BREAKING NEWS

Friday, 26 January 2018

5 pembantu ADUN Tanjung Bungah dipecat DAP


25 JAN: ADUN Tanjung Bungah dilaporkan dalam tekanan susulan lima kakitangannya dipecat oleh pimpinan kanan DAP Pulau Pinang.
Menurut Teh Yee Cheu, kelima individu itu menerima surat pemecatan masing-masing daripada daripada Jabatan Sumber Manusia, DAP negeri pada 21 Januari lalu.
Tambahnya, menerusi surat itu, kesemua mereka perlu melepaskan jawatan masing-masing sebelum 18 Februari depan yang juga merupakan minggu sambutan Tahun Baharu Cina.
“Saya sudah menjangkakan pemecatan kakitangannya itu namun tidak menjangka ia dilakukan dalam tempoh terdekat.
“Memang saya cukup terkilan dan sedih dengan nasib yang menerima kakitangan saya ini, namun saya akan berusaha mencari jalan terbaik bagi membantu mereka,” katanya di Georgetown hari ini.
Sebelum ini, Yee Cheu yang dikenali kerana suka mengkritik Kerajaan Pulau Pinang, dilaporkan dinafikan peruntukan tahunan sebanyak RM200,000 bagi membantu penduduk kawasan DUN Tanjung Bungah.
Pada ketika ini, segala urusan membabitkan peruntukan dan kerja-kerja wakil rakyat di kawasannya diletakkan di bawah Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.


 
Copyright © 2014 PenangKini.