BREAKING NEWS

Wednesday, 31 January 2018

2 dimasukkan ke hospital selepas minum kopi


GEORGE TOWN: Dua lelaki mengalami simptom letih dan lemah yang teruk sehingga terpaksa dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dipercayai selepas meminum sejenis kopi.
Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Dr Wan Mansor Hamzah berkata 2 lelaki itu masih menerima rawatan di HPP dan dilapor berada dalam keadaan stabil.

“Mereka mendapatkan rawatan di Bahagian Kecemasan HPP hari ini kerana mengalami beberapa simptom antaranya letih dan lemah yang teruk. Dua lelaki itu mendakwa gejala berkenaan berlaku selepas minum sejenis kopi.

“Pihak kami menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan dua lelaki itu serta sedang membuat beberapa ujian termasuk ujian darah ke atas mereka untuk mengenal pasti punca sebenar,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Beliau berkata pihaknya juga akan mendapatkan sampel kopi berkenaan untuk diuji bagi memastikan sama ada ia berpunca daripada minuman itu atau tidak.

Dr Wan Mansor berkata Jabatan Kesihatan Pulau Pinang akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas mendapat keputusan berhubung ujian terhadap mangsa dan sampel kopi berkenaan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mengalami simptom sama supaya mendapatkan rawatan segera di mana-mana klinik atau hospital berdekatan mereka.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdulah dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau hari ini berkata pihaknya mengesan berita yang ditularkan melalui aplikasi WhatsApp berhubung beberapa pesakit yang mendapatkan rawatan di HPP selepas meminum sejenis kopi.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sedang membuat siasatan mendalam mengenai perkara itu dan akan memaklumkan kepada umum sebaik mendapat kepastian.
“Masyarakat dinasihat supaya menjaga kebersihan dan keselamatan makanan atau minuman serta segera mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan sekiranya mengalami apa-apa gejala penyakit,” katanya.

Tuesday, 30 January 2018

Takut Bantuan Khidmat Masyarakat BN, Pembangkang Terpaksa Tabur Fitnah BN Beli Undi - DS Zainal Abidin Osman

Audit terbuka projek terowong dasar laut Pulau Pinang - Datuk Jahara Hamid

KEPALA BATAS 27 Jan. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng disyorkan melakukan audit terbuka berhubung projek terowong dasar laut yang mencetuskan kontroversi di ne­geri ini berbanding mengambil sikap melepaskan kemarahan terhadap media tertentu yang me­laporkan isu berkenaan.


Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau perlu melaksanakan langkah berkenaan selepas timbulnya unsur mencurigakan dalam projek mega tersebut.


Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengarahkan audit dilaksanakan selepas 1Malaysia De­­ve­lopment Berhad (1MDB) berdepan pelbagai tuduhan.

“Jika beliau mengalami kesulitan sehingga ada unsur mencurigakan, lebih baik buat audit secara terbuka sekali gus dapat tepis fitnah yang beliau dakwa dilakukan oleh pihak tertentu termasuk media,” katanya di sini hari ini.

Reezal Merican berkata demikian sebagai mengulas ‘amarah’ Guan Eng terhadap media dengan melabelkan laporan berita siasatan penyelewengan projek terowong dasar laut sebagai tidak beretika dan tidak bermoral.

Mengulas lanjut, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, 1MBD menyerahkan isu itu kepada Jabatan Audit Negara untuk mengaudit dan membuat penelitian sekiranya terdapat perkara mencurigakan, malah ahli Parlimen pembangkang turut menganggotai jawatankuasa berkenaan untuk memantau.

“Pada masa sama, beliau perlu faham perkara yang dilaporkan media merupakan kenyataan dalam sidang DUN, sidang akhbar beliau atau kenyataan daripada pegawainya sendiri, jadi mengapa perlu beremosi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Jahara Hamid berkata, sebagai ahli politik berpengalaman, Guan Eng seharusnya berlapang dada dan tidak perlu takut jika berasakan tidak bersalah.

Bagaimanapun, Jahara yang juga Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Teluk Air Tawar berkata, beliau tidak terkejut dengan cara Guan Eng menangani isu berkenaan.

“Itulah sikap Ketua Menteri, kalau ada laporan yang tidak memihak kepadanya, beliau akan melenting.

“Teh Yee Cheu yang juga pemimpin DAP serta ADUN Tanjung Bungah juga dikenakan tindakan apabila membangkitkan isu tidak digemari beliau,” katanya.

Utusan

DAP Semakin Sukar Pertahan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

Menurut DAP, Terowong Pulau Pinang itu tidak perlu dibina dengan segera kerana pembinaannya hanya dirancang akan bermula pada tahun 2023 dan mungkin selesai pada tahun 2027.
Ini membawa kita kepada soalan mengapa Kerajaan Pulau Pinang telah memutuskan untuk menganugerahkan projek Terowong Pulau Pinang tersebut pada tahun 2013 – 10 tahun sebelum pembinaan bermula?
Ia juga menimbulkan persoalan mengapa Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan jumlah tanah yang tetap pada nilai hari ini untuk membayar sesuatu yang masih mempunyai 10 atau 14 tahun lagi?
Tidakkah Kerajaan Pulau Pinang tahu bahawa nilai tanah perdana di Persiaran Gurney akan naik dengan pantas dan dalam 10 hingga 14 tahun akan datang, tanah ini mungkin bernilai sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada harga sekarang?
Adakah anda akan terima jika Kerajaan BN menganugerahkan projek mega bernilai berbilion-bilion kepada syarikat yang 100% swasta yang hanya akan mula bekerja dalam masa 10 tahun lagi tetapi berjanji untuk membayar dalam bentuk sekeping tanah perdana yang nilainya naik dengan cepat pada harga hari ini?
Dan selain membenarkan syarikat swasta itu membuat keuntungan dari pembinaan, membayar dengan tanah yang akan bernilai lebih banyak pada masa itu, mereka masih membolehkan syarikat itu mengutip tol selama 30 tahun untuk membuat lebih banyak keuntungan walaupun syarikat itu telah membuat banyak keuntungan dari keuntungan pembinaan serta kenaikan nilai tanah itu.
Itulah yang dilakukan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Tidak bolehkah Kerajaan Pulau Pinang hanya menganugerahkan bahagian 3 jalanraya projek itu sekarang dan bukannya turut menganugerahkan projek terowong itu sekarang apabila ia tidak akan dibina dalam masa terdekat ini?
Walau bagaimanapun, sekiranya Kerajaan Pulau Pinang hanya menganugerahkan 3 projek jalan raya itu secara berasingan tanpa bahagian terowong maka Kerajaan Pulau Pinang akan perlu menjelaskan mengapa mereka perlu membayar RM220 juta untuk laporan 20.3km jalan raya atau 11% daripada RM2 bilion kos pembinaan untuk 3 jalan raya itu.
Mereka perlu menjelaskan mengapa kos laporan sahaja untuk setiap kilometer jalan akan menelan kos RM11 juta.
Semua ini sukar bagi DAP untuk pertahankan.
Link asal artikel:
https://www.facebook.com/EricSeeTo

Pembangkang Kitar Semula isu Kem Tentera Sg Besi


#Repost
#SetahunYangLalu

PENGKALAN UDARA SG. BESI 198 HEKTAR DIGANTIKAN SELUAS 300 HEKTAR DI SENDAYAN, DIPINDAH SECARA BERPERINGKAT & TIDAK BENAR DIMONOPOLI SYARIKAT CHINA

Pengkalan TUDM Sg Besi sudah tidak strategik.

JIKA pada tahun 1950an dahulu, tak dapat dinafikan Pengkalan Tentera Udara Sungai Besi, Kuala Lumpur adalah yang paling strategik beroperasi. Namun selepas 50 ke 60 tahun selepas itu, hasil daripada perkembangan pesat Kuala Lumpur, maka tapak pengkalan udara berkenaan tidak lagi mampu menampung kewajarannya beroperasi disitu.



Atas sebab-sebab faktor keselamatan Pengkalan TUDM Sg Besar telah dipindahkan secara berperingkat ke tempat yang lebih selamat, malah jauh lebih selesa berbanding yang ada sekarang ini. Ia bukan semata-mata untuk pembangunan The Greater Kuala Lumpur sahaja, sebaliknya faktor keselamatan negara, kawalan infrastruktur pertahanan negara dan keselesaan kem serta berimpak tinggi terhadap operasi ketenteraan negara turut diambil kira dalam soal ini.

Tuduhan pembangkang pembangunan Pengkalan TUDM Sg Besi telah dikuasa syarikat China adalah sangat tidak berasas.

Sedangkan amat jelas Konsortium yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd adalah perkongsian awam-swasta antara Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) ( milik Kerajaan Negeri Johor) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).

Hasil daripada jualan ini, 76% daripada Bandar Malaysia akan dimiliki entiti Malaysia yang mana kira-kira 54% daripada projek tersebut dimiliki Kerajaan Pusat dan Johor.

Kemasukan CREC sebagai rakan kongsi antarabangsa dengan ekuiti projek sebanyak 24% mewakili Pelaburan Langsung Asing (FDI).

Pelan induk Bandar Malaysia itu adalah untuk pembangunan bercampur pada purata nisbah plot kasar 4.05 melangkau keseluruhan tapak seluas 486 ekar di Sungai Besi. Bandar Malaysia akan dibangunkan dalam tempoh 15 hingga 25 tahun pada unjuran Nilai Pembangunan Kasar sebanyak RM150bilion.

300 HEKTAR DIGANTIKAN DI SENDAYAN, NEGERI SEMBILAN

Persoalan yang bermain di kalangan netizen selepas ianya ditutup secara berperingkat apa pula nasib oleh Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang merupakan ‘tuan rumah’ asal pengkalan tersebut?

Selain itu 1MDB telah dipertanggungjawabkan selepas membeli tanah tersebut  kadar harga nominal (harga pasaran) untuk membina 8 buah kem baharu di seluruh negara dengan nilai RM2.7 bilion.

Seluas 8 juta kaki persegi insfrastruktur baru juga akan dibangunkan sedangkan ketika ini di Pengkalan Udara Sg. Besi hanya mempunyai keluasan bangunan 2 juta kaki persegi sahaja. 

