BREAKING NEWS

Thursday, 11 January 2018

20 rumah rosak akibat ribut

Roslan (tengah) meninjau keadaan rumah mangsa ribut sejurus selepas kejadian petang tadi

KEPALA BATAS - Sebanyak 20 buah rumah mengalami kerosakan dalam kejadian ribut yang melanda Kampung Paya Keladi Hujung disini lewat petang tadi.
Adun Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin berkata, ribut tersebut disertai dengan hujan lebat mengakibatkan beberapa rumah mengalami kerosakan. "Buat masa ini, saya masih mengadakan tinjauan di beberapa rumah yang terlibat dalam kejadian ribut ini.

 Kakitangan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) membersihkan pokok tumbang selepas kejadian petang tadi. "Antara kerosakan yang dialami adalah melibatkan bumbung tercabut, rumah dihempap pokok dan sebagainya termasuk beberapa kerosakan kecil," katanya.

 Katanya, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu akan rumah yang terlibat untuk bantuan seterusnya dijangka pada esok. "Kita akan teliti rumah yang rosak, dan Insha ALLAH esok kita akan jalankan kerja pembaikan akan rumah yang rosak ini," katanya. Dalam kejadian tersebut, beberapa pokok turut tumbang di jalan utama di kawasan tersebut.
 
Copyright © 2014 PenangKini.