang sebenarnya tidak kita butuhkan.

38. Tulang Ekor – Pada zaman sekarang bagian tersebut sudah tidak ada gunanya lagi, meskipun para ilmuwan yakin itu merupakan peninggalan ekor mamalia yang dulunya dimiliki manusia. Mungkin tidak berguna, tapi jika anda mencederai tulang ekor masih terasa sakit.

39. Kelingking Kaki – Ada spekulasi yang menyatakan kerana kita tidak perlu lagi berlari untuk mencari makan, dan kita mengenakan sepatu, tujuan evolusi kelingking kaki menghilang. Sebab itu ia paling kecil.

40. Gigi Bungsu – Bagian ketiga geraham ini sebahagian besar tidak berguna, hanya menyesakkan mulut dan terkadang menyebabkan sakit.

41. Organ Vomeronasal – Ada kemoreseptor kecil (dan tak berguna) di dalam hidung.

42. Sebagian besar rambut pada tubuh – Walaupun rambut di bagian wajah memiliki fungsi, rambut yang terdapat di bagian tubuh lainnya secara praktis tidak berguna dan dapat dikeluarkan dengan sangat sedikit efek sakit.

43. Vas Deferen Betina – Sekelompik tubulus buntu dekat ovarium merupakan peninggalan dari sesuatu yang dapat berubah menjadi saluran sperma.

44. Rahim Jantan – Ya, lelaki juga punya sejenis itu. Peninggalan organ reproduksi betina yang tidak berkembang bergantung pada satu sisi kelenjar prostat jantan.

45. Usus appendix – Pada dasarnya usus appendix anda tidak memiliki fungsi. Walaupun bahagian tersebut menghasilkan beberapa sel darah putih, kebanyakan orang baik-baik saja setelah operasi usus appedix.

Keunikan Tubuh Lainnya

Berikut ini merupakan beberapa keunikan akhir tentang tubuh manusia.

46. Kepala menghasilkan suara intern – Memang jarang, tapi sindrom kepala meleopt benar-benar ada.

47. Ingatan dipengaruhi oleh posisi tubuh – Di mana anda berada dan bagaimana anda ditempatkan dalam lingkungan anda memicu ingatan.

48. Anda tidak dapat menggelitik diri anda sendiri – Cuba try. Cobalah untuk menggelitik diri anda.

49. Menjadi pengguna tangan kanan dapat memperpanjang hidup anda – Jika anda adalah seseorang yang lebih dominan menggunakan tangan kanan, anda dapat hidup hingga sembilan tahun lebih lama ketimbang seseorang yang kidal.

50. Hanya manusia yang mengeluarkan air mata karena emosi – Haiwan lainnya yang menghasilkan air mata memiliki alasan fisiologis untuk melakukan hal itu dan bukan karena emosi.



Mahathir pemimpin maksum, dia tidak pernah bersalah sepanjang hayatnya

GENG BUNGE MEMUJA MAHATHIR SEORANG MAKSUM. MAHATHIR PUN MENGAKU DIA TAK PERNAH BUAT SALAH SEPANJANG 22 TAHUN  JADI PM

1. Ya jika mengikut kefahaman penganut ajaran Mahathir "Geng Bunge" sememangnya Mahahir seorang yang "maksum" lebih mulia dari mana-mana Nabi. Ya Mahathir sepanjang 22 tahun sebagai PM tidak pernah buat salah jauh sekali dari melakukan kesilapan. Anak kaya-raya bukan salahpun itu hak dia sebagai bapa beri semasa jadi PM. 


488 Syarikat Milik Mahathir & Anak-Anaknya 
boleh dibaca di sini


2. Mahathir amat pasti masuk syurga kerana haji orang lain adalah haram, orang dapat BRIM kaki rasuah malah menghina Rasulullah SAW menjadi permainan bibirnya sejak dahulu seperti janggut nabi, nabi tiada Gillette, nabi tiada pisau cukur jadi nabi tak bercukur termasuk nabi tiada RM2.6 bilion dalam akaun dan zaman nabi tiada 1MBD sambil bergelak ketawa dengan cina kafir DAP.

3. Mahathir juga melahirkan anak-anak syurga seperti Marina penaung LGBT, seorang anak angkat gay seorang lagi lesbian, cucu pun LGBT satu dari anugerah atas usaha beliau memasukkan Anwar Ibrahim sebagai pesalah liwat seks luar tabii. Tapi semua itu tak apalah. Mahathir tetap seorang maksum. Dia terpelihara dari dosa. Semua "geng bunge" memujanya. Tak mungkin Mahathir salah. Tak apalah geng bunge kata ini hal peribadi.