Melalui beberapa perjanjian, tanah Pengkalan Udara Sg. Besi akan digantikan dengan keluasan 300 hektar di Sendayan, Negeri Sembilan. Berbanding ketika ini keluasan Pengkalan Udara Sg. Besi hanyalah 198 hektar sahaja. Bermaksud 1MDB gantikan dengan tanah yang lebih besar dan luas.

Antara lokasi kem yang dicadangkan untuk pembangunan bagi TUDM, PDRM dan Rejimen ke-31 Artileri DiRaja (31 RAD) seperti di Subang, Kuantan, Butterworth, Gong Kedak, Ipoh dan Kajang untuk 31 RAD

Selepas Kajang & Permatang Pauh, Giliran Orang Bandar Tun Razak Pula Kena Tipu



Khabar angin sudah tersebar bahawa Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan bertukar kawasan. Kali ini kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pula menjadi sasarannya.

Kerusi berkenaan disandang oleh bekas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang menang atas tiket PKR tetapi selepas dipecat, beliau kini adalah seorang Ahli Parlimen bebas.

Jika betullah laporan yang disiarkan oleh sebuah portal pembangkang, Suara Pakatan Harapan itu, maka habislah penduduk di Bandar Tun Razak.

Sudah dua penggal, Khalid Ibrahim menjadi wakil rakyat di parlimen Bandar Tun Razak, namun nilaikan sendirilah berapa kali 44,067 pengundi yang memilih PKR dalam PRU lepas nampak muka ahli parlimen mereka di kawasan? Jarang sama sekali.

Kali ini rakyat Bandar Tun Razak akan kena lagi. Seorang lagi calon import akan dicadangkan PKR di kerusi tersebut.

Calon import itu adalah Wan Azizah, yang kini adalah penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.

Sedangkan di dua kawasan berkenaan pun, banyak rungutan diterima daripada penduduk kerana beliau tidak turun padang. Malah ada yang menyesal kerana mengundi beliau.

Tahun lepas semasa Pulau Pinang dilanda banjir, penduduk di Permatang Pauh sudah merungut kerana Wan Azizah jarang menampakkan batang hidung di kawasan. Wan Azizah lambai tangan sahaja, ambil sahaja gambar semasa banjir lepas kemudian balik.

Begitu juga semasa Kajang dilanda banjir kilat pada 2015. Wan Azizah hilang entah ke mana. Wan Azizah meminta supaya ketiadaannya ketika banjir kilat yang melanda Kajang itu tidak diperbesarkan kerana dia sudah hantar pegawai khas untuk mewakilinya.

Isunya di sini ialah pengundi mahukan wakil rakyat yang mereka pilih, bukannya wakil kepada wakil rakyat tersebut.

Jika benar khabar angin Wan Azizah akan berpindah ke Parlimen Bandar Tun Razak maka beliau akan menjadi wakil rakyat yang kedua paling banyak bertukar kerusi selepas penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kit Siang telah tujuh kali berpindah kawasan pilihan raya iaitu kerusi Parlimen Bandar Melaka (1969–1974), Kota Melaka (1974–1978), Petaling Jaya, Selangor (1978–1982), Kota Melaka (1982–1986), Tanjong, Pulau Pinang (1986–1999), Ipoh Timur, Perak (2004–2013) dan Gelang Patah, Johor (sejak 2013).

Dan kali ini pun ada ura-ura Kit Siang akan bertukar kawasan lagi.

Manakala Wan Azizah pula memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1999 dan mengekalkannya pada 2004. Pada 2008, beliau sekali lagi menang di kerusi Parlimen Permatang Pauh namun Wan Azizah telah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen di kawasan berkenaan pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya, Anwar Ibrahim hingga memaksa pilihan raya kecil diadakan.

Tindakan beliau yang melepaskan jawatan demi suaminya ketika itu, telah menyebabkan kecaman ramai kerana Wan Azizah dikatakan menjadi pemanas kerusi sahaja dan mementingkan diri.

Sekarang apa jadi kepada penduduk di Permatang Pauh? Kali ini pula tercetus spekulasi beliau akan berpindah ke Bandar Tun Razak untuk memberi peluang kepada anaknya, sama ada Nurul Izzah atau Nuha untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Parlimen Bandar Tun Razak juga dikatakan sebagai parlimen `pemanas' dan eksperimen sehingga Anwar dibebaskan dan mendapat pengampunan Diraja.

Jadi kepada penduduk di Bandar Tun Razak, janganlah beri peluang kepada pembangkang lagi pada pilihan raya akan datang. Jika benar bagai dikata, maka penghijrahan Wan Azizah hanya akan membawa kepada `penyesalan' kelak.

Tolaklah mereka yang suka melompat kerusi ini. Bagaimana seseorang wakil rakyat itu boleh berkhidmat dengan baik jika sibuk lompat kerusi. Dua kali cukuplah. Jangan biar ditipu sampai tiga kali mengundi calon yang salah.

Tulisan :
Beruang Biru
BB760, Selasa
30 Januari 2018

#ProjekTerowongDasarLautPulauPinang Jawapan Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang Tidak Boleh Dipercayai Langsung - Teng Chang Yeow


Ini skandalnya! Berdasarkan angka-angka yang diperolehi daripada Kerajaan Negeri DAP, dan pengiraan kami mendapati bahawa seolah-olah RM113 juta nampaknya tidak dapat dipertanggungjawabkan dalam pertukaran tanah sebagai bayaran untuk kajian 3 lebuhraya.

Kerajaan Negeri DAP dan Ketua Menteri memberitahu rakyat Pulau Pinang bahawa pertukaran tanah sebagai pembayaran itu menilaikan tanah yang ditukar pada RM1300 sekaki persegi. Ia adalah lebih tinggi daripada nilai harga yang dinilaikan oleh Jabatan Penilaian. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada 11 Jan. 2018.

Angka RM 1300 setiap kaki persegi juga dinyatakan dalam Laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negeri Pulau Pinang.


Pada masa itu, Lim Guan Eng berkata 2 lot tanah dengan jumlah saiz 3.67 ekar telah diberikan kepada syarikat itu. Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bercanggah dengan jawapan ahli Exco Lim Hock Seng kepada Dewan Undangan Negeri, yang menyatakan bahawa kerajaan negeri telah memberikan 2 lot tanah berukuran 5.67 ekar kepada syarikat itu.

Sebenarnya, jawapan Lim Hock Seng kepada Dewan adalah jawapan rasmi kerana beliau menjawab bagi pihak Ketua Menteri, seperti yang ditetapkan dalam Peraturan-peraturan Dewan Undangan Negeri.

Kerajaan Negeri DAP dalam jawapan mereka kepada Dewan Undangan Negeri pada 19 Mei 2017 menyatakan bahawa 2 bidang tanah di Lot 702 dan sebahagian daripada Lot 713 telah diberikan kepada syarikat itu setelah kajian untuk 3 lebuh raya tersebut selesai. Keluasan bagi lot 702 adalah sebanyak 3.67 ekar dan lot 713 adalah 2 ekar. Lot 702 bernilai RM135 juta manakala Lot 713 bernilai RM73 juta, menjadikan jumlahnya RM208 juta.

Dengan pengiraan mudah, kami mendedahkan bahawa sebanyak RM113 juta tidak dapat dipertanggungjawabkan. Untuk rekod, 1 ekar bersamaan dengan 43,560 kaki persegi (sf). Pengiraan adalah seperti berikut:

3.67 ekar X 43,560 sf = 159,865.2sf

159,865.2sf X RM1300 psf = RM207,824,760

2 ekar X 43,560 = 87,120sf

87,120sf X RM1300 = RM 113,256,000

Jumlah nilai bagi 5.67 ekar (3.67 ekar + 2 ekar) tanah adalah RM321,080,760.
RM321,080,760 - RM208,000,000 (angka yang dibekalkan oleh Kerajaan Negeri DAP) = RM113,080,760

Kesemua tanah itu dipindah milik kepada syarikat pada tahun 2015 dan 2017. Lot 702 dipindah milik pada 17 Februari 2015, iaitu 3 bulan sebelum kajian selesai pada Mei 2015 seperti yang dinyatakan dalam jawapan kepada Dewan Undangan Negeri. Ini adalah satu tindakan berunsur skandal di mana tanah dipindah milik 3 bulan sebelum kerja kajian tamat.

Dalam erti kata lain, nampaknya pembayaran lebihan sebanyak RM113 juta telah dibuat sebelum kerja selesai. Maka, adalah wajar untuk kami percaya kesemua jawapan yang diberi Kerajaan Negeri DAP selama ini adalah tidak boleh dipercayai langsung!

Kenyataan Media Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow,
30 Jan. 2018

Calon #PRU14 Wanita UMNO Pulau Pinang Akur


PERMATANG PAUH 29 Jan. - Wanita UMNO negeri akan menerima keputusan pucuk pimpinan parti berhubung senarai calon yang akan bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Ketuanya, Datuk Norliza Abdul Rahim (gambar) berkata, ini kerana Wanita UMNO memahami pilihan raya umum akan datang adalah mencabar dan menjadi polisi parti meletakkan calon yang boleh menang.



Katanya, pada pilihan raya umum lalu, ahli Wanita UMNO, Datuk Jahara Hamid merupakan calon tunggal pergerakan itu yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Air Tawar dan berjaya mempertahankan kerusi itu selama lima penggal.

“Beliau (Jahara) bukan wakil rakyat biasa malah diberi tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus menunjukkan Wanita UMNO mempunyai calon berkaliber,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Terdahulu, Norliza bersama Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said hadir pada sesi taklimat kepada hampir 1,000 jentera parti kawasan berkenaan.

Mengulas lanjut, Norliza berkata, beliau telah menghantar senarai nama beberapa calon pergerakan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan sebagai calon.

“Kerajaan menyatakan 2018 sebagai tahun memperkasa wanita, jadi saya rasa wajar jika calon Wanita UMNO diberikan peluang,” katanya.

Mengulas mengenai peluang BN di Permatang Pauh, Norliza berkata, jentera Wanita UMNO akan menggunakan pendekatan berhemah sewaktu berkempen malah sudah mengatur beberapa strategi mendekati 15,000 pengundi kali pertama dalam Parlimen berkenaan.

