BREAKING NEWS

Monday, 27 March 2017

PAS dakwa bendera diturunkan kerana majlis Guan Eng

PAS kawasan di Butterworth mendakwa bendera mereka dirampas pihak berkuasa tempatan, kerana ketua menteri Pulau Pinang akan merasmikan sebuah acara di lokasi berhampiran.





 Ketua Penerangan Pemuda PAS Bagan Muhd Hafiz Ilyas berkata berpuluh bendera PAS yang dinaikkan sebagai tanda arah ke mesyuarat agung tahunan ke-21 di Kampung Benggali diturunkan semalam.


Kebetulan mesyuarat dianjurkan pada tarikh yang sama dengan program yang dirasmikan Ketua Menteri Lim Guan Eng di Bagan.

“Penaikan bendera PAS khas untuk perwakilan dan perasmi sebagai penanda bukannya provokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini, mempertikaikan mengapa penguatkuasa perlu dikerah untuk menurunkan tanda arah mereka.
“Perbualan telefon pihak berkuasa dengan pihak atasan jelas kedengaran ini,” katanya.
“Ini bukti yang jelas kerajaan DAP kini sama sahaja dengan Umno-BN apabila melihat kebangkitan PAS terutama Islam dihalang walau hanya semata-mata kain hijau berlambangkan bulan putih.”
Hafiz berkata pihak berkuasa tempatan sudah memulangkan bendera berkenaan kepada mereka

PRU14: Kit Siang Lari Lagi, Pergi Mana Pula Lepas Ni?

Pengamal Media P. Pinang digesa tidak tunduk

MCA selar cadangan cat logo


Pembangkang berteraskan Melayu: Guan Eng mahu penjelasan Muhyiddin

Sunday, 26 March 2017

Guru aktif kutuk kerajaan dinasihat berhenti daripada perkhidmatan - Mahadzir

Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu hentikan Politik Putar Belit Isu Projek Terowong Dasar Laut



Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Datuk Muhammad Farid Saad membidas alasan demi alasan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung kelewatan pelaksanaan Projek Terowong Bawah Dasar Laut dan tiga Jalan raya utama.

Jelas beliau alasan yang diberikan adalah sangat tidak munasabah.

“Perjanjian Projek Terowong Bawah Dasar Laut dan tiga jalan raya utama telah ditandatangani pada 2013. Projek ini dijangka akan membelanjakan wang rakyat Pulau Pinang berjumlah RM6.3 billion.

“Pada masa perjanjian itu ditandatangani, kita dimaklumkan oleh pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa Kajian Kebolehlaksanaan dijangka siap pada April 2014 dan hasil kajian akan diumumkan kepada orang ramai.

“Pembinaan pakej Jalan Teluk Bahang- Tanjung Bungah sepanjang 12 km dijangka bermula pada suku pertama tahun 2015 dan dijangka siap pada penhujung tahun 2017; manakala pembinaan pakej Air Itam ke Lebuhraya Lim Chong Eu sepanjang 4.2 km pula akan bermula pada suku pertama 2016 dan dijangka siap menjelang akhir tahun 2018 namun begitu, tarikh permulaan pembinaan tersebut telah ditangguhkan dan diberitahu projek akan hanya bermula pada awal tahun 2016,” terangnya melalui satu kenyataan media kepada UMNO-Online di sini.

Jelas beliau lagi, kerajaan negeri kemudiannya memaklumkan bahawa Kajian Kebolehlaksanaan dan Rekabentuk Terperinci untuk tiga jalan utama telah siap tetapi pembinaannya akan hanya bermula pada pertengahan 2016 dan bukannya pada awal 2016 sebagaimana diumumkan sebelum ini.

“Walau bagaimana pun, pada Julai 2016 kita diberitahu pula bahawa perlaksanan projek akan ditangguhkan hingga awal tahun 2017 kerana kontraktor projek tidak pasti jika rekabentuk jalan raya mereka boleh menampung penyuraian air ribut atau ‘storm water dispersal’ dengan sempurna dan kajian seterusnya perlu dilakukan terhadap rekabentuk tersebut.

“Projek ini sekali lagi ditangguh apabila pada Disember 2016, kita diberitahu bahawa konsortium yang dilantik untuk melaksanakan projek telah mendapati sebahagian tanah dalam cadangan jajaran tiga jalan raya utama tersebut dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan dan bukannya Kerajaan Negeri.

“Pandai sungguh mereka mencari alasan… Rekabentuk telah dimulakan beberapa tahun yang lalu dan yang pastinya bermula dengan membuat kerja ukur. Jadi bagaimana baru sekarang mereka tersedar tentang pemilikan tanah tersebut,” ujarnya lagi.

Justeru tegasnya timbul satu lagi persoalan iaitu pengambilan balik tanah (pengambilan balik tanah-tanah yang terlibat hanya boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri) tidak pernah dimaklumkan kepada umum.

“Apakah kos ini sudah termasuk dalam jumlah RM6.3 billion tersebut atau ia adalah kos tambahan yang perlu ditanggung oleh rakyat Pulau Pinang? Berapa luas lagi tanah milikan kerajaan negeri akan diberikan kepada konsortium ini… Lot tanah yang digunakan sebagai sebahagian daripada pembayaran kepada konsortium itu telah pun ditukar nama dan telahpun diberikan kelulusan pembangunan.

“Kenapa perlu ambil masa lebih enpat tahun dan membayar beratus-ratus juta ringgit untuk kos kajian dan hasilnya hanyalah dapat mengetahui bahawa tanah dalam jajaran jalan raya yang dicadangkan itu bukan milik Kerajaan Negeri.

“Apakah Exco Tanah yang juga Ketua Menteri tidak tahu mengenai perkara ini sebelum menandatangani perjanjian dengan Konsortium?,” bidas Farid.

Terkini Kerajaan Negeri Pulau Pinang memaklumkan bahawa Fasa Pertama Projek tiga jalan raya utama akan hanya bermula pada pertengahan tahun 2018 atau dalam kata lain selepas Pilihanraya Umum ke-14.

Kegagalan Konsortium yang dilantik Kerajaan Negeri melaksanakan projek terowong dasar laut dan tiga jalan raya utama ini menunjukkan dengan jelas “incompetency” Kerajaan Negeri sendiri dalam melaksanakan projek mega, manakala kegagalan Kerajaan Negeri menjelaskan dan memaklumkan dengan terperinci butiran perjanjian kontrak kepada umum jelas membuktikan Kerajaan Negeri tidak transparens atau telus.