 4. Percayalah Mahathir tidak pernah salah. Dia semua betul. Dia tak salah bila syarikat milik UMNO - UEM, Hatibudi,NST, TV3, Cold Storage, Commerce Merchant, BOC, AMI dan berpuluh syarikat Pernas - MMC, Hilton, Tradewinds dijadikan milik kroni Mahathir, Tun Daim dan Anwar Ibrahim. Ratusan bilion dibelanja untuk industri berat Hicom, Perwaja, Proton, Dayabumi, KLCC dan lain-lain lagi. Skandal BMF, Petronas "Bail-out" Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan, Tabung Haji "Bail-Out" Maju Holdings, beri projek Cable Fiber Optic kepada Opcom Holdings Berhad milik Mukhriz, kerugian Forex BNM (nilai sekarang RM44b), MAS, PKFZ dll. Semua bukan salah Mahathir. Mahathir tidak salah. Dia MAKSUM! Amalan kroni dan nepotisme tu baginya ada di syurga nanti. 

Apa sahaja yang Lim Kit Siang suarakan tahun 1984 dan 1986 menyalahkan Mahathir bukanlah salah sekarang. Mahathir juga secara automatik menjadi maksum jika bersekongkol dengan DAP. Sama-sama hikpokrit
sebagai amalan mulia ke syurga nanti. 

30 tahun terus kekal menjadi misteri....

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 di kampung Memali, Baling, Kedah. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kata Mahathir  "Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baru kita ambil tindakan. Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan. Siapa salah Mahathir atau Musa Hitam?






Tidak salah letak adik ipar sebagai Pengerusi Tabung Haji. Senang nak buat kerja.

Mahathir tahun 1998 guna Petronas Bail-Out syarikat anaknya Mirzan Mahathir Konsortium Perkapalan Berhad.Semua ini tidak salah. Hanya Mahathir saja seorang kat Malaysia ni boleh buat. Orang lain tidak boleh. -Poster: SEMUT



Kisah Opcom baca di sini. Apa sahaja Boboi mahu pasti dapat. Malah jadi MB Kedah pun Boboi dapat atas pengaruh Mahathir. Boboi betul-betul anak bapa. Sekarang jadi Timbalan Presiden Parti Bersatu atas ehsan Mahathir. Boboi memang tiada kelayakan. semua kerana bapak. Masa dalam UMNO dulu bertanding pun kalah. Mahathir tak salah. Dia masih maksum lagi. 


5. Pasti rakyat Malaysia tidak dapat lupakan tarikh disember 2015 apabila kerajaan terpaksa mengumumkan keputusan tidak popular apabila Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan kenaikan tambang sebanyak RM20 berkuatkuasa 1 Januari 2016. Berbakul seranah. Rupanya ERL milik proksi Madey YTL ditandatangani pada tahun 1997 diluluskan oleh Mahathir. Ditandatangi oleh Pengerusi Tabung Haji (Ipar Mahathir) dan YTL. ERL dimiliki 50% YTL dan 40% Tabung Haji (bakinya lain-lain). 

6. Ia perjanjian berat sebelah kerana harga berdasarkan projectual traffic (trafik jangkaan). Harga bergantung kepada projectual traffic , lima tahun naik, lima tahun naik. Jika kerajaan tidak membenarkan kenaikan maka pampasan perlu dibayar RM 2.9b. JIka ada perundingan semula dengan syarikat konsesi maka terpaksa menyambungnya selama 30 tahun lagi disebabkan terikat dengan perjanjian terdahulu.







7. Akhirnya.. Pada tahun 2017 ini sahaja Express Rail Link Sdn Bhd bakal memperolehi RM1.1947 BILLION hasil dari cukai airport. Anggap sahajalah ini cara Mahathir punya sumbangan pada rakyat dan negara untuk Kroni dan Proksi. Dengan RM1.1947 billion itu Mahathir kata masih kecil dan sikit shaaja. Begitu juga dengan konsesi Tol serta perjanjian IPP yang ditandatangani zaman Mahathir menguntungkan kroni tu bukan salah Mahathir.



8. Dengan semua yang berlaku, Percayalah Geng Bunge masih tetap memuja dan berkata Mahathir maksum tidak pernah bersalah. Mahathir adalah ahli syurga.


Captain M
30 Januari 2017
 
Copyright © 2014 PenangKini.