“Kita berharap Wanita UMNO akan dapat memainkan peranan dengan berkesan dalam kempen kali ini supaya dapat mencatatkan keputusan lebih baik,” katanya. UTUSAN

Flat Taman Teluk Indah, Prai terabai & Dianaktirikan

BUKIT MERTAJAM 29 Jan. – Bukan sahaja sampah, malah terdapat tilam, sisa makanan, pakaian terpakai dan banyak lagi bertaburan di pekarangan Flat Taman Teluk Indah 2, dekat Perai di sini.

Perkara itu bukan baharu namun telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu malah flat itu pernah menerima jolokan “Flat paling kotor” tahun lalu disebabkan keadaan persekitarannya.


Biarpun berada di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai yang diwakili oleh Timbalan Ketua Menteri, Dr. P. Ramasamy, namun flat itu seolah-olah terabai dan dianaktirikan.

Menurut Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) flat itu, R. Subramaniam, Ramasamy pernah berjanji untuk membersihkan kawasan itu sebelum ini namun tidak ditunaikan.

“Masalah ini berlarutan sejak sekian lama malah pernah diadukan beberapa kali namun tiada sebarang tindakan daripada pihak berwajib menyebabkan keadaan di sini bertambah buruk.

“Beliau (Ramasamy) pernah berjanji di dalam akhbar tertentu yang beliau akan ambil tindakan malah bersedia membelanjakan RM1.5 juta di kawasan ini namun janji hanya tinggal janji,” katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Bagi salah seorang penduduk, Shahidan Ali, 52, flat setinggi 21 tingkat itu memiliki 504 unit rumah dan didiami hampir 95 pe­ratus rakyat tempatan manakala selebihnya disewakan kepada pekerja asing.

Jelasnya, tindakan penghuni flat itu yang mengambil jalan mudah membuang sampah dari atas ke perkarangan flat itu memburukkan lagi kea­daan malah seolah-olah menjadi perkara biasa buat mereka.

“Sebelum ini pernah berlaku kes salah seorang penghuni cedera akibat terkena balingan objek dari tingkat atas sehingga terpaksa mendapat 10 jahitan di kepala,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Penang Front Party (PFP), Datuk Patrick Ooi berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang harus bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah itu dan meng­adakan operasi pembersihan dengan lebih kerap.

Ujarnya, tindakan Ramasamy melabelkan flat itu sebagai yang paling kotor melukakan hati penduduk namun yang lebih mengecewakan apabila tiada sebarang langkah diambil bagi mengatasi masalah itu.

“Sebelum mendapat undi, pelbagai janji ditabur kepada penduduk di sini tapi sekarang semuanya hanya manis di bibir sahaja malah mereka juga dilupakan.

“Kerajaan DAP Pulau Pinang juga sering mendabik dada mengatakan bandar di sini paling bersih namun hakikatnya ba­nyak kawasan yang dipinggirkan malah terbiar,” katanya.UTUSAN

Selesaikan Masalah Dalaman Parti Dahulu, Hadi Sindir Mahathir

Tun Dr. Mahathir Mohamad diingatkan supaya menyelesaikan terlebih dahulu masalah dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum menyindir hasrat Pas untuk bertanding di 130 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai angan-angan Mat Jenin.

Pada masa sama, Pre­siden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara sinis menyindir dan mempersoalkan keupayaan Dr. Mahathir untuk mentadbir negara berikutan soal pengagihan kerusi dalam PPBM sendiri masih belum selesai sehingga mencetuskan pergaduhan sesama sendiri.


Beliau berkata, Pas sentiasa re­a­lis­tik untuk bertanding di 130 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum kelak berdasarkan kepada kekuatan mereka yang mempu­nyai 195 kawasan di seluruh negara.

“Kita bertanding di atas dahan yang kukuh. Kita ada 195 kawasan, cawangan serta jentera yang kuat. Kami hanya bertan­ding 130 kerusi dan itu sasaran yang realistik dan berpijak di bumi yang nyata.

“PPBM pula biar mereka sendiri selesaikan masalah. Cuma apabila sebelum pilihan raya sudah bergaduh, bagaimana hendak membentuk kerajaan,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan majlis pecah tanah Kompleks Pendidikan Ibnu Aqil di Kampung Kubang Siput, Jalan Kodiang-Pauh di sini hari ini.

Yang turut hadir, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin; Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli.

Semalam, sekumpulan ahli PPBM Negeri Sembilan membuat kecoh semasa Konvensyen Pakatan Harapan selepas tidak ber­puas hati apabila hanya diberikan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding dalam PRU-14 di negeri itu.

Ahli-ahli PPBM tersebut dalam sidang akhbarnya selepas itu menjelaskan, mereka dengan tegas menolak penjelasan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang meminta mereka berkompromi dalam agihan kerusi yang akan ditandingi parti itu pada PRU-14.

Ketua Pemuda PPBM negeri, Mohd. Sharul Anuar Abu Samah dilaporkan berkata, parti itu ha­nya diberikan enam kerusi DUN yang dianggap berstatus ‘hitam’ iaitu sukar untuk mencapai kemenangan berdasarkan keputusan pilihan raya umum lalu.

Sebelum itu, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP menyindir hasrat Pas untuk bertanding di 130 kerusi Parlimen dalam PRU-14 dengan menyifatkannya sebagai angan-angan Mat Jenin.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata, beliau berharap isu peruntukan wakil rakyat Pas di Selangor dapat diselesaikan secara baik.

“Insya-Allah, Pas Selangor dapat menangani situasi tersebut dengan baik,” katanya. UTUSAN 

ROS masih siasat status CEC DAP

PUTRAJAYA 29 Jan. - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) masih lagi menjalankan siasatan mengenai aduan akar umbi DAP terhadap pemilihan semula Ja­watankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 12 November tahun lalu yang didakwa tidak sah dan tidak mengikut undang-undang ditetapkan.

Ketua Pengarahya, Surayati Ibrahim ber­kata, pihaknya ma­sih belum membuat sebarang ketentuan berhubung status CEC DAP dan kedudukan parti itu berikutan siasatan masih belum dilengkapkan.


“Setakat ini belum diputuskan (status sama ada CEC DAP sah atau tidak sah), ia masih lagi dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada siasatan status CEC DAP itu dapat dilengkapkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), be­liau hanya dengan ringkas berkata “adalah nanti.”

Semalam, akhbar Mingguan Malaysia menerusi ruangan Awang Selamat meminta ROS membuat ketentuan me­ngenai sta­tus pemilihan se­mula CEC DAP sama ada sah atau tidak kerana meliputi aduan daripada 16 perwakilan dan ahli DAP yang mahukan pemilihan semula diadakan.

Bantahan terhadap pemilihan CEC DAP pada 12 November 2017 itu melibatkan pelbagai isu termasuk kertas undi tidak diletakkan nombor siri dan nama calon, tiada pa­meran senarai nama calon di media dan proses pengiraan undi dibuat secara tertutup tanpa sebarang pemerhati dan wakil.

Antara yang membuat aduan kepada pihak ROS adalah Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Asam Kumbang, Santokh Singh yang mendakwa pemilihan semula itu tidak mengikut undang-undang ditetapkan.

Sebelum ini, CEC DAP didapati tidak sah dan terbatal oleh ROS sebanyak dua kali iaitu pada 15 Disember 2012 dan 29 September 2013. UTUSAN

Baiah dengan Allah pun mereka langgar, PAS persoal kontrak Amanah ikat calon


Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata beliau tidak percaya dengan akujanji pemimpin Amanah bagi menghalang calon parti itu lompat parti.

Menurutnya, pemimpin Amanah ketika bersama PAS dahulu juga pernah berjanji tidak lompat parti dan melakukan baiah (ikrar) atas nama Allah, namun tetap menyertai Amanah yang merupakan parti serpihan PAS susulan muktamar 2015.

“Kita ikat ahli kita dengan baiah, bukan dengan kita sahaja tetapi dengan Allah. Lalu parti Amanah pun kata, kami akan buat baiah. Tukang lompat akan buat baiah, aku tidak percaya.

“Tolong jangan kecewakan rakyat, PAS buat baiah, orang hendak lari kita tidak boleh buat apa-apa. Kita serah kepada Allah,” katanya dalam sebuah forum di Temerloh, malam tadi.

Sebelum ini, Amanah dan PPBM berkata mereka mengkaji cadangan kontrak untuk mengikat calonnya daripada melompat parti sekiranya menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad bagaimanapun berkata kontrak parti itu tidak seperti mana diamalkan PAS yang mensyaratkan seseorang wakil rakyat menceraikan isteri sekiranya lompat parti.

Lafaz taklik dan sumpah baiah yang diwajibkan ke atas calon PAS di Kelantan pada PRU antara lain menghendaki mereka yang memenangi kerusi kekal dengan parti itu, atau menceraikan isteri mereka dengan talak tiga.


Ia diperkenalkan ketika PAS bersama Semangat 46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah pada 1995 apabila kerajaan Kelantan berdepan cabaran ekoran tindakan beberapa wakil rakyat melompat parti.

PAS sebelum ini menuduh beberapa pemimpin Amanah melanggar baiah tersebut, termasuk Adun Salor, Datuk Husam Musa dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, tidak mustahil sekiranya calon-calon dari parti gabungan PH akan lompat parti dan menyertai PPBM sekiranya terdesak memandangkan memperoleh majoriti kerusi bertanding di Parlimen.

“Terus terang saya sebutkan, tidak mustahil bila parti baru ini dalam keadaan terdesak, mereka akan ambil sahaja calon. Kerusi ada tetapi calon tidak ada.

“Sesiapa sahaja yang kata, saya ahli setia akan dipilih menjadi calon. Lepas menang, lompat,” katanya.

Monday, 29 January 2018

Mukhriz Mahathir Tiada Semangat Patriotisme - DS Johari Baharum



 JITRA – Anggota Parlimen Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari Baharum menyifatkan tindakan  Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang malu mengaku dirinya rakyat Malaysia apabila berada di luar negara menunjukkan beliau tidak mempunyai semangat patriotisme dan tidak layak diangkat sebagai pemimpin.