“Rakyat suda penat menunggu dan letih mendengar janji kosong kerajaan negeri…. oleh itu, Lim Guan Eng, sila jawab semua persoalan ini,” katanya lagi. – MediaUMNO

Mahathir Yang Tidak Ada Pendirian Tetap

Pas menempelak kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan presidennya kurang berkarisma dalam membuat keputusan sehingga menyebabkan parti itu keliru membuat keputusan.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Mahathir sebenarnya yang tidak mempunyai pendirian tetap apabila sering keluar masuk dalam Umno sebelum ini.

"Apa yang dilakukan ini jelas menunjukkan beliau seorang yang kecewa apabila beliau gagal memenuhi apa yang diimpikan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang menyifatkan Datuk Seri Hadi Awang kurang karisma hingga membuatkan parti itu keliru membuat keputusan.

Terdahulu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pasir Mas Kali Ke-64 di Madrasah Nasrullah Pohon Buluh di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Pas Kawasan Pasir Mas, Datuk Hanifa Ahmad dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz serta barisan kepimpinan.

Mohd Amar berkata, pendirian Pas tetap kukuh sebagaimana terkandung dalam perlembagaan

"Kita tidak berganjak dengan apa yang telah diperjuangkan selama ini.

"Siapa jadi Presiden Pas ahli akan tetap memberikan sokongan," katanya.

Mohd Amar berkata, Pas juga tetap dengan pendirian untuk menentang Umno pada PRU-14 nanti.

Akhar tempatan melaporkan, Mahathir membandingkan karisma Abdul Hadi dengan pimpinan Pas terdahulu iaitu Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

- Sinar Harian

Indonesia naikkan harga Haji 2017

Kerajaan dan Dewan Rakyat Indonesia kelmarin, bersetuju untuk menaikkan harga haji tahun ini kepada 34.9 juta rupiah (RM11,590), lebih tinggi daripada tahun lalu iaitu 34.6 juta rupiah (RM11,490).

Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Agama Dewan Rakyat, Ali Taher Parasong berkata, peningkatan harga bertujuan meningkatkan perkhidmatan untuk jemaah seperti makanan dan khemah.

“Oleh kerana mereka akan menetap di Arab Saudi selama 41 hari berbanding 40 hari sebelumnya, perlu ada peningkatan dalam peruntukan makanan.

“Berdasarkan pemantauan musim haji tahun lalu, kerajaan bersetuju memudahkan jemaah dengan 5,330 khemah dilengkapi dengan pendingin hawa dan kipas,” katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Kementerian Agama di Jakarta Selatan. – Jakarta Post

Ku Li Yakin Najib Menteri Kewangan Paling Baik Urus Kewangan Negara


Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yakin kerajaan pusat di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mampu untuk mengurus kewangan negara dengan baik.

Beliau berkata negara mempunyai banyak aset bagi menampung sebarang hutang negara sedia ada dan dakwaan pemimpin pembangkang bahawa Malaysia berdepan muflis adalah tidak benar.

“Kalau nak ikutkan, hutang menjadi perkara biasa bagi sesebuah negara dan Amerika Syarikat juga lebih banyak hutang daripada negara kita.

“Masalah tekanan ekonomi itu berlaku di semua negara maju, tetapi (masing-masing) ada pelan pemulihannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Pendidikan Sekolah Kebangsaan Jerek di sini, Sabtu.

Tengku Razaleigh yang juga Anggota Parlimen Gua Musang berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa kerajaan kini berdepan muflis akibat tekanan ekonomi global.

Menurutnya sesebuah negara seperti Malaysia tidak mudah untuk berdepan dengan krisis seperti yang didakwa oleh pembangkang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) bertanggungjawab memastikan ia tidak akan berlaku.

Tengku Razaleigh berkata walaupun tekanan ekonomi global turut dirasai di Malaysia ketika ini namun negara berada di landasan tepat untuk memulihkannya.


PAN Perlu Henti guna nama Nik Aziz untuk modal politik


Satu laporan polis dibuat keluarga bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini terhadap Amanah.
Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang dipetik Harakah Daily berkata, abangnya, Nik Adli, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di Pengkalan Chepa pada jam 10.30 pagi tadi.
Beliau berkata, sebuah seminar anjuran Amanah menjaja nama bapanya yang dianggap satu penghinaan kepada Nik Aziz yang sentiasa konsisten dalam perjuangan PAS ketika beliau masih hidup.

“Amanah mahu menganjurkan sebuah seminar menggunakan nama tok guru dan parti itu mendakwa bapa saya akan menyokong Amanah, jika beliau masih hidup.
“Saya menganggap ini satu penghinaan kepada bapa saya,” katanya pada sidang media di rumah keluarganya di Pulau Melaka, Kota Bharu, hari ini.
Nik Abduh berkata, keluarganya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Amanah, jika pemimpin parti itu terus menggunakan nama bekas mursyidul am PAS itu demi kepentingan politik mereka.
Amanah melalui laman webnya http://amanahdaily.com pada 20 Mac lalu mengumumkan parti itu menganjurkan seminar “Pemikiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat” pada 9 April ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela.

Pengecualian Cukai Taksiran Beberapa Jenis Kediaman Hanya "Gula-Gula" DAP

Friday, 24 March 2017

Debat Batal Kerana Guan Eng Terlibat Rasuah – Rahman

Remaja perempuan pandu lawan arus mengaku tidak bersalah

Jari Palsu Bakal Digunakan Pada PRU14?

PALSU :

Tular di media sosial mengenai dakwaan bahawa  jari palsu bakal digunakan pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) bagi tujuan penipuan dalam penggunaan dakwat kekal.
Gambar Hiasan. Sumber : Facebook

SEBENARNYA :

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan perkara tersebut dan memberi jaminan bahawa tidak akan membiarkan jari palsu digunakan pihak tertentu bagi tujuan penipuan dalam pilihan raya umum akan datang.
SPR memberi jaminan bahawa proses pilihan raya yang kendalikan oleh badan berkenaan adalah bersih, telus dan bebas daripada sebarang penipuan dan penyelewengan.
SUMBER :
SEBERNYA.MY

Eyeglass Candy Didakwa Ada Campuran Babi?

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan yang mengatakan gula-gula Eyeglass Candy mengandungi campuran babi.
Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan dakwaan bahawa coklat Eyeglass With Candy mengandungi bahan ramuan dari sumber haram sebagaimana yang disebarkan oleh pengguna di media sosial.
Salah faham timbul apabila pengguna tidak memerhati dengan jelas label sebenar yang tertera “free from pig’s products and its Derivatives”
Menurut JAKIM, coklat Eyeglass With Candy keluaran Goodfood Industries Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.
SUMBER :
SEBENARNYA.MY

Nombor Pin Terbalik Boleh Memberi Isyarat Bantuan Kepada Pihak Polis?



PALSU :

Tular di media sosial mengenai dakwaan bahawa dengan memasukkan nombor pin ATM secara terbalik boleh memberi isyarat kepada pihak polis yang individu tersebut dalam kesusahan.
Gambar Hiasan. Sumber : Blogspot

SEBENARNYA :

Menurut pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sebaran mesej kononnya bantuan pihak polis akan diterima sekiranya anda memasukkan nombor pin di mesin ATM secara terbalik adalah tidak benar. Pengesahan dengan Bank Negara Malaysia telah dibuat dan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan untuk keselamatan pengguna mesin ATM.
SUMBER :

SKMM sekat 3,110 laman web sejak 2016


Suruhanjaya komunikasi dan multimedia Malaysia (SKMM) menyekat sebanyak 3,110 laman web atas pelbagai kesalahan, termasuk menyiarkan kandungan yang boleh menggugat ketenteraman awam, dari 2016 hingga Januari tahun ini.
Kementerian komunikasi dan multimedia berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,837 laman web mengandungi unsur lucah, jelik, palsu dan mengancam disekat di bawah peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sebanyak 273 laman lagi adalah laman judi, pelacuran, penipuan, cetak rompak, ubat tidak berdaftar dan produk palsu,” menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis kepada Datuk Ikmal Hisham Abdul Azizi (BN-Tanah Merah) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Ikmal meminta kementerian itu menyatakan jumlah laman web yang disekat atas sebab menggugat ketenteraman awam.

Kementerian itu menjelaskan bahawa smua laman web itu disekat berdasarkan permohonan dan punca kuasa agensi penguatkuasaan seperti polis, kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan serta kementerian kesihatan.

Sementara itu, dalam jawapan bertulis berasingan kepada Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam), kementerian itu memberitahu SKMM menyiasat 167 kes penyalahgunaan Internet dan media sosial di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurutnya, ini termasuk kes yang melibatkan penyebaran kandungan dan maklumat palsu melalui platform WhatsApp, Facebook dan Twitter.

Selain aspek penguatkuasaan, kementerian melalui SKMM turut menggerakkan pelbagai inisiatif berbentuk kesedaran di seluruh negara, yang antaranya bertujuan mendidik masyarakat mengenai aspek etika bagi mengelakkan penyalahgunaan media sosial.

“Melalui program sebegini, masyarakat juga dididik agar tidak berkongsi kandungan dan maklumat yang tidak ditentusahkan, serta lebih peka dan tidak terlalu mudah mempercayai setiap perkara yang tersebar tanpa membuat semakan dengan sumber yang betul,” katanya.

Lelaki ditahan hina Sultan Johor

 Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki itu ditahan kira-kira 6.30 petang semalam di perkarangan Balai Polis Baling, Kedah.
“Polis Johor menerima satu laporan hari ini berkenaan satu kenyataan jelik yang dimuat naik dalam aplikasi Facebook terhadap Sultan Johor.

“Sehubungan itu, satu kertas siasatan telah dibuka bagi menjalankan siasatan lanjut dan mengesan individu yang dipercayai memuat naik kenyataan tersebut,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Beliau berkata tindakan pantas polis Johor dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah kemudian berjaya menahan lelaki terbabit.
Polis turut merampas 3 telefon bimbit, 3 kad sim, 5 kad memori serta seunit pemacu kilat daripada lelaki berkenaan.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgunakan laman sosial atau bersedia menghadapi tindakan tegas pihak polis.

Thursday, 23 March 2017

“Jika Sumber Air Dari Tuhan Kenapa Kerajaan Dap P.Pinang Jual Air Kepada Kapal-kapal?” – Ahmad Bashah

Kementerian perlu RM345.27 juta naik taraf hospital lama


 Kementerian Kesihatan memerlukan bajet tambahan sebanyak RM345.27 juta bagi menaik taraf bangunan hospital kerajaan dan menukar sistem pendawaian elektrik.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata peruntukan itu merangkumi RM185.87 juta untuk menaik taraf bangunan 78 hospital berusia 30 tahun ke atas dan RM159.40 juta untuk menukar sistem pendawaian elektrik di 95 hospital.
“Kementerian sedang dalam proses permohonan untuk mendapat bajet tambahan daripada Kementerian Kewangan,” katanya semasa sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Rozman Isli (BN-Labuan) yang ingin tahu hasil audit terperinci yang dilakukan di hospital berusia 50 tahun dan tindakan proaktif kementerian dalam memastikan insiden kebakaran hospital tidak berulang.
Dr Hilmi berkata kementerian dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kerja Raya sudah menjalankan audit keselamatan kebakaran di 46 hospital yang berusia 50 tahun bagi mengenal pasti sebarang risiko kebakaran.
“Hasil audit keselamatan kebakaran tersebut, pelbagai risiko dikenal pasti antaranya sistem pencegah kebakaran yang lama, sistem pemasangan dan pendawaian elektrik yang usang, pemasangan sistem gas perubatan yang tidak mematuhi piawaian semasa termasuk penemuan lain,” katanya.
Selain itu katanya, hasil kaji selidik risiko kebakaran juga menunjukkan sebahagian besar hospital berkenaan berisiko terdedah kepada kebakaran dan memerlukan kerja naik taraf dan penambahbaikan segera.
Pada 25 Oktober tahun lepas, kebakaran di tingkat 2 unit rawatan rapi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor yang berpunca daripada kapasitor di dalam lampu yang terbakar meragut nyawa 6 pesakit dan mencederakan beberapa lagi termasuk kakitangan hospital.
Pada 9 November tahun lepas, kejadian kebakaran turut berlaku di wad 5B Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak yang berpunca daripada litar pintas pada suis lampu di “bedhead panel”.

Annuar Musa tarik diri, TMJ menang automatik Presiden FAM


Tan Sri Annuar Musa mengumumkan penarikan diri daripada menjadi calon dalam pertandingan merebut jawatan presiden Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ketua penerangan Umno yang juga ahli Parlimen Ketereh itu berkata pengumumannya itu sekali gus membolehkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilantik sebagai presiden FAM secara automatik.
“Setelah berfikir dengan mendalam. Saya membuat ketetapan untuk beri penghormatan untuk calon satu lagi, agar diberikan kemenangan tanpa bertanding dan diisytiharkan sebagai presiden FAM.
“Saya minta maaf, keputusan ini saya tidak bincangkan walaupun dengan isteri saya. Sebaliknya biarlah ia keputusan saya sendiri, setelah saya lakukan istikharah,” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.
Kongres FAM ke-53 yang dijadualkan berlangsung pada 25 Mac ini akan menyaksikan pemilihan jawatan utama bagi badan induk bola sepak negara itu.
Annuar pada 6 Februari mengesahkan pencalonannya untuk merebut kerusi panas FAM itu dalam pertembungan satu lawan satu dengan TMJ yang turut mengesahkan pencalonannya.
Dua lagi calon yang dinamakan sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Aseh Che Mat, tidak mengesahkan pencalonan mereka sehingga tempoh pencalonan.
Annuar berkata keputusan menarik diri dibuat selepas melihat beberapa isu yang timbul antaranya tuduhan yang mengaitkan Kementerian Belia dan Sukan.