Beliau berkata tindakan timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan bekas menteri besar Kedah itu juga menunjukkan beliau sebenarnya tidak  menghargai nikmat keamanan negara yang susah payah diperjuangkan pemimpin dan generasi terdahulu.

“Beliau sebaliknya hanya mementingkan agenda untuk meluaskan kuasa politik. Mukhriz tak faham  tentang susah senang kerana dia hidup dalam kemewahan (sebab bapanya dulunya wakil rakyat Kubang Pasu dan perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dia (Mukhriz) tidak tahu perjuangan sebab itu anak dia semua mengaji (belajar) di luar negara bukan di Malaysia, jadi macam mana nak ada semangat kenegerian (dan kenegaraan)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gelombang Askar Wataniah (GAW) Zon Utara di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik kenyataan Mukhriz yang mendakwa malu mengaku dirinya berasal dari Malaysia sewaktu berada di luar negara kerana kononnya negara ini sebagai bermasalah dan mempunyai imej yang teruk.

Mohd Johari yang juga timbalan menteri pertahanan berkata tiada sebabnya untuk seseorang itu malu mengaku sebagai rakyat Malaysia, sebaliknya patut berasa bangga kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang disegani di mata dunia.

"Saya baru balik daripada menghadiri satu mesyuarat di Bali, Indonesia yang turut dihadiri beberapa pemimpin negara Asean lain, mereka melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang hebat malah mereka kagum dengan kebolehan kita tangani masalah terorisme di negara kita.

“Sebab itu terorisme tidak boleh bertapak di negara kita dan anggota (keselamatan)  kita cekap tangani masalah ini, di rantau ini kita dapat tangani  masalah ini dengan baik, jadi nak kata malu itu memang tak adalah," katanya.

Sehubungan itu beliau meminta  orang ramai terutamanya golongan muda agar tidak melunturkan semangat patriotisme yang ada dalam diri masing-masing.

"Malaysia ini bukan dibangun oleh seorang perdana menteri sahaja, kita jangan lupa peranan Tunku Abdul Rahman Putra (perdana menteri pertama) yang menyatupadukan rakyat berbilang kaum, peranan Tun Abdul Razak Hussein (perdana menteri  kedua) yang membasmi kemiskinan melalui Dasar Ekonomi Baru.

“Dr Mahathir ini hanya naik (jadi perdana menteri) ketika negara sudah  berada dalam keadaan stabil… iaitu ketika asas-asas sebuah negara sudah dibangunkan oleh perdana menteri terdahulu," katanya yang pernah menjadi setiausaha politik  kepada Dr Mahathir.  - Bernama

Dakwa Islam Pecah Belahkan Masyarakat, Netizen Berang Dengan Marina

KUALA LUMPUR - Pengguna laman sosial dilaporkan semakin berang dengan sikap pemimpin Sister in Islam (SIS), Datin Paduka Marina Mahathir yang dikatakan sering mempersoal tentang agama Islam.

Majoriti daripada netizen menyatakan mereka berasa pelik dengan sikap aktivis liberal tersebut yang disifatkan sebagai kurang sensitif apabila berbicara tentang isu berkaitan agama Islam.

Marina, yang juga merupakan anak kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu mendakwa, negara Malaysia hanya akan maju sekiranya bersikap liberal dan menuduh Islamisasi hanya akan merosakkan negara.

Malah, menurut laporan media tempatan, Malaysia juga berada di ambang kemerosotan sekiranya meneruskan agenda Islamisasi yang bukan hanya memecahbelahkan masyarakat, tetapi menyuburkan keganasan.

Justeru, beberapa kecaman serta kritikan diterima beliau oleh netizen yang rata – rata marah dan tidak bersetuju dengan pandangan liberal Marina.

“Marina Mahathir, kamu tak payah keluarkan kenyataan yang menyakitkan hati. Jagalah rumahtangga kamu. Biarkan Tun M sahaja yang terlibat dalam politik,” tulis Zulfakar Mohd Derus.

“Apa kata, dia mati nanti jangan ada sesiapa orang Islam mandi, kapan, solat, dan kebumikan dia. Biar agama lain buatkan semua untuk dia,” tulis Ikhwan Abd Kahar.

Selain itu Singa Malaya berkata, Marina perlu kembali ke pangkal jalan dengan sikap dan perbuatannya selama ini yang menidakkan kebenaran Islam.

“Kamu mengunakan kemajuan Yahudi. Para saintis menyatakan bahawasanya al-Quran mendahului apa yang mereka perbuat. Hal ehwal duniawi Allah telah menyatakan kesemuanya. Berkemungkinan besar kamu tidak memahami yang tersurat apatah lagi yang tersirat.

“Kamu adalah satu-satunya wanita yang amat malang. Sungguh amat memilukan. Akhir kata sesat dihujung jalan kembalilah ke pangkal jalan,” katanya.

“Bagus kau nak maju.. tapi kalau taknak guna cara Allah, jangan kau guna otak kau, badan kau, hati kau, pulangkan dulu segala yang Allah punya.. selepas itu silakan kerana kau terlalu maju daripada Allah,” sindir Nick Kamil.

Terdahulu, Marina pada Khamis lalu mendakwa tindakan seorang lelaki menampar seorang wanita Muslim yang tular baru – baru ini kerana tidak memakai tudung di khalayak ramai, sebagai Islamisasi tidak positif atau sihat untuk negara.

Menyentuh mengenai buku Illusion of Democracy, Marina berkata, penerbitan itu memberikan ‘dukungan empirikal’ terhadap pendiriannya mengenai Islamisasi di Malaysia kerana “ia satu bentuk penjajahan, satu konsep yang selama ini tidak pernah diketahui tidak ganas.”



Malah, Marina menganggap kecaman terhadap ucap selamat kepada orang yang berlainan agama, membuktikan Islamisasi tidak hanya memecahbelahkan masyarakat, tetapi turut membawa kepada keganasan.

Jumpa Duta Negara EU, Tun M Tidak Hormat Peranan SPR



KUALA LUMPUR – Perbuatan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang dilaporkan mengadakan pertemuan dengan 16 duta negara Kesatuan Eropah (EU) kelmarin disifatkan sebagai tidak menghormati peranan dan tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguruskan proses demokrasi negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar dipetik berkata pada masa sama, tindakan duta-duta EU tersebut bertemu dengan parti pembangkang juga disifatkan tidak adil terhadap kerajaan selain mengundang campur tangan asing dalam urusan politik dalaman negara apabila beliau.

“Duta negara asing yang ditempatkan bertugas di sesebuah negara merupakan wakil rasmi kerajaan yang dihantar kepada kerajaan di negara yang mene­rima justeru, mereka sewajar­nya berurusan dan menghormati kerajaan di mana mereka ditauliahkan.

“Dalam suasana negara berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), wakil asing sewajarnya membuat kunjungan hormat kepada SPR jika ingin memahami perkara berkaitan urusan pilihan raya di negara ini,” katanya ketika dipetik media tempatan.

Beliau mengulas tindakan Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP, Dr. Mahathir mengadakan perjumpa­an dengan 16 duta negara EU kelmarin bagi menggesa mereka supaya memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan PRU-14 secara bersih dan adil,

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), wakil kedutaan asing diatur Wisma Put­ra mendapatkan taklimat dan penjelasan SPR tentang proses serta sistem urusan pilihan raya di Malaysia.

“Jika mereka tidak faham tentang proses dan sistem pilihan raya di Malaysia, maka mereka terjerumus membuat persepsi yang tidak tepat serta turut terpengaruh dengan fitnah dan dakyah politik yang tidak bertanggungjawab,” jelasnya.



Beliau juga bimbang situasi itu akan menyebabkan duta-duta asing akan membuat laporan berdasarkan penilaian dan tanggapan yang tidak tepat terhadap kerajaan.

Kami Tidak Diskriminasi Minyak Sawit, Sedia Bekerjasama - Duta Alam Sekitar Perancis

KUALA LUMPUR -- Perancis tidak mengamalkan sebarang langkah diskriminasi terhadap minyak sawit, malahan, negara Eropah itu bersedia untuk menimbang kemungkinan membangunkan agenda bersama dengan Malaysia mengenai isu berkaitan minyak sawit, kata Duta bagi Alam Sekitar, Jabatan Hal Ehwal Luar Negara Perancis, Xavier Sticker.

"Tiada larangan (terhadap minyak sawit) dikenakan, tidak ada pertimbangan untuk sebarang larangan. Perancis menentang sebarang langkah diskriminiasi terhadap mana-mana pertanian atau komoditi,” katanya kepada Bernama dan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris semasa lawatan rasmi beliau ke Malaysia baru-baru ini.

Beliau berkata memandangkan Perancis mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam teknologi hijau, kelestarian dan penebangan hutan dan Malaysia terlibat secara langsung dalam perladangan dan industri sawit, kedua-duanya boleh menggabungkan pengalaman mereka untuk menangani isu itu.

"Kami sedang menimbang prospek kerjasama dengan Malaysia bagi memastikan enapcemar daripada kilang sawit boleh dikitar semula dan digunakan bagi pengeluaran tenaga...Ini boleh meningkatkan penggunaan biojisim sawit untuk menjadi aset tambahan bagi negara dan dalam masa yang sama, memastikan pelepasan gas rumah hijau yang kurang daripada komoditi itu.

"Ini bermakna lebih banyak sumber akan dijana bagi negara, (dan dengan) kurangnya pelepasan (gas rumah hijau), ini akan membantu ke arah pembangunan kelestarian bagi negara, planet bumi dan penduduk,” katanya tanpa menyebut sebarang kerangka masa bagi kerjasama itu.

Mengenai keputusan larangan biofuel berasaskan minyak sawit oleh Parlimen Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini, Sticker tidak memberikan jawapan secara langsung tetapi menegaskan Perancis menentang sebarang langkah diskriminasi terhadap mana-mana pertanian atau komoditi.