“Walaupun ada pertandingan, saya harapkan ia dalam suasana harmoni dan semangat penuh kesukanan. Ia hanyalah kepimpinan dalam badan sukan saja.
“Saya mengharap tiada lobi berlebihan, tiada kempen rasuah dalam keluarga besar FAM. Saya menolak sebarang bentuk proksi dalam kepimpinan FAM. Bagaimanapun suasana itu wujud, walaupun dalam sikap diam dan mengalah saya.
“Namun ia sedikit sebanyak membantu untuk mewujudkan keharmonian, kerana timbul spekulasi Khairy arahkan perwakilan memilih saya. Perkara ini tidak benar malah ia boleh jejaskan hubungan dengan Kementerian Belia dan Sukan,” katanya.
Annuar berkata beliau sendiri menghantar mesej teks kepada TMJ untuk memaklumkan mengenai pengundurannya pada hari ini, namun masih belum mendapat respons.
“Selepas tarikh tutup pencalonan, pengundi masih boleh mengundi saya kerana kertas undi sudah dicetak. Jadi, dalam masa 48 jam ini, saya harapkan pihak urusetia FAM boleh uruskan perkara ini,” katanya.
Annuar turut menafikan penarikan dirinya disebabkan terkait dengan isu penggantungan jawatannya dalam Majlis Amanah Mara (Mara).
“Tidak ada isu Mara dalam penarikan diri saya. Isu bola sepak tidak seharusnya dikaitkan dengan isu lain,” katanya.

Wednesday, 22 March 2017

Pencemaran Sisa Buangan Di Kuala Sungai Pinang Kian Merebak

Penjara 20 tahun, ramai ‘datuk palsu’ takut kena tangkap


Gara-gara kegiatan menjual dan membeli anugerah, gelaran atau darjah kebesaran semakin membimbangkan, pihak berkuasa bakal mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dengan aktiviti ini.
michael chong
Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong telah dibanjiri dengan panggilan daripada mereka yang mungkin akan berdepan hukuman penjara akibat membeli anugerah atau gelaran tidak diiktiraf.
Ramai yang tidak dapat menerima hakikat bahawa tindakan mereka yang selama ini menipu orang ramai dengan membawa gelaran ‘Datuk’ palsu akan sampai ke penghujungnya.
Chong berkata ada di kalangan mereka yang tidak tahu bagaimana mahu berhenti daripada menggunakan gelaran ini dan tidak tahu bagaimana untuk berdepan masyarakat.
“Ada yang tanya kepada saya apa yang perlu dilakukan dan saya beritahu mereka supaya berhenti menggunakan gelaran itu dengan segera.
“Mereka juga telah memalukan isteri-isteri mereka yang dipanggil Datin,” katanya.
Di bawah Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2016 yang diluluskan oleh Parlimen pada November lalu mereka yang membeli atau cuba untuk menjual anugerah palsu berdepan hukuman sehingga 20 tahun penjara.
Chong berkata walaupun anugerah yang diberikan oleh negara-negara lain mungkin bukan palsu, ramai rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa mereka tidak boleh menggunakan gelaran itu di dalam negara.
Beliau menambah, gelaran yang meragukan ini telah ditawarkan oleh ejen.
Katanya, beliau sendiri telah ditawarkan dengan gelaran ini tetapi sentiasa menolaknya.
“Saya tidak mahu walaupun ia percuma,” katanya.
Chong berkata ejen-ejen ini tidak pernah menggunakan kata-kata seperti ‘menjual’ atau ‘membeli’ gelaran.
Sebaliknya, bagi mereka yang berminat, mereka telah diminta untuk menghulurkan derma atau sumbangan bagi anugerah yang diterima.
“Sumbangan ini adalah ‘enam angka’ dan terdapat juga pelan ansuran untuk beberapa anugerah Datuk palsu,” katanya.
Beliau berkata mereka ini tertipu dengan prospek pakaian kebesaran, pakaian seragam dan iklan ucapan tahniah di akhbar.
Chong juga mendedahkan bahawa warga asing, termasuk warga China yang bekerja di Malaysia juga telah membeli gelaran meragukan ini.
Beliau turut menyokong undang-undang baharu yang diperkenalkan kerana ia dapat mengelakkan lebih ramai orang daripada tertipu.
Sementara itu, Bukit Aman akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menjual gelaran palsu, kata Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman itu berkata mereka yang terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang akan menerima akibatnya.
“Kami akan menguatkuasakan undang-undang tanpa rasa takut atau pilih kasih.
“Jika ada laporan mengenai aktiviti-aktiviti tersebut, kami akan memburu mereka dan mengambil tindakan yang perlu mengikut undang-undang,” katanya.
Sumber: MStar

Alipay Mengumumkan Kerjasama Dengan Maybank Dan CIMB Untuk Dilancarkan Di Malaysia




Alipay merupakan salah satu platform pembayaran yang dimiliki oleh Jack Ma – dan digunakan secara meluas di China untuk pembelian melalui platform Alibaba. Terkini, seperti dirancang, perkhidmatan berkenaan juga bakal hadir ke pasaran tempatan.

Untuk tujuan berkenaan, hari ini Alipay mengumumkan kerjasama dengan Maybank dan juga CIMB.

Melalui kerjasama ini, mereka akan melancarkan perkhidmatan pembayaran berasaskan barcode dari Alipay di Malaysia. Ia sekaligus akan membolehkan pelancong dari China untuk membuat pembayaran menggunakan Alipay, sementara untuk penjual tempatan pula, mereka akan lebih mudah menerima pembayaran.

Selain daripada itu, ketiga-tiga syarikat ini juga dilihat akan turut melihat kepada peluang kerjasama dalam arena perkhidmatan kewangan lain di Malaysia, termasuk dalam lebih membantu mempromosikan perdagangan dikalangan syarikat kecil dan sederhana

DAP tak berminat dengan Idea Mahathir

Sudah tersurat bagai dikata, DAP akhirnya membuat keputusan untuk menolak cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mahu pakatan pembangkang, Pakatan Harapan (PH) mengikut cara Barisan Nasional (BN) bergerak sebagai satu gabungan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

DAP mengumumkan perkara itu melalui Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Anthony Loke dalam satu sidang media di Parlimen, hari ini.

Perkara itu, menurutnya tidak sepatutnya disebut semula dalam PH kerana semenangnya kesemua parti dalam pakatan itu mengambil keputusan secara bersama dalam apa juga keadaan.

“Memang dalam PH kita buat keputusan melalui perbincangan. Selepas kita kerjasama dengan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), semangat ini akan diteruskan tidak timbul kita akan ikut acuan BN tetapi dalam PH memang budaya sebegitu sudah dibentuk,” katanya dalam sidang media berkenaan.

Hadir sama Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta Ahli Parlimen DAP-Kluang, Liew Chin Tong yang turut membuat lawatan di bilik media di Parlimen.

Mahathir yang merupakan Pengerusi PPBM sebelum ini menasihati pembangkang supaya mengikut cara BN iaitu bergerak sebagai satu gabungan dan itu adalah rahsia kemenangan mereka dalam arena politik.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, kaedah BN digunakan sejak penubuhan parti Perikatan lagi sehingga berjaya membentuk kerajaan.

Berbeza dengan gabungan pembangkang yang tidak pernah bersatu secara serius, sebaliknya lebih suka menonjolkan parti masing-masing, katanya.

“Dalam PH sebelum ini kita memang ada konsensus bahawa apa-apa keputusan perlu dibuat secara bersama dan tidak timbul soal banyak pertelingkahan antara parti,” katanya menjawab kenyataan bekas perdana menteri itu.

Lebih menarik, Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata PH digesa agar tidak bergerak berasingan dalam pelbagai aspek bagi mencerminkan gabungan itu mampu untuk menggantikan BN.

Ujarnya perpecahan dalaman yang berlaku dalam parti-parti pembangkang ini dilihat punca rakyat menolak pembangkang.

Harga baru petrol, diesel diumum setiap Rabu, kata menteri

Penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12.00 tengah malam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pengumuman pertama kali untuk pelaksanaan mekanisme itu ialah pada 29 Mac ini dan harga tersebut berkuat kuasa 30 Mac.

“Bagaimanapun, bagi mana-mana syarikat dan pengusaha stesen minyak yang ingin melakukan promosi dengan memberikan diskaun daripada harga yang telah ditetapkan, boleh berbuat demikian dengan mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada KPDNKK,” katanya.
Hamzah berkata demikian menerusi siaran langsung berkenaan penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan di TV1 RTM hari ini.

Beliau menegaskan semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak perlu mematuhi penetapan harga baharu itu.

“Tindakan tegas akan diambil kepada syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak yang menjual petrol dan diesel pada harga selain daripada harga yang ditetapkan kerajaan,” katanya.
Kerajaan sebelum ini melaksanakan penetapan harga bulanan secara pengapungan terkawal dengan mengguna pakai formula mekanisme harga automatik (APM) yang ditetapkan sejak 1983.
Penetapan harga secara pengapungan terkawal bulanan itu bermula Disember 2014.

“Formula APM ini kita gunakan mengikut kadar pasaran minyak dunia. Apabila kita menggunakan pengapungan terkawal secara bulanan ini, kita dapati perubahan atau kadar turun naik harga ini begitu ketara menyebabkan kegelisahan kepada pengguna dan pengusaha stesen minyak,” katanya.
Bagi menambah baik mekanisme berkenaan, Hamzah berkata KPDNKK mengadakan perbincangan dengan syarikat minyak, pengusaha stesen minyak, badan-badan bukan kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan lain.

“Hasil daripada perbincangan tersebut, ia kemudiannya dibentangkan kepada jemaah menteri dan dipersetujui pada 22 Februari lepas untuk KPDNKK melakukan mekanisme pengurusan pengapungan harga terkawal petrol dan diesel dibuat secara mingguan.
“Ini bermakna, sebarang perubahan harga MOPS (means of platts Singapore) dan kadar tukaran asing dapat diterjemahkan lebih tepat mengikut perkiraan pasaran global,” katanya.

Jangan Nafi, Semua Parti Pembangkang Dalam Pakatan Harapan Pro Dap

Tuesday, 21 March 2017

Mesej Tular Palsu - Veterinar Pulau Pinang

NIBONG TEBAL: Mesej tular yang mendakwa ayam dan telur telah dimusnahkan di Valdor, Sungai Bakap dekat sini, dan menggesa orang ramai supaya berhenti memakannya telah disahkan palsu.
Pengarah Jabatan Veterinar Pulau Pinang, Dr Siti Salmiyah Tahir berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada penternak di negeri itu berhubung perkara berkenaan.

"Setakat ini, semuanya masih terkawal. Jika apa yang didakwa benar tentu ada penternak akan memaklumkan kepada kami supaya pemeriksaan dan ujian makmal dijalankan.
"Kami juga telah melaksanakan kawalan sempadan untuk ternakan yang diimport," katanya ketika dihubungi.

Pada 15 Mac lalu, kerajaan Kelantan telah mengisytiharkan wabak H5N1 di negeri itu selepas ternakan ayam mati kerana penyakit berkenaan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong, Kota Bahru pada 6 Mac.

Sehingga kini, tidak diketahui lokasi ladang yang gambarnya dimuatkan bersama mesej tular itu, bagaimanapun imej sama digunakan dalam posting berkaitan penghapusan ayam susulan selesema burung di Hayathnagar, India pada April 2015.





PAS Enggan Kongsi Pentas Dengan PPBM



PAS tidak akan membenarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkongsi pentas dalam ceramah mereka, jika parti itu menjalin kerjasama secara rasmi dengan pakatan pembangkang.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata sekiranya PPBM menyertai pakatan berkenaan yang turut dianggotai Parti Amanah Negara dan DAP, ia sekali gus menutup terus pintu kerjasama dengan mereka.

“Kalau itu pendirian rasmi dia (PPBM), maka putuslah… tidak perlulah ada perbincangan lagi. Kita jalan ‘sendiri-sendiri’ saja.

“Kita juga tidak akan kongsi pentas dengan PPBM lagi sebab itu memang syarat yang kita letak selama ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan partinya mencapai persetujuan untuk membentuk gabungan secara rasmi dengan pakatan pembangkang.

Katanya, PPBM secara prinsip bersetuju untuk menggunakan hanya satu logo, satu simbol dan manifesto yang sama, selain memutuskan hanya satu calon saja diletak untuk mewakili gabungan yang dibentuk itu.-BH.