"Pada peringkat ini, sudah tentunya, EU perlu menyusun semula arahan tenaga boleh diperbaharui (RED), yang komited untuk mengurangkan pelepasan karbon sekurang-kurangnya 40 peratus menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata Perancis tidak membantah biofuel generasi pertama yang ketika ini diguna pakai di EU, dan tidak ada masalah untuk mengekalkan maksimum tujuh peratus biofuel berasaskan tanaman dalam pengangkutan jalan raya dan kereta api.

"Apa yang penting sekarang adalah untuk meningkatkan paras (sumber boleh diperbaharui) dalam biofuel generasi kedua,” katanya.

Walaupun Perancis menyokong mengguna pakai biofuel generasi kedua, di mana penggubal undang-undang EU mencadangkan sasaran pengangkutan bahan api boleh diperbaharui ditingkatkan kepada 12 peratus bagi 2030 daripada 10 peratus sekarang, Sticker berkata negara itu tidak mengurangkan penggunaan minyak sawit dalam makanan serta penggunaan perindustrian.

"Kami menggunakan secara konsisten komoditi itu dalam sektor perindustrian kami serta barangan pengguna,” katanya.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Perancis di Malaysia, sektor-sektor yang menggunakan minyak sawit adalah agro makanan,kimia, komestik serta tenaga (biofuel) dan dianggarkan 60 peratus import minyak sawit di Perancis adalah bagi tujuan teknikal dan perindustrian (terutamanya biofuel) dan 40 peratus bagi pengeluaran makanan.

Data itu juga menunjukkan eksport minyak sawit Malaysia ke Perancis meningkat dua kali ganda kepada 629 tan metrik pada 2017 daripada 303 tan metrik pada 2016, yang menyumbang enam peratus daripada jumlah import negara-negara Eropah, di mana Eropah, yang merupakan pengimport kedua terbesar Malaysia bagi minyak sawit, mengimport 1.99 bilion tan metrik pada 2017, daripada 2.06 bilion tan metrik pada 2016.

Sticker mengetuai delegasi yang terdiri daripada 30 wakil daripada kementerian Pertanian, Agro Makanan dan Perhutanan Perancis serta penyelidik minyak sawit ke Malaysia, di tengah-tengah kebimbangan dalam kalangan pekebun kecil minyak sawit Malaysia terhadap undian Parlimen EU baru-baru ini untuk menghentikan secara berperingkat penggunaan minyak sawit daripada 2021 dalam RED baharunya.

Keputusan akhir akan dibuat semasa mesyuarat tiga pihak bersama dengan Majlis EU dan Suruhanjaya Eropah.

Langkah penggubal undang-undang EU itu mencetuskan rasa tidak puas hati di Malaysia kerana cadangan larangan itu dianggap sebagai satu keputusan “tidak adil dan diskriminasi” yang boleh menjejaskan 650,000 pekebun kecil sawit dan masa depan berjuta-juta rakyat Malaysia yang bergantung kepada industri itu sebagai mata pencarian mereka.

Selain itu, di bawah langkah-langkah yang dirangka tersebut, hanya biofuel berasaskan sawit yang akan dihentikan secara berperingkat daripada campuran tenaga EU bermula 2021, manakala bahan api berasaskan tanaman lain akan dilarang pada 2030.

"Kami bersedia untuk mendengar dan memahami realiti, cabaran, serta pencapaian dalam bidang-bidang ini,” katanya.

-- BERNAMA

Michelle Yeoh Puji Usaha Najib Perjuang Isu Rohingya

COX’S BAZAR – Seniwati Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, yang juga Duta Muhibbah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDP), memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia kerana berusaha membantu  pelarian Rohingya, termasuk memperjuangkan nasib mereka.

Beliau berkata Najib dan Malaysia melaksanakan usaha mengagumkan berhubung perkara itu dan sebagai negara berjiran, Malaysia amat perlu membantu masyarakat Rohingya yang mengalami penderitaan dan penindasan di Myanmar.

“Kami amat bangga dengan hakikat bahawa beliau adalah orang yang mula-mula sekali memperjuangkan perkara itu sebagai jiran yang baik dan melakukan perkara yang tepat sebagai manusia. PM  kita mempamerkan ciri kepimpinan yang sungguh hebat bersama-sama kerajaan Bangladesh serta rakan kita di (Arab) Saudi dan UAE (Emiriyah Arab Bersatu),” kata Yeoh kepada pemberita semasa melakukan  lawatan ke kawasan pelarian Rohingya di sini pada Sabtu.

Yeoh adalah antara  anggota delegasi khas Malaysia ke Cox’s Bazar yang diketuai Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohammed Noor. Rombongan itu melawat Hospital Medan  Malaysia yang memulakan operasinya pada 31 Nov lepas dan kem pelarian Balukhali, yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari hospital itu.

Yeoh berkata pemergian delegasi itu adalah mewakili Najib dan akan mengemukakan laporannya kepada beliau sebaik sahaja mereka pulang ke tanah air.

“Kedatangan kami ke sini sangat penting...kerana apa yang dialami orang Rohingya sungguh menyedihkan dan amat tragik. Ia tidak boleh dibiarkan. Setiap daripada mereka patut menikmati hak asasi manusia seperti yang sewajarnya diberi kepada mereka.

Mereka begitu terdesak hingga terpaksa meninggalkan kampung halaman dan menjalani kehidupan dalam keadaan begini. Kami akan cuba mengetengahkan masalah ini,” katanya.

Menurut  Yeoh, beliau dimaklumkan bahawa 1.2 juta anggota masyarakat Rohingya tersingkir dari tanah air mereka dan dunia perlu berganding bahu untuk membantu mereka.

“Mereka tidak mempunyai rumah dan tempat untuk dituju. Mengapakah mereka takut untuk pulang? Perdana Menteri kita menghantar kami melalui misi ini.

"Pandanglah semua muka mereka di sini (pelarian), perhatikanlah keadaan mereka. Mereka sedang berhempas-pulas untuk terus hidup. Saya rasa penjagaan terbaik ialah dengan mengadakan untuk mereka kemudahan sanitasi, air bersih.

"Malam yang indah, tak ada hujan monsun, keadaan mereka lebih baik sedikit, tetapi ini bukanlah keadaan yang ingin dilalui seseorang setiap hari sepanjang hayatnya.

Semua kerja keras ini amat perlu diteruskan. Penghormatan tertinggi saya kepada semua NGO, Pertubuhan Bangsa Bersatu, Palang Merah dan semua yang ada di sini.

"Inilah caranya untuk anda menunjukkan kepada orang Rohingya bahawa mereka mempunyai harapan sebab kita mengambil peduli dan boleh membantu mereka untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik...itulah juga mesej daripada PM kami.

"Kami semua akan berganding bahu untuk mencipta masa depan dan dunia yang lebih sejahtera untuk masyarakat Rohingya,” kata beliau.

Yeoh berkata Najib juga menyampaikan ucapan terima kasih beliau yang tulus ikhlas kepada semua  wira Malaysia yang keluar masuk ke hospital medan di sini.

“ Ia baru saja bermula dan mereka melaksanakan tugas dengan cemerlang. Saya berharap, apabila kami pulang dan memberi laporan kepada beliau (Najib) nanti, kami akan maklumkan tentang kerja penting yang telah dilaksanakan dengan cemerlang, demi kesejahteraan masyarakat Rohingya dan semua yang tinggal di sini. Ia seperti memberi perkhidmatan kecemasan,” katanya.

Pada satu majlis di Pangkalan Udara Subang semalam, Najib melepaskan secara rasmi Misi Bantuan Kemanusiaan Rohingya dan delegasi khas untuk melakukan lawatan ke hospital medan Malaysia di Cox’s Bazar.

Pasukan itu dianggotai 57 wakil daripada Pejabat Perdana Menteri, Angkatan Tentera Malaysia dan tujuh petugas media.

Misi itu akan membuat penilaian tentang kesan daripada bantuan yang diberi Malaysia setakat ini, di samping memastikan hospital berkenaan akan dilengkapi kemudahan secukupnya bagi menangani perkara berkaitan perubatan yang melibatkan pelarian Rohingya.

Dalam perjalangan mereka dari pangkalan udara Subang, rombongan itu mendarat di lapangan terbang Chittagong dan menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada kerajaan Bangladesh, sebelum meneruskan perjalanan ke Cox’s Bazar.



- Bernama

Resolusi persidangan mengenai Baitulmaqdis

Persidangan Meja Bulat Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmaqdis yang diadakan di sini, selama dua hari bermula semalam.

1. Merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas penganjuran persidangan sebagai satu keprihatinan kepada Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa yang berdepan pelbagai ancaman kesan keputusan Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan Presidennya, yang mengiktiraf Al-Quds sebagai ibu negara Zionis.

2. Mengecam keganasan dan tindakan melampau Zionis yang menahan dan menyekat ulama Palestin untuk hadir ke persidangan ini. Negara Islam diseru menganjurkan pelbagai persidangan dan perjumpaan untuk membantu

Al-Quds, Masjid Al-Aqsa serta penduduk Palestin sebagaimana dilakukan Malaysia.

3. Menzahirkan penolakan terhadap kenyataan Presiden AS yang diibaratkan seperti menjolok sarang tebuan dan bertegas bahawa Al-Quds adalah ibu negara Palestin dan ia adalah hak seluruh umat Islam. Persidangan juga bertegas ke atas kenyataan ini kerana ia bukan sahaja tidak patuh syariat, bahkan melanggar undang-undang serta bercanggah dengan perjanjian dan perundangan antarabangsa kerana ia adalah perjanjian daripada pihak yang tidak berautoriti.

4. Menghargai pendirian jumhur ulama yang membantah kenyataan Presiden AS berkenaan isu Al-Quds. Persidangan juga menggesa seluruh negara Islam meneruskan pendirian mereka untuk terus melakukan penentangan.

5. Menegaskan bahawa haram bersekongkol dengan sebarang usaha yang dibentuk dengan kerajaan Zionis sama ada dalam bidang politik, ekonomi, pengetahuan dan juga media, secara langsung mahu pun tidak. Persidangan menyeru untuk memutuskan segera sebarang bentuk hubungan yang wujud secara langsung dengan kerajaan Zionis atau pihak yang ada kaitan dengan Zionis di pelbagai peringkat, sama ada bidang politik atau ekonomi. Persidangan menyeru untuk menyenaraikan mana-mana individu dan organisasi yang mendapat sebarang bentuk bantuan daripada Zionis, seterusnya memberi amaran kepada mereka serta memutuskan hubungan dengan mereka.