Pemilik Kelongsong Pelancar Roket Ditemui Di P. Kendi Belum Dikenal Pasti

Polis masih belum mengenal pasti pemilik sebuah kelongsong pelancar roket yang ditemukan nelayan kira-kira 34 batu nautika ke barat daya Pulau Kendi dekat sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superitendan Anuar Omar berkata maklumat mengenai penemuan objek sepanjang kira-kira 1.5 meter dengan ukur lilit 0.4 meter itu telah dihantar kepada agensi-agensi yang memiliki pelancar seumpama itu termasuk pihak tentera.

“Namun setakat ini masih belum ada maklum balas daripada pihak-pihak berkenaan dan yang pastinya ia bukan milik kita (polis),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Beliau berkata pelancar roket dengan nombor siri PN 050-0900-134-1, SN-672, Batch:9005 itu dipercayai mungkin digunakan oleh mana-mana agensi dalam sesi latihan di laut.

Sabtu lepas, polis menerima laporan berhubung penemuan objek tersebut oleh seorang tekong bot warga Indonesia, yang sedang menangkap ikan di lokasi berkenaan pada pukul 12.30 tengah hari.

Menurut Anuar siasatan awal mendapati ianya ialah pelancar roket yang telah digunakan dan perkara itu dimaklumkan kepada pegawai penyiasat jenayah dan Unit Pemusnah Bom Ibu pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.– Bernama

DAP punca masa depan pembangkang gelap

Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad menyelar parti rasis dan cauvinis, DAP yang tidak sudah-sudah menimbulkan kontroversi membabitkan isu Islam di negara ini.

Terbaru, kenyataan Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen yang menggesa kerajaan membatalkan hasrat menghantar lebih 400 guru Islam ke Sarawak.

Chong mendakwa, tindakan itu mengancam keharmonian kepelbagaian kaum di negeri itu, termasuk menimbulkan ketaksuban agama.

“Gelagat yang ditunjuk DAP merupakan masa depan gelap untuk pembangkang.

“Ia memberikan keyakinan lagi pada UMNO dan BN dengan tindakan Chong yang bercakap tentang menyekat kemasukan guru agama Islam Semenanjung ke Sarawak.

“Yang beri umpan pada BN ialah DAP. Itu tindakan tak cerdik,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan yang sering mengaitkan UMNO dengan PAS, Idris berkata, pihak yang membuat tuduhan itu akan ‘mati’ jika tidak melaga-lagakan kerjasama antara kedua-dua parti.

“Mereka akan guna dakwaan ini sampai kiamat. Sudah lapan tahun tuduhan PAS akan bekerjasama dengan Umno. Sejak 2008 lagi dan mereka tahu kalau PAS tidak masuk UMNO modal mereka akan mati.

“Mereka tidak ada perjuangan dan modal lain selain daripada dakwaan PAS akan sertai UMNO,” katanya.

Reaksi itu timbul selepas diajukan desas-desus UMNO akan menyerahkan beberapa negeri kepada PAS untuk ditadbir selepas pilihan raya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa berkata negeri-negeri yang diserahkan itu adalah Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu dengan menegaskan kerjasama politik itu penting demi kekuatan Melayu-Islam.

Bagaimanapun Hadi tampil menafikan dakwaan berkenaan pada semalam, dengan menegaskan PAS bertanding pada pilihan raya akan datang adalah untuk mencapai kemenangan.

Kementerian Kesihatan, KPDNKK bincang tetapkan harga siling untuk ubatan mahal


Kementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menetapkan harga siling bagi ubat-ubatan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, perbincangan itu bertujuan mewujudkan satu dasar kawalan harga ubat-ubatan supaya golongan kurang berkemampuan juga dapat membeli ubat-ubatan tersebut.

“Menerusi usaha ini memberikan peluang untuk kita bantu golongan kurang berkemampuan. Usaha ini juga sebagai salah satu cara untuk pastikan golongan tersebut mendapat rawatan sepatutnya.

“Kita akan lihat bagaimana kita boleh mencari satu cara yang efektif. Saya harap kita dapat bantu ramai rakyat mendapat rawatan optimal,” katanya ketikamenggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Kesihatan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, bekalan ubat-ubatan bagi penyakit kronik seperti diabetis dan jantung antara yang tinggi harganya di pasaran.

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam mengakui masih terdapat kekurangan doktor pakar di hospital-hospital kerajaan, namun pihaknya yakin isu tersebut akan selesai dalam masa terdekat.

“Pada 2012 kita melatih 300 doktor pakar pelbagai bidang, dan sekarang meningkat kepada 1,000 doktor pakar setahun. Ini menunjukkan peningkatan tiga kali ganda,” kata anggota Parlimen Segamat itu.

Katanya, kementerian menyasarkan untuk melatih 1,500 doktor pakar setahun menjelang 2018 bagi mengatasi masalah tersebut.  Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.  – Bernama


DAP paling aktif sabotaj ekonomi negara – Datuk Huan Cheng Guan

KUALA LUMPUR 20 Mac – Pe­mimpin DAP merupakan yang paling aktif mensabotaj ekonomi negara hingga sanggup menghantar wakil mereka ke luar negara dengan tujuan memburuk-burukkan imej Malaysia dan kerajaan.


HUAN CHENG GUAN
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan berkata, sebagai contoh, pada 18 Julai 2013, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol, Tan Hong Pin; ADUN Tangkak, Ee Chin Li; ADUN Bentayan, Chua Wee Beng dan bekas pe­mimpin Pas, Mazlan Aliman pergi ke Taiwan untuk memprotes penyertaan Kuokuang Petrochemical Technology Co. (KPTC) daripada melabur dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petroki­mia (RAPID).

“Akibatnya, sebulan selepas protes diadakan di Taiwan oleh wakil-wakil DAP ini, KPTC menarik diri daripada melabur di RAPID atas sebab tertentu.


“Selain RAPID, pem­bangkang cuba men­sabotaj projek Lynas di Kuantan, Pa­hang. Mereka ber­demonstrasi di ha­dapan pejabat Pe­su­ruhjaya Tinggi Aus­tralia di Kuala Lum­pur. Malah, Ahli Par­limen Kuantan da­ripada PKR, Fuziah Salleh juga antara yang kuat membantah pembangunan Lynas dan menggunakannya sebagai modal politik kempen pilihan raya umum. Namun sekarang, isu Lynas sudah senyap,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kelmarin, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, perbuatan mensabotaj ekonomi harus dihentikan oleh mana-mana pi­hak demi kepentingan rakyat dan masa depan negara.

Perdana Menteri berkata, tindakan sedemikian tidak wajar diteruskan walaupun golongan berkenaan mempunyai perbeza­an pendapat politik.

Sehubungan itu, Cheng Guan menya­rankan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara supaya melihat undang-undang yang bo­leh dikenakan ke atas pengkhianat tersebut­ supaya tindakan men­­sabotaj ekonomi ne­­gara tidak lagi berlaku pada masa akan datang.

“Ini kerana tindakan jijik dan tidak bertanggungjawab mereka mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap kemajuan serta pembangunan negara tercinta ini.

“Bayangkan berapa banyak peluang pekerjaan, latihan keusahawanan sama ada dalam industri kecil atau sederhana, industri perkhidmatan dan aktiviti ekonomi lain hasil daripada pelaburan tidak akan wujud sekiranya pembangkang berjaya dalam agenda jahat mereka untuk mensabotaj ekonomi negara,” ujarnya.

UTUSAN

PM Akan Temui Parti Komponen Bincang RUU 355

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan pertemuan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) minggu ini untuk membincangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355).

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, Najib telah bertemu dengan parti-parti komponen BN dua minggu lalu dan mereka menyatakan pendirian masing-masing mengenai perkara tersebut.

"Perdana Menteri memahami keadaan kita berhubung isu ini dan juga pandangan kita," kata Dr Subramaniam kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen pada Isnin.

Mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerajaan akan mengambil alih untuk membentangkan pindaan Akta berkenaan, Dr Subramaniam berkata, MIC tidak mempunyai maklumat berhubung perkara itu.

"Selain itu juga, Perdana Menteri memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan parti-parti komponen sekali lagi, jadi biar kita tunggu mesyuarat itu.

"Hanya selepas itu, kita akan tahu apa yang dicadangkan dan barulah kita boleh menyatakan pendirian kita," katanya. - Mstar

Aswaja Kesal Siti Kasim Terajui Majlis Peguam

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) memberi peringatan kepada Majlis Peguam supaya tidak menjadi alat untuk menentang usaha memartabatkan Islam di negara ini.

Ia ekoran pelantikan peguam Siti Kasim yang sering memperlekehkan hukum Islam menerajui badan guaman tersebut.
Presiden Aswaja, Dr. Zamihan Mat Zin Al-Ghari berkata, pemilihan Siti Kasim bukan saja mencalar imej Majlis Peguam, malah menjadikan perjuangan badan itu semakin tidak relevan.
“Pemilihan Siti Kasim dalam Majlis Peguam pastinya mengundang rasa kurang senang umat Islam dan ia bakal melebarkan lagi permusuhan umat Islam dengan individu kontroversi itu yang akhirnya turut mengheret Majlis Peguam.
“Apa yang lebih membimbangkan lagi ia akan mencetuskan perbuatan ‘kegeraman melampau’ terhadap Siti Kasim yang akhirnya membawa kepada tindakan ekstremis agama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Siti Kasim atau nama asalnya Siti Zabedah Kasim telah dilantik antara empat muka baru yang menjadi barisan hadapan Majlis Peguam.
Beliau memenangi 1,893 undi sekali gus mela­yakkannya berada pada tangga ke lapan daripada 22 calon yang bertanding dalam pemilihan badan itu. – MYNEWSHUB.CC

Pilih Pembangkang, Pilih DAP Jadi Kerajaan

PM Janjikan Pembangunan Adil Dan Saksama


LANGKAWI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan kerajaan pimpinannya akan memastikan pembangunan yang adil dan saksama akan terus dikecapi setiap kelompok masyarakat.

Katanya menerusi dasar ini, nikmat pembangunan negara bukan hanya dapat dirasai oleh penduduk di kawasan bandar sahaja, malah dapat meningkatkan lagi taraf hidup masyarakat luar bandar khususnya golongan kurang berkemampuan.

“Kita amalkan dasar yang seimbang dan inklusif, dan saya tidak akan berganjak daripada prinsip ini,” katanya semasa merasmikan projek bekalan elektrik luar bandar 24 jam di Pulau Tuba di sini.

Projek yang diluluskan sendiri oleh Najib pada 2012 dengan kos kira-kira RM45 juta itu melibatkan bekalan elektrik menerusi kabel dasar laut dari Kuala Perlis dan memanfaatkan kira-kira 5,000 orang penduduk di pulau itu.

“Sayalah orang yang merasa sungguh gembira kerana apa yang saya lafazkan sebagai janji saya kepada masyarakat Pulau Tuba sudah dapat ditepati,” katanya.

Najib berkata pelaksanaan projek bekalan elektrik menggunakan kabel dasar laut ke Pulau Tuba ini pada asalnya tidak tersenarai di dalam bajet tahunan kerajaan namun kesedarannya tentang kesulitan yang dihadapi masyarakat pulau itu menyebabkan beliau meluluskannya.

Katanya penduduk pulau ini yang sebahagian besarnya menjadi nelayan adalah kelompok masyarakat yang akan terus dibela demi untuk memastikan mereka sama-sama menikmati pembangunan yang sudah berlaku di Langkawi.

“Kalau kita sudah jadikan Langkawi sebagai pulau bebas cukai, kita tidak mahu yang untung pelancong sahaja tetapi rakyat tempatan ketinggalan,” katanya.

Beliau juga enggan melayan sikap segelintir pihak yang menganggap usahanya membantu golongan berpendapatan rendah selama ini sebagai cubaan merasuah rakyat.

“Ini dasar yang adil. Bukannya dedak, bukannya rasuah… Saya tidak mahu nelayan (terus) dihina. Kami ingin terus membela nelayan dan petani,” katanya.

Dalam majlis itu, Perdana menteri turut mengumumkan beberapa projek pembangunan untuk manfaat penduduk Pulau Tuba, yang hanya dapat dihubungi dari Langkawi melalui perjalanan bot selama kira-kira 20 minit.

Ini termasuk projek-projek sumbangan Tenaga Nasional Bhd untuk membina jeti penumpang bernilai RM650,000 yang dijangka siap Mei ini, pendawaian semula 32 buah rumah rakyat miskin bernilai RM60,000 dan pemasangan 38 lampu jalan.