6. Memberi perhatian penuh terhadap Memorandum Ulama Dunia dalam berhadapan dengan neutralisasi secara holistik. Persidangan juga menyeru para ulama, ahli politik dan pihak yang berautoriti supaya memberi perhatian dan komitmen dari sudut pemikiran, budaya dan pendidikan, selain menggesa biro pelaksanaan dibentuk bagi tujuan memboikot neutralisasi hubungan Zionis dengan negara Islam.

7. Menuntut pihak berkuasa Palestin agar bersatu-padu dengan gerakan pembebasan dan menghentikan segala bentuk hubungan dan perjanjian antara rejim Zionis dan pentadbiran

AS.

8. Menggesa negara Islam supaya bersatu-padu dalam memperkasakan ruang perdagangan dan ekonomi, antaranya menyokong projek wakaf, penempatan, pendidikan dan aktiviti lain.

9. Menghargai usaha yang dilakukan antara Malaysia-Turki dengan institusi Al-Quds dalam penganjuran pelbagai persidangan ke arah memperkukuh usahasama dengan seluruh negara Islam dari segala aspek termasuk sosial, ekonomi, kebudayaan, agama dan sebagainya.

10. Memberi penghormatan kepada saudara Islam di Palestin yang melaksanakan kawalan di Al-Quds dan Al-Aqsa, serta kepada para mujahidin di Palestin. Persidangan juga menzahirkan rasa hormat kepada para tahanan khususnya kepada keluarga AsySheikh Raid Solah yang berada dalam tahanan rejim Zionis. Persidangan menegaskan bahawa para ulama dan pendakwah berdiri dalam satu saf bersama dengan mereka dalam menghadapi rejim Zionis sehingga mencapai kemenangan dan pembebasan dengan izin Allah.

11. Persidangan juga menolak sebarang perjanjian termasuk Perjanjian Oslo dan persepakatan lain yang tidak membawa keuntungan kepada umat Islam.

12. Menyeru sektor pendidikan di setiap negara untuk menjadikan isu Palestin sebagai sebahagian daripada silibus pengajaran dan pembelajaran, serta dibantu oleh saluran penerangan secara holistik dalam mempertingkatkan kesedaran mengenai Al-Quds.

13. Mencadangkan 2018 diisytihar sebagai Tahun Al-Quds dan menyeru umat Islam

menyediakan pelan tindakan untuk membebaskan Palestin melalui pembentukan jawatankuasa bersama antara badan ulama dan institusi mereka bagi melaksanakan pelan berkenaan secara menyeluruh.

14. Menyeru agar dilancarkan program di bawah anjuran para ulama untuk memberikan kesedaran sehingga terbebasnya Palestin di arena tempatan dan antarabangsa. Persidangan juga menyeru supaya satu jawatankuasa bersama dibentuk untuk memastikan segala tindakan dan keputusan ini dapat dijalankan- BH

Bahan Propaganda Recycle Pembangakang Kini di Whatsapp



Antara gerak kerja cytro pro-pembangkang (yang bebetul bekerja dan bukannya kaki tulis merapu kat fb lepas tu mengaku depa cytro pembangkang) adalah menyebar semula bahan propaganda yang mereka hasilkan pada PRU-13 dahulu melalui medium whatsapp.

Ketika PRU-13, pengggunaan whatsapp di kalangan rakyat Malaysia masih rendah tetapi statistik kini menunjukkan rakyat Malaysia antara tertinggi di dunia menggunakan aplikasi ini.

Ada dari kalangan sahabat saya yang bukan berlatarbelakangkan politik tunjuk kepada saya video-video propaganda pembangkang seperti video beri kad pengenalan kepada warga Bangladesh (Malaysia, Truly Asia) dan sebagainya.

Saya faham yang sahabat saya ini tidak pernah melihat video tersebut kerana circle media sosial beliau adalah agak terhad kepada kumpulan tertentu sahaja.

Lebih-lebih lagi apabila Facebook kini menggunakan algoritma yang lebih rigid dengan menghadkan posting-posting yang berkaitan dengan corak minat kita sahaja penuh di timeline kita.

Bagi pihak aktivis media sosial pro-kerajaan pula, mereka telah berulang kali menjawab dan mendedahkan fitnah-fitnah yang cytro pro-pembangkang sebarkan di FB/Twitter/Youtube/Blog pada PRU-13 yang lepas tetapi adakalanya mesej ini tidak dapat menembusi rangkaian mereka yang tidak berminat dengan politik. (Faktor algoritma Facebook)

Pihak cytro pro-pembangkang sedar perkara ini dan mereka mula ‘recycle’ kembali bahan-bahan mereka untuk disebarkan melalui medium Whatsapp dan mereka yang pertama kali melihat bahan propaganda ini agak terkesan.

Political cyberwarfare dengan ini dianggap telah beranjak dari Facebook kepada Whatsapp dengan pelbagai fitnah lama, poster lama dan video lama yang dihasilkan oleh cytro pro-pembangkang digunapakai semula.

Apa yang penting adalah bagi pihak kerajaan dan Barisan Nasional untuk terus menerus menjawab dan mendedahkan fitnah serta tohmahan tersebut walaupun telah berulang kali dijawab dan diterangkan.

Saya percaya menjelang PRU-14, cytro pro-pembangkang akan mula ‘recycle’ kembali isu-isu 1MDB yang telahpun dijawab dengan begitu menyeluruh oleh pelbagai jentera parti dan kerajaan.

#KekalNajib
#KamiGengNajibRazak


SUMBER: https://www.facebook.com/raziz2.0/posts/10215561737742227

Undang-undang baharu kekang berita palsu - Najib Razak

KOTA BHARU 28 Jan. - Kerajaan akan mengkaji satu undang-undang baharu bagi mengekang penularan berita palsu di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun berkata, undang-undang baharu tersebut bukan beertinya kerajaan akan mengawal sepenuhnya internet.


“Berita palsu merupakan satu ancaman kestabilan politik dan ketenteraman awam. Rakyat boleh merusuh dan membenci disebabkan tindakan seperti ini.

“Kita tidak mahu berita palsu tersebar luas tetapi  bukan beerti kita akan kawal internet, sebagai contoh dulu ketika (Pilihan Raya Umum ke-13) mereka kata ada 40,000 pengundi Bangladesh tetapi sampai sekarang tidak ada bukti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Perdana Menteri bersama kakitangan awam di Wisma Persekutuan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Yahya Mamat. - UTUSAN ONLINE




Malaysia kaji semula beli barangan EU susulan sekatan sawit - Zahid Hamidi

BAGAN DATUK: Kerajaan akan mengkaji semula pembelian barangan daripada negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) susulan cadangan blok ekonomi dan politik itu mengharamkan biobahan api berasaskan minyak sawit menjelang 2020, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sesebuah negara yang kita import peralatan perdagangannya, jika mereka mengambil keputusan memboikot minyak kelapa sawit, maka kerajaan kita juga akan menghentikan pembelian dari negara berkenaan.

“Mereka melakukan pelbagai usaha pemasaran supaya kita membeli barangan mereka, tetapi barangan kita (mereka) tidak mahu beli. Malaysia bukanlah negara yang boleh diperkotak-katikkan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hello Komoditi Bagan Datuk semalam.

Menurut Zahid, jika diluluskan EU, cadangan itu boleh menjejaskan pendapatan kira-kira 500,000 pekebun kecil sawit di seluruh negara.


Malah, tegas beliau, keputusan itu boleh dianggap satu diskriminasi yang menjejaskan permintaan terhadap minyak sawit sebagai antara penyumbang eksport produk berasaskan komoditi terbesar dengan nilai RM71.5 bilion pada tahun lepas.

Timbalan perdana menteri turut memberi jaminan kerajaan akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan masa depan sektor minyak sawit Malaysia terpelihara.

“Sektor komoditi minyak sawit merupakan tulang belakang utama yang mana sektor ini bukan sahaja menyumbang dari segi meningkatkan pendapatan negara, bahkan merupakan salah satu kegiatan ekonomi rakyat.

“Kerajaan telah memberi perhatian khusus kepada kemajuan sektor pekebun kecil sawit supaya pengeluaran hasil serta produktiviti buah sawit yang berkualiti dapat ditingkatkan dan seterusnya menambah pendapatan pekebun kecil,” katanya.

Beliau mengulas resolusi Parlimen EU pada 17 Januari lepas menerusi Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui yang mensyaratkan hanya minyak sawit dihasilkan secara lestari boleh diimport ke pasaran negara anggota blok itu selepas 2020.




Keluar kalau tak bangga jadi rakyat Malaysia



KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata penjawat awam lebih patriotik daripada sesetengah pihak tertentu kerana sentiasa setia dan berdiri teguh di belakang kerajaan yang mampu menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.

Najib berkata tiada pihak lain yang mampu berbuat demikian sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah negara ketika ini.

“Jangan sampai tak bangga jadi rakyat Malaysia. Kalau tak bangga pi lah orang Kedah kata, pi jauh-jauhlah, tak payah (tinggal) di sini. Dia dah kaya, keluarga dah kaya, abang yang ada kereta mewah 23 buah (dan) tersenarai antara orang yang terkaya di Malaysia. Apa lagi dapat kontrak daripada Petronas berbilion-bilion.

“Apa lagi tuan-tuan? Nak marah apa lagi kepada Malaysia? Malaysia ini tempat rezeki kita sebenarnya. Tempat kita lahir, tempat kita dapat rezeki dan Insya-Allah tempat kita disemadikan bila sampai masanya. Inilah Malaysia yang kita bina melalui semangat patriotik,” katanya ketika berucap pada majlis pertemuan bersama penjawat awam persekutuan dan negeri di perkarangan Wisma Persekutuan hari ini.

Majlis yang dihadiri lebih 10,000 penjawat awam itu turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Asyraf Wajdi Dusuki

Perdana menteri berharap agar penjawat awam tidak melakukan kesilapan dan dapat berfikir secara waras serta tidak menggadaikan prinsip perjuangan dan moral semata-mata untuk memenuhi kehendak peribadi.