Beliau turut meluluskan peruntukan RM800,000 untuk membaiki rumah rakyat miskin selain memasukkan projek membina stadium mini di Tuba dalam Bajet 2018. – BERNAMA


5 tempat untuk mencari durian sepanjang tahun di Pulau Pinang

It was 6:30pm in Georgetown, Penang, and we were hungry. You know the feeling. The sun was low, the drive home was long, and there was durian somewhere in the city. There always is durian all year in Penang. You just have to know where to start your hunt. Here are five options to get your on your path to Deliciousness.
    1. Ting Siang Hock Trading — Georgetown
    2. Ah Teik’s — Georgetown
    3. Jelutong Market — Gelugor
    4. Pak Haji at Balik Pulau Bus Station
    5. 818 Durian Stall — Sungei Pinang
Note: These are ideas of places that often sell out of season durian. Make sure to call ahead to check on stock. You should be able to source durian from at least one of these places during your stay in Penang, quenching your desperation ; 
all year durian in Penang

#1 — Ting Siang Hock Trading

I swung the car down Jalan Prangin to see what could be smelled. Even though it was March, very much not the durian season in Penang, I knew that chances were high Ting Siang Hock Trading would have durian.
Ting Siang Hock Trading is a newish establishment in downtown Georgetown, near the Komtar Tower. It’s currently the only one of it’s kind: An indoor, permanent establishment that’s open for durian eaters 365 days of the year.
If anyone on the island has durian, they do. They source their durian from all over Malaysia, thanks to an enterprising Singaporean owner with some serious networking skills.
That’s not him in the photo below. That’s my friend Sean.
You can see the owner in another post I’ve written about Ting Siang Hock Trading. During the main durian season, in June and July, they offer an Eat-All-You-Can Durian Buffet.
Of course, you can still eat-all-you-can anytime of year, but when stocks are low you have to pay by the kilo. And should your appetite exceed the fresh inventory, pay for frozen durian. I’ve seen how some of you kill durian — this is an entirely possible scenario.
durian
Luckily for us, there was both plenty of durian and not enough money in our wallets to worry about frozen durian.
Out-of-season durian just isn’t cheap.
They had just two varieties; Musang King for 70RM/kilo ($16 USD) and Durian Hijau for 40RM/kilo ($9 USD). We opted for the cheaper option.
The Durian Hijau looked a lot like D24, but clearly wasn’t. It was sweeter, and more floral than D24, with a lot of small aborted seeds. Tasty.
where to find durian all year in Penang
To be safe, make sure to call ahead.
Ting Siang Hock Trading
Open Hours 11 AM – 11 PM Monday-Saturday, All Year Long
Address No.74, Jalan Dr Lim Chwee Leong, Georgetown Penang
How to get there If you are staying on Chulia Street, the buffet is an easy 10 minute walk. From Chulia Street,merely walk down Jalan Carnarvon and hang a left.  It’s located across the street from Prangin Mall.

#2 — Ah Teik’s on Jalan MacAlister

Ah Teik is Penang’s durian grandfather.
His grandfather founded the stall, a simple cart on wheels on the corner of Jalan Macalister and Lorong Susu, over fifty years ago, and Ah Teik has been selling there for at least thirty. He’s probably the most well-known durian seller in all of Penang.
Today the cart has expanded to multiple carts, all still on wheels, and it used to be that the whole affair could be packed up and rolled away at the end of Penang’s durian season.
all year durian in penang
Fast forward to 2017, and he’s almost always there. In the summers he sells durian from around Penang and his own farms, and as the season dwindles and turns off he sources from further and further away.
When I went with some friends toward the end of the season, we purchased a variety called “Butter” from mainland Penang or Perak.
Of course, he won’t be there if durian stocks get too low, so make sure to call ahead if you’re planning a trip NOT during the May-August season.
Ah Teik’s Durian StallWhere Corner of Jalan MacAlister and Lorong SusuCall ahead 012-438-3881/016-4158579Facebook Ah-Teik-Durian-Stall

Jelutong Morning Market

Whenever I drive past Jelutong Morning Market, I turn my head to see what durians, if any, Andy Ooi has. He has a fruit stall in front of the Kafe Bamboo. During the season, his stall overflows with durian abundance. In the off-season, he’ll bring in durian from as far away as Johor.
But only as long as the prices are low enough that local consumers can buy.
Unlike the guys in Georgetown, Mr. Ooi doesn’t cater to tourists. So right now (March, 2017), when the price for Musang King is a staggering 70RM per kilo Mr. Ooi doesn’t have any durian. He’s just selling mangoes.
There’s another guy who sells durian at the back of Jelutong Morning Market, but unfortunately I haven’t got his name (yet).
We bought some nice packets of Musang King from him when we checked out the Jelutong Morning Market.
This is Penang’s biggest outdoor fruit and vegetable market, a ramble of long tables of fruit, tarps spread with vegetables, and little rollaway food carts. It’s a fun place to eat breakfast or do some grocery shopping or just go durian hunting.
Check out the market between 6AM-11AM, or look for Mr. Ooi in the afternoon. If you’re hoping Mr. Ooi has out-of-season durian, make sure to call ahead.
Jelutong MarketWhere Jalan Penaga
Call ahead (Mr. Ooi) 016-4315-101

Pak Haji at the Balik Pulau Bus Station

Sometimes I get hungry while out running errands in Balik Pulau.
During the main durian season, it’s easy to find a little snack to power me home. The whole side of the road across from the Balik Pulau Bus Station is stuffed with durian stalls, maybe fifteen or more individual stalls in all.
For the first couple of years, I didn’t even notice Pak Haji’s blue canopy.
Then I got hungry in April, and Pak Haji was the only one left. Back then he was selling Thai durians, mostly Chanee, by the whole or by packet. I bought one 12RM packet and munched it right there at the stall.
He also sells durian from Pahang and Johor, when they’re available.
To find out if he’s there, make sure to:
Call ahead 013-588-1699
Where Across the street from the Balik Pulau Bus Station

818 Durian

Last Tuesday (March 14) was my friend’s birthday. I’d seen durian being sold at 818 Durian, a small stall on the winding, switch-backed road between Teluk Bahang and Balik Pulau.
The road is popular with tourists and joy riders — fleets of bikers, Harley Davidson clubs, and old car aficionados. The greatest number come on the weekends, but any day you’ll find a few bikers straggling up the 4-mile hill and in need of some sustenance, or tourists who just really need to get their fix.
The day we went, Mr. Wong had 4 types of probably mislabled durian: Musang King, Tupai King, Black Thorn, and Black Muar. You can read more about our experience here.
He’s not open every day, but so get in touch with him.
818 Durian
Where 1 km toward Teluk Bahang from the Tropical Fruit Park
Call Ahead Facebook or give him a call at +60 12-543-4018.

More Options For Durian All Year in Penang

I know that Anson Road Durian and Hock Lok Siew Durian (included in the map below) also often have out of season durian, but I haven’t had any mentionable experiences there yet so I didn’t include them in this round-up.
I guess that’s next for the durian hunt!
Do you have any tips or tricks to share with hungry durian hunters? Please comment below with your advice!
 
Copyright © 2014 PenangKini.