“Janganlah sebab tak dapat kehendak kita, peribahasa sebut, marah pada nyamuk, rumah yang nak dibakar. Rumah ini kerajaanlah, kerajaan selama yang ini kita dapat segala faedah, (yang) selama ini hak itu pun dia nak runtuhkan.

“Kerana apa? Kerana dia tak dapat kehendak tertentu dia. Ini bukan soal peribadi. Ini masa depan kita, masa depan setiap daripada kita, anak cucu kita.

“(Sekarang ini) orang PAS pun dah faham dah, (mereka) diperkudakan oleh pihak tertentu. Ini nak berpaut dengan orang tu, nak peluk dengan orang yang kita sendiri pernah kutuk dan dia kutuk kita. Di mana letaknya prinsip, di mana letaknya pertimbangan kita untuk bangsa, agama dan negara,” katanya.

Beliau turut mengingatkan penjawat awam agar tidak mudah percaya dengan janji manis yang ditaburkan pihak tertentu yang cuba meraih sokongan mereka terutama menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Tuan-tuan penjawat awam tentulah faham bahawa dalam sistem kita, kita tak boleh belanja lebih daripada pendapatan. Ini ada pula dalam cakap-cakap mereka, nak mengecutkan saiz perkhidmatan awam. Ada yang kata hina penjawat awam, kata kucing kuraplah, apalah…nak kurangkan saiz penjawat awam. Saya nak beritahu kerajaan pimpinan saya tak akan kecutkan saiz perkhidmatan awam.

“Ini pembangkang kata kita nak mansuhkan GST. Mana nak dapat RM44 bilion? Jangan mansuh GST lepas itu cukai lain pula dikenakan. Banyak yang tipu (dengan janji pembangkang),” kata Najib.

Perdana menteri turut melahirkan keazaman untuk meletakkan Malaysia sebagai antara 20 negara terbaik dan terunggul di dunia jika terus diberi mandat oleh rakyat serta mendapat sokongan padu daripada penjawat awam.

“Tak ada sebab mengapa kita tak boleh sampai, mengisi impian kita. Tapi kita kena melangkah satu ‘jambatan’ dahulu. Bila kita dah melintas jambatan, sudah menyeberang ke sana, (kita boleh bina) kerajaan yang bukan sahaja stabil, malah kuat dan kukuh.

“Tuan-tuan adalah merupakan ‘opinion leaders’ (individu atau pertubuhan terkemuka yang berkemampuan mempengaruhi orang lain) dan sebagai penjawat awam tuan-tuan boleh mempengaruhi orang lain juga,” katanya.

Pada majlis sama, Najib turut mengulangi beberapa kejayaan Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain seperti Arab Saudi dan Amerika Syarikat sehingga Malaysia terus dipandang tinggi oleh masyarakat dunia. BERNAMA

Sunday, 28 January 2018

Kesatuan Eropah Dan Tun Mahathir Pengkhianatan Peringkat Tertinggi kepada Warga FELDA

To be fair, perjumpaan antara PH dengan duta-duta negara-negara Kesatuan Eropah (EU) tidaklah sampai “mengundang campur tangan asing”. Tapi ia juga bukan tanda sokongan pemimpin-pemimpin dunia terhadap PH seperti dalam mimpi para penyokong PH.

Apa yang berlaku ialah pemimpin PH minta EU mendesak PM agar membenarkan EU menghantar rombongan pemantau pilihanraya (“election monitors/observers”) untuk memantau PRU14 demi memastikan ia dijalankan secara bebas dan adil (“free and fair”).

Tengok hah level pemikiran Tun, memang tak sama dengan anda semua. Buat apa selama ni susah-susah turun jalan berdemonstrasi kena tembak gas demi “pilihanraya free and fair”, jumpa saja duta EU. Sebab tu lah anda bukan Tun.

Tapi PM juga yang akan call the shot. Kalau kerajaan tak isukan jemputan, EU pun tak boleh nak hantar pasukan pemantaunya.

Cuma, mengapa EU?

Negara kita sedang “berperang” dengan EU pasal larangan import EU ke atas minyak kelapa sawit, satu larangan yang bakal menjejas pendapatan ribuan pengusaha kelapa sawit di Malaysia dan Indonesia. Sekarang kita pula pergi beri “leeway” dan “leverage” kepada musuh.

Kalau anda ada sedikit pemahaman tentang geopolitik antarabangsa, anda akan tahu apa itu EU. Tun pun tahu what EU stands for. Dalam buku “Globalization and the New Realities” (2002), Tun sendiri menyifatkan EU sebagai satu projek penjajahan baru: “the European nations come together to continue their grip on international affairs, to impose its will on the rest of the world” (halaman 207).

Itulah EU menurut Tun. Tapi sekarang Tun mengundang jentera EU untuk menjejaki negara kita? Saya hanya mampu berharap ia sekadar cadangan dari ahli PH yang tak arif tentang hal ehwal antarabangsa.

EU bukan saja-saja nak mewujudkan pemantau pilihanraya. EU ada dia punya agenda untuk mencorakkan dunia menurut acuannya. EU promote demokrasi melalui pendekatan “regime change”, menghantar pemantau ke negara-negara yang mempunyai nilai strategik untuk memastikan keputusan memihak kepada mereka atau sekurang-kurangnya EU mempunyai hak bersuara. Negara-negara seperti Kosovo. Seperti negara-negara Afrika. Seperti Myanmar. Seperti Ukraine.

Campur tangan EU dalam politik Ukraine (peristiwa Euromaidan 2014) menyebabkan Ukraine berpecah ke kem pro-EU yang diketuai oleh Poroshenko-Tymoshenko dan kem pro-Russia yang diketuai oleh Yanukovych. Rusuhan, keganasan dan perang saudara meletus. Disebabkan pergolakan di Ukraine, pesawat MH 17 ditembak jatuh. Kesejahteraan rakyat Ukraine digadaikan gara-gara perebutan kuasa yang membuka ruang dimanipulasi kuasa-kuasa asing.



Saya tak ingat apa sumbernya, tapi setahu saya ada satu kisah di mana Muawiyah didampingi wakil Kerajaan Byzantine (Rum). Wakil Byzantine ingin menawarkan bantuan kepada Muawiyah dalam perangnya dengan Saidina Ali. Namun Muawiyah reject terus offer tersebut dan memberi amaran kepada Byzantine untuk tidak bercampur tangan dalam urusan umat. Walaupun ramai kata Muawiyah rakus dan tamakkan kuasa, tapi sekurang-kurangnya ada “bottom line”.

Jadi berpolitiklah macam mana pun, jangan sesekali melibatkan aktor negara asing. Bab-bab politik ni saya neutral, cuma saya tak mahu negara kita menjadi Ukraine yang seterusnya. Berhikmah dalam berpolitik, demi kebaikan bersama.

SUMBER

Saya lebih awal makan dedak Mahathir - Ibrahim Ali


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini mengaku ambil dedak daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika masih berkhidmat dalam kerajaan.

“Tidak sedikit jasa Dr Mahathir kepada saya. Ketika saya sertai Umno, tak sampai sebulan saya dilantik jadi ahli majlis tertinggi Umno.

“Beliau sayang dan tolong saya dalam hidup saya. Saya dapat dua atau tiga projek yang saya minta dan Dr Mahathir luluskan.

“Jadi maknanya, saya makan dedak lebih awal daripada yang lain,” katanya dalam satu forum yang disertai Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Dedak dalam bahasa Melayu bererti kulit padi yang dijadikan makanan ayam atau itik. Ia juga membawa erti rasuah atau habuan yang diberikan atas kesetiaan.

Ibrahim menyertai Umno pada 1981 dan dilihat rapat dengan Dr Mahathir. Bagaimanapun, beliau menyertai parti serpihan Umno iaitu Semangat 46 pada 1988 dan 1991 ketika terjadi rebutan kuasa antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Kembali kepada Umno

Ibrahim berkata beliau tetap mendapat layanan baik daripada Dr Mahathir selepas kembali kepada Umno pada 1991.

“Pada 1992, saya dihantar ke mesyuarat sidang kemuncak di Rio De Jeneiro meskipun saya tak ada jawatan politik selain sebagai anggota parlimen,” katanya.

“Saya boleh berjalan seluruh dunia.. termasuk Argentina, Brazil, Uruguay dan Paraguay,” katanya.

Oleh kerana itu, menurut Ibrahim lagi, ramai yang dengki terhadap beliau.

Beliau juga menegaskan masih menghormati Dr Mahathir, namun untuk kepentingan orang Melayu dan Islam, beliau tidak dapat menyokong bekas perdana menteri itu.

Ibrahim disingkirkan dari Umno oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi empat bulan sebelum pilihan raya umum 2004 kerana bertegas untuk bertanding meski tidak dicalonkan oleh Umno.

Ibrahim bertanding sebagai calon bebas melawan Umno dan PAS di Pasir Mas namun tewas.

Beliau kemudian bertanding dengan tiket PAS pada pilihan raya umum 2008 dan menjadi anggota parlimen Pasir Mas.

Ibrahim seterusnya menubuhkan badan pejuang hak Melayu PERKASA.

Pada PRU 2013, Ibrahim sekali lagi bertanding sebagai calon bebas menentang PAS selepas berjaya meyakinkan calon Umni untuk tarik diri, namun beliau tewas.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/410254#upoIAsiD7m7tg1ZS.99

Mahathir tak pernah benarkan pembangkang bertemu duta asing - Hishammuddin Hussein



Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengecam tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengetuai pertemuan Pakatan Harapan (PH) dengan duta negara Kesatuan Eropah (EU) di Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Beliau berkata tindakan bekas perdana menteri itu disifatkan sebagai tidak berpegang kepada prinsipnya yang sebelum ini tidak membenarkan pertemuan antara pembangkang dan duta asing di negara ini semasa pentadbirannya selama 22 tahun.

“Saya ingat lagi…walaupun tidak ada pertimbangan politik, nak bincangkan pasal hubungan dua hala oleh pihak pembangkang dengan duta asing pun, dia marah betul.

“Tetapi, sekarang ini dia pula buat. Cakap tidak serupa bikin,” katanya mengulas tindakan pengerusi PPBM menggesa duta EU memberikan tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengadakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) secara bebas dan adil.

Hishammuddin berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) Fasa 5 SAKJ Taman Sri Lambak dan SAKJ Paloh 2 hari ini.

Beliau, yang menjadi menteri belia dan sukan di bawah Kabinet Dr Mahathir dari 1999 hingga bekas perdana menteri itu meletak jawatan pada 2003, mendakwa selain pembangkang, duta asing juga disekat daripada bertemu dengan menteri Kabinet untuk bincang isu dua hala.

“Walaupun sudah diperjelaskan tidak ada topik perbincangan politik tetapi tetap dihalang,” katanya.

Dalam pertemuan selama 2 jam itu, EU disertai 14 duta dan 3 kuasa usaha tetap di kediaman Ketua Delegasi EU ke Malaysia, Maria Castillo Fernandez.

Dalam pertemuan itu, PH juga menggesa negara-negara Eropah memohon kepada kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menghantar pemantau pilihan raya antarabangsa untuk PRU14.

‘Remaja dituduh curi telefon guru sekarang mati otak’


GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak Tingkatan 2 yang menggantung dirinya selepas diaporkan dituduh mencuri telefon bimbit gurunya minggu lepas sekarang mati otak dan diberi sistem sokongan hidup, kata seorang aktivis hari ini.

Presiden Tamilar Kular Malaysia, David Marshel Pakianathan berkata, M Vasanthapirya, 13, mengalami kegagalan organ dan sedang menjalani rawatan rapi di Hospital Seberang Jaya.

“Doktor beritahu saya ginjal dan hatinya sudah gagal,” kata David, seorang ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang membantu keluarga Vasanthapiriya, kepada FMT.

“Kami berdoa untuk suatu keajaiban, memohon dia selamat dan beritahu kami apa yang sedang dia lalui,” katanya.

Difahamkan polis dan jabatan pendidikan sedang menyiasat perkara itu.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli keluarga di Balai Polis Prai, Vasanthapiriya, seorang pelajar di SMK Methodist di Nibong Tebal, dipanggil untuk disoal siasat oleh 3 guru pada 2.00 petang Rabu lepas.

Salah seorang daripada mereka, seorang wanita berusia 40-an, menuduh dia mencuri telefon bimbit iPhone 6 miliknya, kata laporan itu.

Selepas remaja itu menafikan mencuri telefon bimbit, seorang lagi guru didakwa memukul belakang tubuhnya di hadapan pelajar-pelajar lain.

Remaja itu kemudian didakwa dikurung dalam sebuah bilik di kuarter pejabat guru selama 5 jam, tanpa makanan atau dibenarkan ke tandas.

Pada 6.45 petang, suami guru yang hilang telefon bimbit itu tiba di sekolah. Pasangan itu mengancam akan membawanya ke polis kalau tidak mengaku mencuri, menurut laporan itu.

Mereka kemudian membawa Vasanthapiriya ke rumahnya yang terletak berdekatan untuk bertemu ibu bapanya. Remaja itu kemudian lari ke biliknya, sementara ibu bapanya dan penuduhnya keluar rumah untuk menyelesaikan perkara itu, menurut laporan itu.

Ketika itulah Vasanthapiriya cuba membunuh diri. Setibanya di rumah pada 8.20 malam, bapanya memecah pintu bilik apabila Vasanthapiriya tidak menyahut.

Dia didapati tidak sedarkan diri tetapi masih hidup, tergantung pada seledang yang diikat pada paip pendingin hawa, dan kakinya tersentuh pada lantai.

Ibu bapanya yang terkejut juga temui nota bunuh diri yang ditulis atas kertas dari buku latihan sekolahnya.

“Cikgu (nama dirahsiakan) saya tidak ambil telefon bimbit cikgu,” tulis Vasanthapiriya dalam Bahasa Tamil, bersama ucapan selamat tinggal kepada ibu bapa dan neneknya.

Ibu bapanya membawa dia ke Hospital Sungai Bakap untuk dirawat, dan dia kemudian dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya.

Kumpul RM70 untuk hari lahir guru

Sementara itu, seorang kawan rapat Vasanthapiriya mendakwa penuduh mungkin mengesyaki Vasanthapiriya selepas melihat rakaman CCTV yang memaparkan seseorang berambut panjang sepertinya di pejabat guru.

Kawan itu berkata guru itu semakin sangsi apabila remaja itu pergi ke pejabat untuk meletakkan buku latihan di mejanya

“Dia kumpul buku latihan dari kami dan dia secara sukarela mahu meletakkannya di meja guru. Jadi, saya rasa sebab itu guru mengesyaki Vasanthapiriya.

“Apa yang menghairankan ialah selepas semua itu guru itu nampaknya ada iPhone semula. Kami tak pasti sama ada dia sudah temui telefon bimbit itu atau beli telefon baru,” kata kawannya yang minta namanya dirahsiakan.

Kawannya itu juga berkata 2 hari sebelum kejadian, Vasanthapiriya mengumpul RM70 dari kawan-kawannya untuk mengadakan sambutan hari lahir untuk penuduhnya.

“Bapanya seorang tukang masak yang bagus. Jadi dia beri wang tu pada bapanya untuk masak lauk-pauk dan bawa ke sekolah untuk makan dan sambutan hari lahir di sekolah,” katanya.


Ringgit dijangka terus mengukuh berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka terus mengukuh berbanding dolar AS minggu depan, didorong oleh harga komoditi yang lebih tinggi, terutamanya minyak mentah selain sentimen serantau yang positif.

Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata harga minyak terus meningkat berikutan laporan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan bukan OPEC akan mengurangkan pengeluaran masing-masing.

“Kami mengunjurkan ringgit akan dipengaruhi oleh kenaikan harga minyak. Selagi harga minyak tinggi (prestasi) ringgit juga akan kekal pada paras semasa,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, Nazri Khan berkata, program Invest Malaysia 2018 yang menghimpunkan seramai 2,000 peserta adalah platform yang berkesan dan boleh dijadikan pemangkin bagi menarik lebih banyak pelaburan ke dalam Malaysia.

Sementara itu, Ketua Dagangan Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes menyasarkan ringgit akan mengekalkan peningkatan secara konsisten berikutan pertumbuhan global yang kukuh.

“Kami menjangkakan ringgit menguji paras 3.85 berbanding dolar jika dolar AS kembali lemah pada awal minggu depan.


“Secara keseluruhannya, minggu ini berpihak kepada pasaran modal Malaysia apabila ringgit dijangka terus mencatat pengukuhan lebih ketara,” katanya.

Pada minggu ini, Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25% pada Khamis bagi memastikannya di paras wajar dengan ekonomi negara yang berada pada landasan pertumbuhan menggalakkan.

Kali terakhir BNM melakukan pelarasan OPR pada Julai 2016 apabila ia mengurangkan 25 mata asas.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit ditutup pada paras 3.8690/8720 berbanding dolar – tahap yang tertinggi pernah dicatatkan pada April 2016, daripada 3.9360/9400 pada minggu sebelumnya.

Selain itu, ringgit bagaimanapun didagangkan kebanyakannya tinggi berbanding kelompok mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9607/9648 daripada 2.9820/9869 pada minggu sebelum ini serta mengukuh berbanding yen kepada 3.5456/5490 daripada 3.5572/5617, minggu lepas.

Unit tempatan itu juga naik berbanding euro kepada 4.8185/8234 daripada 4.8322/8387 pada Jumaat lepas namun susut berbanding pound Britain kepada 5.5160/5222 daripada 5.4742/4801, minggu lepas.

Friday, 26 January 2018

Bazar Perdana bakal jadi UTC Pulau Pinang

#ProjekTerowongDasarLautPulauPinang Guan Eng Berang

GEORGETOWN: Sidang media Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung isu terowong dasar laut dan tiga jalan utama, tegang selepas beliau gagal mengawal emosi dan mengeluarkan pelbagai perkataan kurang elok didengar.
Guan Eng bukan sahaja melabel Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai 'bodoh', malah turut mendakwa pengamal media gagal mematuhi etika kewartawanan mengikut standard ditetapkan beliau.
Situasi itu tercetus selepas Guan Eng dilihat gagal mengawal perasaannya ketika memberi ulasan mengenai isu terbabit, selain berterusan menyifatkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tidak relevan.
"Ka Siong boleh tanya adakah ia (projek terowong dasar laut) di setem (atau) tak? Takkan kita nak jawab sampai peringkat budak-budak macam ini? Bodoh ke?
"Dia (Ka Siong) juga tanya kenapa pembinaannya belum dijalankan? Macam mana kita nak mula kerja kalau dia selalu masuk campur, selain asyik ada gangguan? Sekarang kita pun tak tahu sama ada projek ini akan diteruskan atau tidak.
"Projek mahu mula, SPRM siasat, tetapi tiada tindakan. Tiba-tiba 2018, siasat lagi dan mula tangkap pula. Kenapa 2018? sudah tentu kerana pilihan raya umum sudah dekat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Projek mega bernilai RM6.3 bilion itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran menggunakan tanah kerajaan negeri serta pelaksanaan dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Malah, siasatan SPRM mendapati, beberapa ahli politik dipercayai menerima habuan sehingga jutaan ringgit dalam kajian projek yang akan menghubungkan Persiaran Gurney di sini, ke Bagan Ajam di Butterworth dengan ia dijangka dibina pada 2023.
Selain itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP turut mendakwa pengamal media yang melaporkan isu berkaitan projek mega itu sebagai tidak profesional, beretika dan bermoral.
Beliau yang sebelum ini, sering melaungkan dan memperjuangkan hak kebebasan media itu bagaimanapun enggan menerima sebarang soalan daripada pengamal media tertentu.
"Mereka tak tahu apa itu malu dan memang tak kenal malu, apabila saya cakap macam ini mereka hanya senyum dan tak kenal malu punya. Ok sekarang Sinar (Sinar Harian) boleh tanya... saya tahu yang mana sinar dan tidak bersinar," katanya. BH
 
Copyright © 2014 PenangKini.